Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

ORANG TERAKHIR KELUAR DARI NERAKA & KETAWA RASULULLAH



اللؤلؤ والمرجان
فيما اتفق عليه الشيخان

Terjemahan & Ringkasan Kitab Hadith Lu’Lu’ Dan Marjan
Disertakan Sedikit Keterangan

ORANG TERAKHIR KELUAR DARI NERAKA
& KETAWA RASULULLAH

Telah diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ، وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ ثُمَّ يَقُولُ اللهُ تَعَالَى: أَخْرِجُوا مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانِ، فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدِ اسْوَدُّوا، فَيُلْقَونَ فِي نَهَرِ الْحَيَا أَوِ الْحَيَاةِ فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِي جَانِبِ السَّيْلِ، أَلَمْ تَرَأَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً

Artinya : “Ahli syurga akan masuk ke dalam syurga dan ahli neraka akan masuk ke dalam neraka kemudian Allah Taala berfirman : Keluarkan olih kamu akan orang yang ada di dalam hatinya iman seberat biji sawi maka keluarlah mereka itu daripada neraka yang sungguhnya telah hitam mereka itu kemudian dimasukkan ke dalam sungai hayya atau hayat yakni sungai kehidupan lalu mereka tumbuh seperti tumbuhnya benih di tepi laluan air. Adakah kamu tidak melihat sungguhnya mereka keluar dalam keadaan kekuningan melingkar?.”

Dan diriwayatkan daripada Abdullah bin Masu’ud r.a. telah bersabda olih Nabi sollallahu alaihi wasallam :

إِنِّي لَأَعْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولًا رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنْ النَّارِ كَبْوًا فَيَقُولُ اللَّهُ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلْأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلْأَى فَيَقُولُ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلْأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلْأَى فَيَقُولُ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ فَإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا أَوْ إِنَّ لَكَ مِثْلَ عَشَرَةِ أَمْثَالِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ تَسْخَرُ مِنِّي أَوْ تَضْحَكُ مِنِّي وَأَنْتَ الْمَلِكُ فَلَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ وَكَانَ يَقُولُ ذَاكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً

Artinya : “Sungguhnya aku tahu ahli neraka yang terakhir keluar dari neraka dan ahli syurga yang terkahir masuk ke dalam syurga yaitu seorang lelaki yang keluar ia dari neraka dengan merangkak. Maka Allah berfirman : Pergi kamu masuk ke dalam syurga lalu lelaki itu datang kepada syurga lalu dia terbayang sungguhnya syurga itu telah penuh. Maka lelaki itu kembali lalu berkata wahai Tuhanku aku dapati syurga itu telah penuh kemudian Allah berfirman kepadanya : Pergi dan masuklah kamu akan syurga lalu lelaki itu datang kepada syurga dan dibayangkannya bahawa syurga itu telah penuh kemudian dia kembali dan berkata wahai Tuhanku aku dapati sungguhnya syurga itu telah penuh. Kemudian Allah berfirman kepadanya : Pergilah dan masuklah kamu akan syurga maka sungguhnya bagi kamu seumpama dunia sepuluh kali ganda atau bagi kamu sepuluh kali ganda daripada dunia. Lalu lelaki itu berkata : Adakah Engkau permainkan aku atau mentertawakan daripada aku sedangkan Engkau adalah Raja. Maka sungguhnya aku lihat Rasulullah sollallahu alaihi wasallam ketawa sehingga kelihatan gigi gerahamnya dan adalah baginda bersabda : Yang demkian itu ialah sekurang-kurang darjat ahli syugra.”

KETERANGAN

Hadith-hadith ini datang pada menerangkan bahawa orang mukmin yang masuk ke dalam neraka tidak kekal sebagaimana orang-orang kafir dan akhirnya akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga dan menerangkan sekurang-kurang darjat ahli syurga dan hukum ketawa.

SYURGA DAN NERAKA

Ketahuilah sungguhnya Allah menjadikan akan syurga itu bagi orang-orang yang beriman dan menjadikan neraka itu bagi orang-orang yang kafir.

Maka masuk orang-orang beriman ke dalam syurga di akhirat nanti dengan kurnia Allah dan masuk orang-orang kafir ke dalam neraka dengan keadilan Allah.

Berkata Imam At-Thahawi :

والجنة والنار مخلوقتان، لا تفنيان أبداً ولا تبيدان، فإن الله تعالى خلق الجنة والنار قبل الخلق، وخلق لهما أهلاً، فمن شاء منهم إلى الجنة فضلاً منه، ومن شاء منهم إلى النار عدلاً منه

Artinya : “Bermula syurga dan neraka adalah makhluk keduanya dan tiada akan binasa keduanya selama-lamanya dan tidak akan hilang. Maka sungguhnya Allah Taala telah menjadikan akan syurga dan neraka sebelum menjadikan akan manusia dan Allah telah menjadikan bagi syurga dan neraka itu akan ahlinya. Maka barangsiapa yang Allah kehendaki daripada mereka kepada syurga semata-mata kurnia daripada-Nya dan barangsiapa yang Allah kehendak daripada mereka kepada neraka semata-mata keadilan daripada-Nya.” (Kitab Matan At-Thahawiyah)

Firman Allah Taala :

وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا

Artinya : “Allah telah menjanjikan akan orang-orang beriman lelaki dan perempuan beberapa syurga yang mengalir di bawahnya mata air hal keadaan mereka itu kekal di dalamnya.” (At-Taubah : 72)

ORANG KAFIR KEKAL DALAM NERAKA

Bermula orang kafir dan munafik akan masuk ke dalam neraka sebagai tempat tinggal yang kekal bagi mereka itu selama-lamanya diazab siang dan malam.
Firman Allah Taala :

وَٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا وَٱسْتَكْبَرُواْ عَنْهَآ أُوْلَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ

Artinya : “Dan orang-orang yang telah mendustakan dengan ayat-ayat Kami dan takabbur mereka itu daripadanya mereka itulah penghuni neraka yang mereka itu di dalam neraka kekal sekelian mereka itu.” (Al-A’raf : 36)

Dan orang-orang kafir yang diazab di dalam neraka itu tidak akan diringankan azab mereka itu dan tidak akan ditolong mereka itu.

Firman Allah Taala :

خَالِدِينَ فِيهَا لا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلا هُمْ يُنْظَرُونَ

Artinya : “Mereka kekal di dalam neraka dan tidak akan diringankan daripada mereka itu azab dan mereka tidak akan ditolong.” (Al-Baqarah : 162)

Dan orang-orang kafir yang tinggal dalam neraka tidak dapat keluar dari neraka selama-lamanya sekalipun mereka hendak keluar daripadanya.

Firman Allah Taala :

يُرِيدُونَ أَن يَخْرُجُواْ مِنَ ٱلنَّارِ وَمَا هُم بِخَٰرِجِينَ مِنْهَا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُّقِيمٌ

Artinya : “Orang-orang kafir yang tinggal dalam neraka itu hendak keluar mereka itu dari neraka dan tidaklah mereka dibenarkan keluar daripadanya dan bagi mereka itu azab yang berkekalan.” (Al-Maidah : 37)

Ada pun orang-orang mukmin di akhirat nanti ada tiga golongan.

Golongan yang pertama masuk mereka itu akan syurga kerana berat amalan kebajikan mereka dari amal kejahatan.

Golongan kedua dijatuhkan hukuman masuk neraka kerana berat amal kejahatan mereka daripada amal kebaikkan tetapi mereka mendapat keampunan daripada Allah atau syafaat Nabi sollallahu alaihi wasallam lalu dimasukkan ke dalam syurga dan tidak dimasukkan ke dalam neraka.

Golongan ketiga masuk mereka itu akan neraka kerana tidak mendapat keampunan Allah dari segala dosa yang telah mereka kerjakan atau tidak mendapat syafaat Nabi sollallahu alaihi wasallam dan tinggal mereka di dalam neraka sekadar masa dihukum sesuai kesalahan dan dosa yang telah mereka kerjakan kemudian dikeluarkan semua orang beriman yang ada di dalam neraka kerana neraka itu ialah tempat tinggal bagi orang kafir dan munafik bukan tempat tinggal bagi orang-orang beriman.

Berkata setengah ulamak dimasukkan orang kafir dan munafik ke dalam neraka supaya diazab akan mereka itu dan dimasukkan orang beriman ke dalam neraka supaya dibersihkan mereka itu dari dosa supaya masuk mereka itu akan syurga yang ia adalah tempat tinggal yang sebenar bagi mereka itu.

ORANG BERIMAN DIKELUARKAN DARI NEREKA.

Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ، وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ ثُمَّ يَقُولُ اللهُ تَعَالَى: أَخْرِجُوا مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانِ، فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدِ اسْوَدُّوا، فَيُلْقَونَ فِي نَهَرِ الْحَيَا أَوِ الْحَيَاةِ فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِي جَانِبِ السَّيْلِ، أَلَمْ تَرَأَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً

Artinya : “Ahli syurga akan masuk ke dalam syurga dan ahli neraka akan masuk ke dalam neraka kemudian Allah Taala berfirman : Keluarkan olih kamu akan orang yang ada di dalam hatinya iman seberat biji sawi maka keluarlah mereka itu daripadanya yang sungguhnya telah hitam mereka itu kemudian dimasukkan ke dalam sungai hayya atau hayat lalu mereka tumbuh seperti tumbuhnya benih di tepi laluan air. Adakah kamu tidak melihat sungguhnya mereka keluar dalam keadaan kekuningan?.”

Dan pada hadith riwayat Abdullah bin Mas’ud r.a. Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إِنِّي لَأَعْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولًا رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنْ النَّارِ كَبْوًا فَيَقُولُ اللَّهُ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلْأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلْأَى فَيَقُولُ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلْأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلْأَى فَيَقُولُ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ فَإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا أَوْ إِنَّ لَكَ مِثْلَ عَشَرَةِ أَمْثَالِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ تَسْخَرُ مِنِّي أَوْ تَضْحَكُ مِنِّي وَأَنْتَ الْمَلِكُ فَلَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ وَكَانَ يَقُولُ ذَاكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً

Artinya : “Sungguhnya aku tahu ahli neraka yang terakhir keluar dari neraka dan ahli syurga yang terkahir masuk ke dalam syurga yaitu seorang lelaki yang keluar ia dari neraka dengan merangkak. Maka Allah berfirman : Pergi kamu masuk ke dalam syurga lalu lelaki itu datang kepada syurga lalu dia terbayang sungguhnya syurga itu telah penuh. Maka lelaki itu kembali lalu berkata wahai Tuhanku aku dapati syurga itu telah penuh kemudian Allah berfirman kepadanya : Pergi dan masuklah kamu akan syurga lalu lelaki itu datang kepada syurga dan dibayangkannya bahawa syurga itu telah penuh kemudian dia kembali dan berkata wahai Tuhanku aku dapati sungguhnya syurga itu telah penuh. Kemudian Allah berfirman kepadanya : Pergilah dan masuklah kamu akan syurga maka sungguhnya bagi kamu seumpama dunia sepuluh kali ganda atau bagi kamu sepuluh kali ganda daripada dunia. Lalu lelaki itu berkata : Adakah Engkau permainkan aku atau mentertawakan daripada aku sedangkan Engkau adalah Raja. Kata Ibnu Mas’ud : Maka sungguhnya aku lihat Rasulullah sollallahu alaihi wasallam ketawa sehingga kelihatan gigi gerahamnya dan adalah baginda bersabda : Yang demkian itu ialah sekurang-kurang darjat ahli syugra.”

Dan pada riwayat Imam Ahmad :

فَيَذْهَبُ يَدْخُلُ فَيَجِدُ النَّاسَ قَدْ أَخَذُوا الْمَنَازِلَ قَالَ فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ قَدْ أَخَذَ النَّاسُ الْمَنَازِلَ قَالَ فَيُقَالُ لَهُ أَتَذْكُرُ الزَّمَانَ الَّذِي كُنْتَ فِيهِ قَالَ فَيَقُولُ نَعَمْ فَيُقَالُ لَهُ تَمَنَّهْ فَيَتَمَنَّى فَيُقَالُ إِنَّ لَكَ الَّذِي تَمَنَّيْتَ وَعَشَرَةَ أَضْعَافِ الدُّنْيَا قَالَ فَيَقُولُ أَتَسْخَرُ بِي وَأَنْتَ الْمَلِكُ قَالَ فَلَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ

Artinya : “ Maka lelaki yang dikeluarkan dari neraka itu mendapati orang-orang telah mengambil tempat duduk di dalam syurga kemudian katanya : Wahai Tuhanku sungguhnya manusia telah mengambil akan segala tempat duduk mereka. Maka dikatakan bagi lelaki itu : Adakah kamu ingat akan masa yang kamu berada padanya. Kata lelaki itu : Ya. Maka dikatakan baginya : Hendaklah kamu impikan. Lalu lelaki itu mengimpikan. Maka dikatakan bagi lelaki itu : Sungguhnya menjadi milikmu apa yang telah kamu impikan itu dan digandakan sepuluh kali ganda dunia. Berkata lelaki itu : Wahai Tuhan adakah Engkau permainkan akan aku sedangkan Engkau Raja yang sebenar? Berkata Abdullah bin Mas’ud r.a. : Sungguh aku nampak Rasulullah sollallahu alaihi wasallam ketawa sampai kelihatan gigi gerahamnya.” (Hadith riwayat Ahmad)

Allah Taala memerintahkan supaya malaikat yang menjaga neraka mengeluarkan orang-orang yang ada di dalam hati mereka iman daripada ahli neraka dan yang dimaksudkan dengan iman itu ialah penyaksian tiada tuhan selain Allah di dalam hatinya.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :

يَخْرُجُ مِنْ النَّارِ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَفِي قَلْبِهِ وَزْنُ شَعِيرَةٍ مِنْ خَيْرٍ

Artinya : “Akan keluar daripada neraka siapa yang berkata tiada tuhan selain Allah dan di dalam hatinya setimbang sebutir gandum daripada kebaikka yakni iman.”: (Hadith riwayat Bukhari)

Maksudnya orang yang beriman tetapi banyak amal kejahatan atau tidak ada langsung amal kebaikkan akan masuk ke dalam neraka tetapi mereka tidak kekal di dalam neraka dan akan dilkeluarkan akhirnya dari neraka kerana iman yang ada di dalam hati mereka.

Dan berkenaan hadith orang beriman tidak akan masuk ke dalam neraka itu ditanggungkan maknanya tidak kekal di dalam neraka atau masuk ke dalam neraka tidak sebagaimana masuknya orang-orang kafir.

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

لَا يَدْخُلُ النَّارَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ إِيمَانٍ

Artinya : “Tidak masuk akan neraka siapa yang adalah di dalam hatinya seberat zarrah daripada iman.” (Hadith riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud dan Ibnu Majah dan Ahmad dan Al-Baihaqi)

Berkata Imam At-Tirmizi :

إِنَّمَا مَعْنَاهُ لَا يُخَلَّدُ فِي النَّارِ

Artinya : “Hanyalah maknanya ialah tidak dikekalkan di dalam neraka.”

KELUAR DARI NERAKA HITAM LEGAM

Dan adalah ketika keluar ahli neraka yang beriman itu ialah dalam keadaan hitam kerana panasnya neraka.

Berkata Imam Al-Qatallani :

(قد اسودوا) أي صاروا سودًا كالحمم من تأثير النار

Artinya : “Dan sungguh telah hitam mereka itu artinya mereka menjadi hitam seperti arang daripada kesan api neraka.” (Kitab Syarah Sahih Al-Bukhari)

Dan hadith ini menjadi dalil bahawa di akhirat nanti ada satu sungai yang dinamakan sungai kehidupan dimana ketika orang beriman dikeluarkan dari neraka sebelum masuk ke dalam syurga mereka akan dimandikan pada sungai ini supaya hilang kesan-kesan neraka maka jadilah mereka sebaik-baik rupa sebelum masuk mereka ke dalam syurga.

Disebut pada hadith setelah masuk ke dalam sungai hayat ini manusia menjadi sangat elok rupanya dengan warna kekuningan senang mata memandang kepadanya.

Berkata Imam Al-Qastallani :

وهو النهر الذي من غمس فيه حيي

Artinya : “Sungai hayat yaitu sungai kehidupan itu apabila masuk seorang di dalamnya maka dia diberi kehidupan.” (Kitab Irsyad As-Sari)

Berkata Imam Al-‘Aini :

وَهُوَ من جنس الألوان للرياحين، وَلِهَذَا تسر الناظرين
والمنى: من كَانَ فِي قلبه مِثْقَال حَبَّة من الْإِيمَان يخرج من ذَلِك المَاء نضراً حسنا منبسطاً متبختراً كخروج هَذِه الريحانة من جَانب السَّيْل صفراء متميلة

Artinya : “Dan kekuningan itu ialah satu jenis dari warna-warna haruman maka kerana itulah menyukakan sekelian orang yang memandangnya.

Dan maknanya ialah barangsiapa yang ada di dalam hatinya seberat bijian daripada iman akan keluar dari air sungai itu dalam keadaan subur dan cantik dan tegap dan berbau harum seperti keluarnya pohon wangi dari pinggir tempat air mengalir dalam keadaan kekuningan melingkar.” (Kitab Umdatul Qari)

Sungguhnya apabila telah keluar semua orang beriman daripada neraka dan telah masuk semua orang beriman ke dalam syurga maka ditutup pintu neraka maka tidak dapat keluar lagi selepas itu seorang pun daripadanya dan ditutup pintu syurga maka tidak dapat masuk lagi seorang jua pun selepas itu.

Telah diriwayatkan daripada Abdull bin Umar r.a. bahawasanya Rasullullah sollallahu alaihi wsallam bersabda :

إِذَا صَارَ أَهْلُ الْجَنَّةِ إِلَى الْجَنَّةِ، وَصَارَ أَهْلُ النَّارِ إلَى النَّارِ، أُتِىَ باِلْمَوتِ حَتَّى يُجْعَلَ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالْنَّار، ثُمَّ يُذْبَحُ، ثُمَّ يُنَاَدِى مُنَادٍ: يَا أَهْلَ الجَنَّةِ، لا مَوْتَ. وَيَا أَهْلَ النَّارِ، لا مَوْتَ. فَيَزْدَادُ أَهْلُ الْجَنَّةِ فَرَحًا إِلَى فرَحِهِمْ، وَيَزْدَادُ أَهْلُ اَلنَّارِ حُزْنًا إِلَى حُزْنِهِمْ

Artinya : “Apabila semua ahli syurga telah berada di dalam syurga dan semua ahli neraka telah berada di dalam neraka maka dibawa datang dengan mati dan diletakkan mati itu antara syurga dan neraka lalu disembelih akan mati itu kemudian berseru orang yang diperintahkan berseru : Wahai ahli syurga tiada lagi mati selepas ini dan wahai ahli neraka tiada lagi mati selepas ini. Maka bertambahlah ahli syurga dengan kegembiraan dan bertambahlah ahli neraka dengan kesedihan.” (Hadith riwayat Muslim)

Dan diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

يُقَالُ لِأَهْلِ الجَنَّةِ: يَا أَهْلَ الجَنَّةِ خُلُودٌ لاَ مَوْتَ، وَلِأَهْلِ النَّارِ: يَا أَهْلَ النَّارِ خُلُودٌ لاَ مَوْتَ

Artinya : “Dikatakan bagi ahli syurga : Wahai ahli syurga kekal kamu sekelian tiada lagi mati. Dan dikata bagi ahli neraka : Wahai ahli neraka kekal kamu sekelian tiada lagi mati.” (Hadith riwayat Bukhari)

AHLI SYURGA YANG PALING RENDAH KEDUDUKKANNYA

Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

فَادْخُلْ الْجَنَّةَ فَإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا

Artinya : “Masuklah kamu akan syurga maka sungguhnya bagimu seumpama dunia ini sepuluh kali ganda.”

Kemudian sabdanya :

ذَاكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً

artinya : “Yang demikian itu yakni mendapat habuan sepuluh kali ganda dunia ialah kedudukan paling rendah bagi ahli syurga.”

Dan diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. berkata : Telah bersabda olih Rasulullah sollallahu alaihi wasallam :

أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ الَّذِي لَهُ ثَمَانُونَ أَلْفَ خَادِمٍ وَاثْنَتَانِ وَسَبْعُونَ زَوْجَةً وَتُنْصَبُ لَهُ قُبَّةٌ مِنْ لُؤْلُؤٍ وَزَبَرْجَدٍ وَيَاقُوتٍ كَمَا بَيْنَ الْجَابِيَةِ إِلَى صَنْعَاءَ

“Sekurang-kurang kedudukan ahli syurga ialah yang mempunyai lapan puluh ribu orang pelayan dan tujuh puluh dua orang isteri dan dibina baginya banggunan daripada mutiara dan permata zabarjad dan delima dan tanah seluas antara Jabiyah dan San’a.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)

Al-Jabiyah ialah sebuah bandar yang terletak di Syria dan San’a ialah kota besar di negeri Yaman.

RASULULLAH JUGA KETAWA

Bermula hukum ketawa ketika gembira dan geli hati itu harus hukumnya dan tiada masuk ia pada perbuatan yang dilarang dengan dalil adalah Rasulullah sollallahu alaihi wsallam kadang-kadang ia ketawa walau pun lebih banyak bagi dirinya ia tersenyum.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. beliau berkata:

فَلَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ

Artinya : “Maka sungguhnya aku lihat Rasulullah sollallahu alaihi wasallam ketawa sehingga kelihatan gigi gerahamnya.” (Riwayat Imam Bukhari)

Dan pada riwayat Abu Hurairah r.a. :

فضحك النبي صلى الله عليه وسلم حتى بدت أنيابه

Artinya : “Maka telah ketawa olih Nabi sollallahu aalaihi wasallam sehingga nyata kelihatan gigi taringnya.” (Hadith riwayat Muslim)

Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar :

قال أهل اللغة: التبسم مبادئ الضحك، والضحك انبساط الوجه حتى تظهر الأسنان من السرور، فإن كان بصوت وكان بحيث يسمع من بُعْد فهو القهقهة، وإلا فهو الضحك، وإن كان بلا صوت فهو التبسم

Artinya : “Berkata ahli bahasa : Senyum itu ialah permulaan bagi ketawa. Dan ketawa itu ialah mimik muka yang menampakkan gigi sebab gembira. Maka jika ketawa itu dengan suara yang dapat didengar dari kejauhan maka ia adalah qahqahah yaitu ketawa berdekah dan jika tidak sampai didengar dari jauh maka ialah adalah ketawa. Dan jika jika tidak ada suara maka yaitu senyum.”

Firman Allah Taala :

وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكى

Artinya : “Bahawasanya Allah yang menjadikan seorang itu ketawa dan menangis.” (An-Najm : 43)

Berkata Imam Ibnu Kathir :

خلق في عباده الضحك والبكاء وسببهما، وهما مختلفان

Artinya : “Dijadikan pada hamba-Nya ketawa dan menangis dan sebab bagi keduanya dan yaitu bersalah-salahan.” (Kitab Tafsir Ibnu Kathir)

Dan berkata Imam At-Tabari :

وأن ربك هو أضحك أهل الجنة في الجنة بدخولهم إياها، وأبكى أهل النار في النار بدخولهم فيها، وأضحك من شاء من أهل الدنيا، وأبكى من أراد أن يبكيه منهم

Artinya : “Dan bahawasanya Tuhan engkau Dia yang menjadikan tertawa ahli syurga dengan sebab masuk mereka itu ke dalamnya. Dan Dia menjadikan menangis ahli neraka di dalam neraka sebab masuk mereka itu di dalamnya. Dan Dia yang menjadikan tertawa penduduk dunia daripada siapa yang Dia kehendak dan Dia menjadikan menangis siapa yang Dia kehendak dari mereka itu.” (Kitab Tafsir At-Tabari)

Bermula ketawa yang dimakruhkan itu ialah ketawa yang melampau atau ketawa yang mengeluarkan suara yang kuat.

Ada pun ketawa yang tidak melampau dan tidak mengeluarkan bunyi yang kuat maka tidaklah makruh.

Tersebut pada Kitab As-Syamail Al-Muhammadiyah :

وكان صلى الله عليه وسلم في معظم أحواله لا يزيد على التبسّم، وربما زاد على ذلك فضحك، والمكروه من ذلك إنما هو الإكثار منه أو الإفراط فيه، لأنه يذهب الوقار. قال ابن بطال: والذي ينبغي أن يُقتدى به من فعله ما واظب عليه من ذلك ونبينا صلى الله عليه وسلم مع ابتسامته التي كانت تظهر على وجهه دائمًا كان قليل الضحك، فعن جابر بن سمرة رضي الله عنه: (أن النبي صلى الله عليه وسلم كان طويل الصمت، قليل الضحك) رواه مسلم : الشمائل المحمدية

Artinya : “Dan adalah Nabi sollallahu alaihi wasallam pada kebanyakkan kelakuannya tidak lebih daripada senyum dan terkadang lebih daripada senyum lalu baginda ketawa. Bermula yang makruh dari ketawa itu hanyalah membanyakkan ketawa atau ketawa melampau-lampau kerana sungguhnya ia mengurangkan kedudukkan. Telah berkata Ibnu Batthal : : Dan bermula yang sayugia diikuti dengannya perbuatannya ialah menjauhkan dari berlebihan atau melampau pada ketawa. Dan Nabi kita sollallahu alaihi wasallam serta sentiasa mengukir senyum di wajahnya adalah sedikit ketawa. Diriwayatkan daripada Jabir bin Samurah r.a. : Sungguhnya Nabi sollallahu alaihi wasallam adalah ia lebih banyak diam dan sedikit ketawanya. Hadith ini telah meriwayatkannya olih Imam Muslim.”

wallahua’lam




Kredit : ustaz azhar idrus


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Mencipta Kata Laluan Yang Selamat

Salam sejahtera, Kata laluan atau password adalah kriteria penting untuk memasuki sesuatu aplikasi, sistem dan juga sesuatu akaun. Kata laluan yang baik bererti akaun anda selamat dari dicerobohi. Tapi bukan berti tidak langsung dicerobohi , cuma amat sukar dan mengambil masa yang lama. Lihat sahaja penggodam yang mengganas dulu. Dikatakan selamat tetapi tetap dihentam. Teknik penciptaan kata laluan ini merupakan satu seni yang amat unik. Banyak kata laluan yang entah apa-apa dicipta. Tujuannya supaya tidak terdedah kepada umum. Risikonya jika terdedah memang berbahaya. Bak kata Jambu, “Apa pun tak boleh!” Jadi, apa ciri-ciri kata laluan yang selamat? 1. Panjang kata laluan melebihi 6 huruf. Lebih panjang aksaranya lebih susah dan selamat kata laluan anda. 2. Campuran kata laluan antara huruf kecil, huruf besar dan juga simbol. Memang ini biasa dilakukan oleh pengguna tegar komputer seperti kerja seorang Jurutera Rangkaian Komputer. 3. Menggunakan kata laluan ya...

Tutorial Tidak Membenarkan Pendrive Terus Open

Tutorial ini penting untuk menghindarkan pendrive atau PC kita daripada aliran virus yang mudah berjangkit. Kita tentu perasan bila cucuk atau sambung je pendrive ke USB komputer atau laptop anda, didapati pendrive secara automatik buka file tanpa perlu klik. Ini boleh merisaukan kita kerana sebaik-baiknya kita perlulah scan pendrive tersebut dahulu sebelum membukanya. Oleh itu bagi menutup atau off kan autoplay pendrive tersebut, perlu kita mengikuti langkah-langkah mudah ini. Langkah-langkahnya : 1) Type gpedit.msc pada Run . Kemudian klik OK . 2)Menu Group Policy akan dipaparkan.. 3)Klik pada adminitrastive Templates . 4)Klik pada System 5) Tengok di Turn Off Autoplay seterusnya double klik . 6) Kemudian dalam kotak T urn off Autoplay Properties , tip kan bulatan Enabled 7) Dan akhir sekali ialah pilih di bahagian Turn off Autoplay on : sebagai All drives   Dan korang bolehlah try masukkan pendrive korang di USB ...

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN HARI RAYA

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN HARI RAYA 1. AMALAN DI MALAM RAYA Disunatkan menghidupkan malam hari raya dengan bertakbir dan bersolat dan berzikir dan membaca Quran dan bertasbih dan beristghfar dan lainnya dari amalan yang mendekatkan diri kepada Allah Taala. Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyyah : يُسْتَحَبُّ إِحْيَاءُ لَيْلَتَيِ الْعِيدِ بِطَاعَةِ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ ذِكْرٍ وَصَلاَةٍ وَتِلاَوَةٍ وَتَكْبِيرٍ وَتَسْبِيحٍ وَاسْتِغْفَارٍ، لِحَدِيثِ مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأْضْحَى مُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ Artinya : “Disunatkan menghidupkan malam-malam hari raya dengan taatkan Allah Taala seperti berzikir dan bersolat dan membaca Quran dan bertakbir dan bertasbih dan berisitghfar kerana hadith barangsiapa yang menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban dalam keadaan mengharapkan ganjaran dari sisi Allah nescaya tiada mati hatinya pada hari mati segala hati.” 2.  SOLAT RAYA LEBIH AWAL Waktu solat sunat ...

MAKHLUK TERAWAL

MAKHLUK TERAWAL SOALAN : Berkenaan hadith yang menyebut qalam adalah benda yang paling awal dicipta adakah ia sahih? Adakah ulamak berkhilaf pada perkara ini? JAWAPAN : Telah diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin As-Somit r.a. katanya aku telah mendengar akan Rasulullah saw bersabda : إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمُ فَقَالَ لَهُ: اكْتُبْ، قَالَ: يَا رَبِّ، مَا أَكْتُبُ؟ قَالَ: اكْتُبِ الْقَدَرَ وَمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى الْأَبَدِ Artinya : “Sungguhnya perkara yang awal dicipta olih Allah ialah Al-Qalam. Maka berfirman baginya : Tulis olih kamu. Berkata Qalam : Wahai Tuhan apa yang hendak aku tulis? Firman Allah : Tulislah akan qadar dan apa yang akan ada hingga selama-lamanya.” Hadith riwayat At-Tabarani dan lain-lain. Dan pada riwayat Imam At-Tabarani : لما خلق الله القلم قال له: اكتب، فجرى بما هو كائن إلى قيام الساعة Artinya : “Tatkala Allah mencipta akan Qalam berfirman baginya : Tulislah. Maka berjalanlah Qalam itu menulis sekelian yang ada sampai hari kiamat.” Dan pada riway...

BEZA DARAH HAIDH DENGAN ISTIHADAH

BEZA DARAH HAIDH DENGAN ISTIHADAH SOALAN : Saya mohon ustaz tulis secara ringkas tentang darah haidh itu berapa hari keluar darah yang dikira haidh dan bagaimana hendak bezakan dengan darah istihadhah? JAWAPAN : Tersebut pada Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji ala Mazhab Al-Imam As-Syafie : MASA HAIDH Bagi darah haidh itu ada masa yang sekurang-kurangnya dan masa terpanjangnya dan masa kebiasaannya. Maka masa haidh yang sekurang-kurang itu ialah sehari dan semalam. Dan masa terpanjang haidh itu ialah lima belas hari lima belas malam. Dan masa haidh yang kebiasaan itu ialah enam hari atau tujuh hari. Dan sekurang-kurang masa suci antara dua haidh itu ialah lima belas hari dan tiada had bagi sebanyak masa suci. Maka sungguhnya terkadang seorang perempuan itu tiada haidh ia sampai setahun atau dua tahun atau beberapa tahun. Dan bermula semua kadar ini berasakan pemeriksaan bergantung kepada kejadian dan keadaan dan terkadang dengan waqi’ yang berlaku yang menyabitkannya. Maka apabila seorang peremp...

HUKUM UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

HUKUM UCAPAN SELAMAT HARI RAYA SOALAN : Bila sahaja tiba hari raya akan timbul persoalan tentang lafaz ucapan hari raya. Ada setengah yang kata tidak bolih dan bidaah ucapan maaf zahir dan batin dan ucapan minal faizin dan seumpamanya. Mohon penjelasan dari ustaz mana satu ucapan raya yang bollih dan mana satu yang dilarang. JAWAPAN : Apabila tibanya hari raya maka umat Islam saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain. Hukumnya adalah sunat dan dianjurkan kerana ia adalah amalan yang menambah eratkan hubungan sesama saudara mara dan sahabat handai. Terdapat bermacam lafaz ucapan hari raya yang kita dapat dengar diucapkan olih pelbagai lapisan masyarakat Islam di negara kita. Antara ucapan-ucapan yang selalu diucapkan pada hari perayaan Islam apabila bertemu ialah : تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ Artinya : “Semuga Allah menerima kebaikan dari kami dan dari kamu sekelian.” atau تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ Artinya : “Semuga Allah menerima kebaikkan dari kami dan dari kamu.”...

Lelaki ini mahu menjadi rakan sebilik anda (37 gambar)

Lelaki ini mahu menjadi rakan sebilik anda (37 gambar) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37