Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

BEZA DARAH HAIDH DENGAN ISTIHADAH



BEZA DARAH HAIDH DENGAN ISTIHADAH

SOALAN :

Saya mohon ustaz tulis secara ringkas tentang darah haidh itu berapa hari keluar darah yang dikira haidh dan bagaimana hendak bezakan dengan darah istihadhah?

JAWAPAN :

Tersebut pada Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji ala Mazhab Al-Imam As-Syafie :

MASA HAIDH

Bagi darah haidh itu ada masa yang sekurang-kurangnya dan masa terpanjangnya dan masa kebiasaannya.

Maka masa haidh yang sekurang-kurang itu ialah sehari dan semalam.

Dan masa terpanjang haidh itu ialah lima belas hari lima belas malam.

Dan masa haidh yang kebiasaan itu ialah enam hari atau tujuh hari.
Dan sekurang-kurang masa suci antara dua haidh itu ialah lima belas hari dan tiada had bagi sebanyak masa suci. Maka sungguhnya terkadang seorang perempuan itu tiada haidh ia sampai setahun atau dua tahun atau beberapa tahun. Dan bermula semua kadar ini berasakan pemeriksaan bergantung kepada kejadian dan keadaan dan terkadang dengan waqi’ yang berlaku yang menyabitkannya.

Maka apabila seorang perempuan melihat akan darah yang kurang dari sekurang-kurang haidh yaitu kurang dari sehari semalam atau melihat darah lebih dari masa haidh terpanjang yaitu lebih dari lima belas hari lima belas malam nescaya diperkirakan darah ini adalah darah istihadhah bukan darah haidh. Dan terkadang terbezalah darah haidh itu dari darah istihadhah dengan warnanya dan bersangatannya.

ISTIHADHAH

Istihadhah ialah ialah darah penyakit yang keluar dari urat dekat rahim yang dinamakan sebagai ‘azil. Darah istihadhah ini membatalkan wuduk dan tidak mewajibkan mandi dan tidak wajib meninggalkan solat dan tidak juga puasa. Maka perempuan yang mengalami istihadhah ini hendaklah membasuh akan darah dan memakai ikatan pada tempat keluarnya dan berwuduk bagi setiap solat fardu dan kemudian sembahyang.

Abu Daud dan lainnya telah meriwayatkan dari Fatimah binti Abi Hubaish :

أنها كانت تستحاض، فقال لها النبي - صلى الله عليه وسلم -: " إذا كان دم الحيضة فإنه دم أسود يعرف، فإذا كان ذلك فأمسكي عن الصلاة، فإذا كان الآخر فتوضئي وصلي، فإنما هو غرق

Artinya : “Sungguhnya adalah beliau mengalami istihadhah. Maka Nabi saw telah berkata baginya : Apabila adalah darah itu haidh maka sungguhnya ia berwarna gelap yang dikenali. Maka apabila adalah demikian itu maka tahanlah dari mengerjakan sembahyang.
Maka apabila darah itu yang lain maka berwuduklah dan sembahyanglah hanyalah ia darah penyakit.”

Dan Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata : Telah datang Fatimah binti Abi Hubaish kepada Nabi saw dan berkata : Ya Rasulullah! Sungguhnya aku ini perempuan yang istihadhah tiada aku suci. Apakah aku kena tinggalkan sembahyang? Maka sabda Rasulullah : Tidak. Ia hanyalah darah penyakit dan bukannya haidh. Maka apabila datang darah haidh hendaklah tinggalkan sembahyang dan apabila kadar darah haidh telah habis maka bersihkan darah daripada mu dan sembahyang.”

KESIMPULAN

Masa keluar darah haidh terpendek ialah sehari semalam.
Darah yang keluar kurang dari sehari semalam ialah darah istihadhah bukan darah haidh.

Masa paling lama keluar darah haidh ialah lima belas hari.
Darah yang keluar pada hari yang keenam belas ialah darah istihadhah bukan darah haidh.

Masa kebiasaan keluar darah haidh ialah enam hari atau tujuh hari.
Jika seorang perempuan biasa keluar darah haidh selama tujuh hari tiba-tiba darahnya keluar tidak berehenti maka bolih dihukumkan tujuh hari yang pertama sebagai haidh dan selebihnya sebagai istihadah.

Masa paling pendek bagi suci dari keluar darah haidh ialah lima belas hari.

Jika keluar darah yang belum sampai lima belas hari dari masa suci sebelum itu maka darah itu ialah darah istihadhah.

Apabila darah itu adalah haidh maka haram dikerjakan sembahyang dan puasa dan wajib mandi selepas kering.

Apabila darah yang keluar ialah istihadhah maka ia membatalkan wuduk dan tidak mewajibkan mandi dan wajib dikerjakan sembahyang dan puasa.

wallahua’lam



Kredit : ustaz azhar idrus




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETANDA-PETANDA PENYAKIT?

PETANDA-PETANDA PENYAKIT? Bunyi Sendi Jika korang terasa sakit setiap kali bunyi sendi, kemungkinan itu petanda masalah sendi misalnya artritis. Jika berlaku pembengkakan atau menjadi kemerahan, sila berjumpa doktor untuk mengetahui penyakit yang selanjutnya. Mata Kering Mungkin disebabkan oleh faktor berdepan dengan komputer, berada di tempat yang sejuk & ubat-ubatan. Jika dibiarkan berlarutan, boleh mangakibatkan Hyperthyroidism @ lupus. Pastikan korang sentiasa menyapu gelsejuk di sekeliling mata. Tangan Sejuk Mungkin disebabkan stress @ aliran darah di tangan yang tak berjalan dengan lancar. Akibatnya jari menjadi kebas danbertukar warna menjadi pucat. Kemungkinan korang menderita fenomena  Raynaud  dimana ia akan memberi kesan terhadap perjalanan darah ke seluruh pembuluh darah. Sebaliknya tarik nafas & lakukan sedikit renggangan pada jari. Kejang Otot Kaki Duduk @ berdiri dalam jangka masa yang lama lebih-le...

Solve the Defrag problem

Sometimes , when we are doing the defrag the disk , the information appears Error Defragmenting Drive C , Windows can not finish this drive defragmentting Because it has encountered a problem . Click Help and carry out the instructions for running Scan Disk , and then try defragmenting again . After that , defrag process stops . Do not panic ! Follow the steps given earlier Windows on the earlier error information , which is run scan disk to check the hard drive . Once Scan disk is finished , try to defrag again . When Windows is run steps , but still can not defrag hard drive , follow the trick below : 1 . Click [ Start ] > [ Settings ] > [ Folder Options ] . 2 . Select the tab [ View ] , then click the option [ Show all files ] . 3 . Press [ OK ] to exit the Folder Options window . 4 . Click [ Start ] > [ Find ] > [ Files or Folders ] . 5 . Name Type applog the colum...

ORANG TERAKHIR KELUAR DARI NERAKA & KETAWA RASULULLAH

اللؤلؤ والمرجان فيما اتفق عليه الشيخان Terjemahan & Ringkasan Kitab Hadith Lu’Lu’ Dan Marjan Disertakan Sedikit Keterangan ORANG TERAKHIR KELUAR DARI NERAKA & KETAWA RASULULLAH Telah diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda : يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ، وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ ثُمَّ يَقُولُ اللهُ تَعَالَى: أَخْرِجُوا مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانِ، فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدِ اسْوَدُّوا، فَيُلْقَونَ فِي نَهَرِ الْحَيَا أَوِ الْحَيَاةِ فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِي جَانِبِ السَّيْلِ، أَلَمْ تَرَأَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً Artinya : “Ahli syurga akan masuk ke dalam syurga dan ahli neraka akan masuk ke dalam neraka kemudian Allah Taala berfirman : Keluarkan olih kamu akan orang yang ada di dalam hatinya iman seberat biji sawi maka keluarlah mereka itu daripada neraka yang sungguhnya telah hitam mereka itu kemudian dimasukkan ke dalam sungai hayya ...

Doa Mohon Diberi Kemudahan

Doa Mohon Diberi Kemudahan

Ini ibu bapa yang WTF (19 gambar)

Ini ibu bapa yang WTF (19 gambar) These parents are big dumb idiots (19 photos)

ChurpChurp | Social Share » Invite friends to ChurpChurp today! (Preview)

ChurpChurp Social Share » Invite friends to ChurpChurp today! (Preview) Invite friends to ChurpChurp today! Ready to burst out all the latest awesome news to your friends? Get rewarded by doing so! Bring your friends to sign up today and get rewarded RM 1.00 per friend invited . The more, the merrier! I was just kind of trying ... seems kind of best .... what you said ... love it .. join Just clik on the link below or above SLASH-SYAH see you there

How to Add Facebook Like Button & Like Box for Different Languages

The Facebook Like Button and Like Box can easily be added to any page but the trouble is that the default display is in English. To specify the language, you simply need to include the “locale” parameter with the desired language value. Here is a quick hack to display the Like Button and Like box in other languages using the iFrame. 1. Copy the Like Button code: <iframe src="http://www.facebook.com/plugins/like.php? app_id=185800681493185&amp;href= YOUR WEB PAGE &amp;send=false &amp;layout=standard&amp;width=450&amp;show_faces=false&amp; action=like&amp;colorscheme=light&amp;font&amp;height=35" scrolling="no" frameborder="0" style="border:none; overflow:hidden;width:450px; height:35px;" allowTransparency= "true"></iframe> and change the “locale” paramater (for your language ): <iframe src="http://www.facebook.com/plugins/like.php? locale=it_IT & app_id=1858006814...