Langkau ke kandungan utama

Catatan

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...
Catatan terbaharu

BEZA DARAH HAIDH DENGAN ISTIHADAH

BEZA DARAH HAIDH DENGAN ISTIHADAH SOALAN : Saya mohon ustaz tulis secara ringkas tentang darah haidh itu berapa hari keluar darah yang dikira haidh dan bagaimana hendak bezakan dengan darah istihadhah? JAWAPAN : Tersebut pada Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji ala Mazhab Al-Imam As-Syafie : MASA HAIDH Bagi darah haidh itu ada masa yang sekurang-kurangnya dan masa terpanjangnya dan masa kebiasaannya. Maka masa haidh yang sekurang-kurang itu ialah sehari dan semalam. Dan masa terpanjang haidh itu ialah lima belas hari lima belas malam. Dan masa haidh yang kebiasaan itu ialah enam hari atau tujuh hari. Dan sekurang-kurang masa suci antara dua haidh itu ialah lima belas hari dan tiada had bagi sebanyak masa suci. Maka sungguhnya terkadang seorang perempuan itu tiada haidh ia sampai setahun atau dua tahun atau beberapa tahun. Dan bermula semua kadar ini berasakan pemeriksaan bergantung kepada kejadian dan keadaan dan terkadang dengan waqi’ yang berlaku yang menyabitkannya. Maka apabila seorang peremp...

MAKHLUK TERAWAL

MAKHLUK TERAWAL SOALAN : Berkenaan hadith yang menyebut qalam adalah benda yang paling awal dicipta adakah ia sahih? Adakah ulamak berkhilaf pada perkara ini? JAWAPAN : Telah diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin As-Somit r.a. katanya aku telah mendengar akan Rasulullah saw bersabda : إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمُ فَقَالَ لَهُ: اكْتُبْ، قَالَ: يَا رَبِّ، مَا أَكْتُبُ؟ قَالَ: اكْتُبِ الْقَدَرَ وَمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى الْأَبَدِ Artinya : “Sungguhnya perkara yang awal dicipta olih Allah ialah Al-Qalam. Maka berfirman baginya : Tulis olih kamu. Berkata Qalam : Wahai Tuhan apa yang hendak aku tulis? Firman Allah : Tulislah akan qadar dan apa yang akan ada hingga selama-lamanya.” Hadith riwayat At-Tabarani dan lain-lain. Dan pada riwayat Imam At-Tabarani : لما خلق الله القلم قال له: اكتب، فجرى بما هو كائن إلى قيام الساعة Artinya : “Tatkala Allah mencipta akan Qalam berfirman baginya : Tulislah. Maka berjalanlah Qalam itu menulis sekelian yang ada sampai hari kiamat.” Dan pada riway...

KESAN BERKATA KALIMAH KUFUR

KESAN BERKATA KALIMAH KUFUR SOALAN : Apakah hukumnya orang Islam yang mengatakan ada sebahagian sahabat Nabi saw yang kafir? Dan apa hukumnya orang yang kata solat lima waktu itu tidak wajib? Bagaimana kalau orang itu jahil adakah dimaafkan? JAWAPAN : KUFUR SIAPA MENGKAFIRKAN SAHABAT R.A. Barangsiapa menuduh atau mengsabitkan kekufuran kepada salah seorang dari sahabat Nabi saw maka orang iatu telah menjadi kafir. Berkata Syeikh Khatib Syarbini : يَكْفُرُ مَنْ نَسَبَ الأُْمَّةَ إِلَى الضَّلاَل، أَوْ الصَّحَابَةَ إِلَى الْكُفْرِ، أَوْ أَنْكَرَ إِعْجَازَ الْقُرْآنِ أَوْ غَيَّرَ شَيْئًا مِنْهُ، أَوْ أَنْكَرَ الدَّلاَلَةَ عَلَى اللَّهِ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَْرْضِ Artinya : “Jadi kafir siapa yang menisbahkan umat Muhamad saw kepada sesat atau menisbahkan sahabat r.a. kepada kufur atau dia ingkar akan muzkjizat Al-Quran atau mengubah akan suatu dari yang demikian itu atau dia ingkar akan segala dalil bahawa Allah yang mencipta segala langit dan bumi.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj) KUFUR...

ADAB MAKAN DI RUMAH ORANG

ADAB MAKAN DI RUMAH ORANG SOALAN : Saya ada kemusykilan berkenaan ziarah ke rumah orang adakah benar tetamu tidak boleh masuk kalau tuan rumah tanpa izin dan apakah hukumnya tetamu makan makanan dalam rumah tetamu sebelum disuruh olih tuan rumah? Benarkah kata orang kalau kita pergi ke kenduri adalah haram selepas makan kita masih duduk-duduk lagi di majlis tersebut? JAWAPAN : MASUK & MAKAN TANPA IZIN TUAN RUMAH Para fuqahak telah sepakat atas haram masuk ke dalam rumah orang tanpa izin dari tuan rumah untuk masuk dan begitu juga haram atas tetamu makan makanan yang ada dalam rumah orang sebelum diizinkan makan dengan izin yang jelas. Rasulullah saw telah bersabda : لا يَحِلُّ مالُ امرِيءٍ مُسلمٍ إلَّا بِطِيبِ نفسٍ مِنهُ Artinya : “Tidak halal harta seorang yang Islam melainkan dengan redha hati daripadanya.” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi dan Daruqutni) Berkata Syeikh Ali As-Sobuni : اتفق الفقهاء على أنه لا يجوز دخول البيوت إلا بإذن. ولا يجوز تناول طعام الإنسان إلا بإذن صريح أو...

PENYAKIT BURUK SANGKA

PENYAKIT BURUK SANGKA SOALAN : Mohon penjelasan ustaz tentang dosa berburuk sangka. Sangkaan bagaimana yang haram dan yang harus pada syarak? JAWAPAN : Firman Allah Taala di dalam Al-Quran : يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِّنَ الظَّنِّۖ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَّلَا تَجَسَّسُوْا Artinya : “Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kamu sekelian akan kebanyakkan dari sangkaan sungguhnya sebahagian dari sangkaan itu ialah dosa dan jangan kamu suka mencari-cari kesalahan.” (Al-Hujurat : 12) Berkata Dr Wahbah Zuhaili : أن بعض الظن وهو ظن السوء بأهل الخير، أو ظن الشر بالمؤمن ذنب مؤثم أي موقع في الإثم، لنهي اللَّه عنه Artinya : “Sungguhnya sebahagian dari sangkaan itu yaitu sangka buruk akan orang yang baik atau sangka jahat akan orang mukmin ialah dosa yakni yang menjatuhkan pelakunya kepada dosa kerana larangan Allah daripadanya.” (Kitab Tafsir Al-Munir) Berkata Imam Suyuthi : نهى اللّه المؤمن أن يظن بالمؤمن سوءا Artinya : “Telah melarang olih Allah akan oran...

SOLAT HARI RAYA

SOLAT HARI RAYA TAHUN DISYARIATKAN Solat sunat hari raya ini disyariatkan pada tahun yang pertama daripada Hijrah dengan dalil riwayat daripada Anas r.a. beliau berkata : قدم رسول الله صلّى الله عليه وسلم المدينة، ولهم يومان يلعبون فيهما، فقال: ما هذان اليومان؟ قالوا: كنا نلعب فيهما في الجاهلية، فقال رسول الله صلّى الله عليه وسلم: إن الله قد أبدلكما خيراً منهما: يوم الأضحى، ويوم الفطر Artinya : “Telah tiba Rasulullah saw ke Madinah dan orang-orang Madinah itu ada mempunyai dua hari yang mereka bermain dan bergembira pada keduanya. Lalu Nabi saw bertanya : Hari apakah kedua hari ini? Orang-orang menjawab : Kami bermain dan bersukaan pada kedua hari ini di zaman jahiliah. Kemudian bersabda olih Nabi saw : Sungguhnya Allah telah menggantikan kamu sekelian akan hari ryang lebih baik dari kedua hari tersebut yaitulah hari raya korban dan hari raya fitrah.” HUKUM SOLAT HARI RAYA Hukum solat hari raya ialah sunat muakkad kerana sungguhnya Nabi saw tidak pernah meninggalkannya sejak solat in...

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN HARI RAYA

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN HARI RAYA 1. AMALAN DI MALAM RAYA Disunatkan menghidupkan malam hari raya dengan bertakbir dan bersolat dan berzikir dan membaca Quran dan bertasbih dan beristghfar dan lainnya dari amalan yang mendekatkan diri kepada Allah Taala. Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyyah : يُسْتَحَبُّ إِحْيَاءُ لَيْلَتَيِ الْعِيدِ بِطَاعَةِ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ ذِكْرٍ وَصَلاَةٍ وَتِلاَوَةٍ وَتَكْبِيرٍ وَتَسْبِيحٍ وَاسْتِغْفَارٍ، لِحَدِيثِ مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأْضْحَى مُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ Artinya : “Disunatkan menghidupkan malam-malam hari raya dengan taatkan Allah Taala seperti berzikir dan bersolat dan membaca Quran dan bertakbir dan bertasbih dan berisitghfar kerana hadith barangsiapa yang menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban dalam keadaan mengharapkan ganjaran dari sisi Allah nescaya tiada mati hatinya pada hari mati segala hati.” 2.  SOLAT RAYA LEBIH AWAL Waktu solat sunat ...

Catatan popular daripada blog ini

Solve the Defrag problem

Sometimes , when we are doing the defrag the disk , the information appears Error Defragmenting Drive C , Windows can not finish this drive defragmentting Because it has encountered a problem . Click Help and carry out the instructions for running Scan Disk , and then try defragmenting again . After that , defrag process stops . Do not panic ! Follow the steps given earlier Windows on the earlier error information , which is run scan disk to check the hard drive . Once Scan disk is finished , try to defrag again . When Windows is run steps , but still can not defrag hard drive , follow the trick below : 1 . Click [ Start ] > [ Settings ] > [ Folder Options ] . 2 . Select the tab [ View ] , then click the option [ Show all files ] . 3 . Press [ OK ] to exit the Folder Options window . 4 . Click [ Start ] > [ Find ] > [ Files or Folders ] . 5 . Name Type applog the colum...

PETANDA-PETANDA PENYAKIT?

PETANDA-PETANDA PENYAKIT? Bunyi Sendi Jika korang terasa sakit setiap kali bunyi sendi, kemungkinan itu petanda masalah sendi misalnya artritis. Jika berlaku pembengkakan atau menjadi kemerahan, sila berjumpa doktor untuk mengetahui penyakit yang selanjutnya. Mata Kering Mungkin disebabkan oleh faktor berdepan dengan komputer, berada di tempat yang sejuk & ubat-ubatan. Jika dibiarkan berlarutan, boleh mangakibatkan Hyperthyroidism @ lupus. Pastikan korang sentiasa menyapu gelsejuk di sekeliling mata. Tangan Sejuk Mungkin disebabkan stress @ aliran darah di tangan yang tak berjalan dengan lancar. Akibatnya jari menjadi kebas danbertukar warna menjadi pucat. Kemungkinan korang menderita fenomena  Raynaud  dimana ia akan memberi kesan terhadap perjalanan darah ke seluruh pembuluh darah. Sebaliknya tarik nafas & lakukan sedikit renggangan pada jari. Kejang Otot Kaki Duduk @ berdiri dalam jangka masa yang lama lebih-le...

ENAM PERBUATAN PENYEBAB KEROSAKAN HATI

  [ ENAM PERBUATAN PENYEBAB KEROSAKAN HATI ] Al Imam Hasan Al Bashri R.A. menyampaikan tausiyyah sebagai berikut : Sesungguhnya kerosakan amal itu disebabkan oleh enam perkara , iaitu : 1. Orang-orang yang sengaja melakukan dosa dengan berharap akan     bertobat. 2. Berilmu tapi tidak mau mengamalkan. 3. Beramal tapi tidak ikhlas. 4. Memakan rezeki Allah tapi tidak bersyukur. 5. Tidak ridha dengan pembagian rezeki dari Allah . 6. Mengebumikan mayat tapi tidak mengambil pelajaran. Perosak Amal yang pertama :  Diantara kita, mungkin ada yang sengaja melakukan dosa dengan harapan akan ada kesempatan untuk bertobat.  Menurut Al Imam Hasan Al Bashri seseorang yang sengaja melakukan dosa tapi berharap akan memperoleh rahmat dari Allah merupakan lamunan melantur yang jauh dari mungkin. Perusak Amal yang kedua :  Diantara kita mungkin ada yang berilmu tapi tidak mau mengamalkan ilmunya maka ilmu itu ti...

[ SEPULUH KEUTAMAAN DALAM SOLAT ]

[ SEPULUH KEUTAMAAN DALAM SOLAT ] Bismillahir Rahmanir Rahim.  Assalamu'alaikum Dari Abu Hurairah Radiyallahu 'Anhu dari Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi Wasallam, bahwa beliau bersabda : Solat adalah tiang ugama, dan di dalam solat ada sepuluh hal keutamaan iaitu : Menghiasi muka, menerangi hati, menyihatkan badan, penghibur di dalam kubur, menyebabkan turunnya rahmat, kunci pembuka surga, memberatkan timbangan (mizan), di senangi oleh Allah SWT, sebagai pembuka surga dan penghalang dari api neraka. Barangsiapa menegakkan solat berarti menegakkan agama dan barang siapa mengabaikannya berarti merobohkan agama Semoga kita semua khususnya saya sendiri dapat istiqamah dalam menjalankan baik itu solat sunnah dan lebih2 dalam menjalankan solat wajib.  Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin. Sumber : Kitab Nashaihul 'Ibad Karya Syeikh Nawawi Al Bantani

EMPAT TANDA KEIMANAN SESEORANG

[ EMPAT TANDA KEIMANAN SESEORANG ] Sebagian ahli bijak mengatakan: "Tanda-tanda keimanan kepada Allah itu ada empat, iaitu: 1. Taqwa; 2. Haya' (punya rasa malu); 3. Selalu bersyukur; dan 4. Sabar." Taqwa adalah melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhkan diri dari segala macam bentuk kemaksiatan. Ada juga yang mendefinisikan bahwa taqwa adalah memelihara semua aturan Islam. Ada lagi yang mendefinisikan bahwa taqwa adalah mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w . baik dalam ucapan maupun perbuatan. Haya' (rasa malu) itu ada dua macam, iaitu: 1. malu naluri (haya' nafsaniy), yaitu rasa malu yang dikaruniakan Allah kepada setiap diri manusia, seperti rasa malu kelihatan auratnya atau malu bersenggama di depan orang lain; 2. malu imani (haya' imani), iaitu rasa malu yang boleh mencegah seseorang dari melakukan perbuatan maksiat karena takut kepada Allah ta'ala. Syukur adalah memuji Allah yang selalu me...

ORANG TERAKHIR KELUAR DARI NERAKA & KETAWA RASULULLAH

اللؤلؤ والمرجان فيما اتفق عليه الشيخان Terjemahan & Ringkasan Kitab Hadith Lu’Lu’ Dan Marjan Disertakan Sedikit Keterangan ORANG TERAKHIR KELUAR DARI NERAKA & KETAWA RASULULLAH Telah diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda : يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ، وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ ثُمَّ يَقُولُ اللهُ تَعَالَى: أَخْرِجُوا مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانِ، فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدِ اسْوَدُّوا، فَيُلْقَونَ فِي نَهَرِ الْحَيَا أَوِ الْحَيَاةِ فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِي جَانِبِ السَّيْلِ، أَلَمْ تَرَأَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً Artinya : “Ahli syurga akan masuk ke dalam syurga dan ahli neraka akan masuk ke dalam neraka kemudian Allah Taala berfirman : Keluarkan olih kamu akan orang yang ada di dalam hatinya iman seberat biji sawi maka keluarlah mereka itu daripada neraka yang sungguhnya telah hitam mereka itu kemudian dimasukkan ke dalam sungai hayya ...

LIMA PERBUATAN PENYEBAB BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT

  [ LIMA PERBUATAN PENYEBAB BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT  ] 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash berkata: "Orang yang memiliki lima hal berikut akan bahagia di dunia dan di akhirat, iaitu: 1. banyak-banyak membaca: 'Laa ilaaha illallooh Muhammadur         rosuulullooh.'; 2. setiap kali ditimpa musibah mengucapkan: 'Innaa lillaahi wa           innaa ilaihi rooji'uun, wa laa haula wa laa quwwata illaa                 billaahil 'Aliyyil 'azhiim.' (Sesungguhnya kami ini milik Allah         dan akan kembali kepada-Nya. Tiada daya (untuk menjauhi           maksiat) dan tiada kekuatan (untuk taat), kecuali dengan               pertolongan Allah Yang Mahatinggi lagi Mahaagung); 3. ketika menerima nikmat dari Allah mengucapkan:                     ...