NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...
[ SEPULUH KEUTAMAAN DALAM SOLAT ] Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum Dari Abu Hurairah Radiyallahu 'Anhu dari Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi Wasallam, bahwa beliau bersabda : Solat adalah tiang ugama, dan di dalam solat ada sepuluh hal keutamaan iaitu : Menghiasi muka, menerangi hati, menyihatkan badan, penghibur di dalam kubur, menyebabkan turunnya rahmat, kunci pembuka surga, memberatkan timbangan (mizan), di senangi oleh Allah SWT, sebagai pembuka surga dan penghalang dari api neraka. Barangsiapa menegakkan solat berarti menegakkan agama dan barang siapa mengabaikannya berarti merobohkan agama Semoga kita semua khususnya saya sendiri dapat istiqamah dalam menjalankan baik itu solat sunnah dan lebih2 dalam menjalankan solat wajib. Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin. Sumber : Kitab Nashaihul 'Ibad Karya Syeikh Nawawi Al Bantani