Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN HARI RAYA



BEBERAPA PERSOALAN
BERKAITAN HARI RAYA

1. AMALAN DI MALAM RAYA

Disunatkan menghidupkan malam hari raya dengan bertakbir dan bersolat dan berzikir dan membaca Quran dan bertasbih dan beristghfar dan lainnya dari amalan yang mendekatkan diri kepada Allah Taala.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyyah :

يُسْتَحَبُّ إِحْيَاءُ لَيْلَتَيِ الْعِيدِ بِطَاعَةِ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ ذِكْرٍ وَصَلاَةٍ وَتِلاَوَةٍ وَتَكْبِيرٍ وَتَسْبِيحٍ وَاسْتِغْفَارٍ، لِحَدِيثِ مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأْضْحَى مُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ

Artinya : “Disunatkan menghidupkan malam-malam hari raya dengan taatkan Allah Taala seperti berzikir dan bersolat dan membaca Quran dan bertakbir dan bertasbih dan berisitghfar kerana hadith barangsiapa yang menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban dalam keadaan mengharapkan ganjaran dari sisi Allah nescaya tiada mati hatinya pada hari mati segala hati.”

2. SOLAT RAYA LEBIH AWAL

Waktu solat sunat hari raya ialah dari terbit matahari sehingga masuk waktu zuhur.

Olih itu siapa yang mengerjakannya sebaik sahaja naik matahari adalah memadai dan sah tetapi yang afdhal ialah dilewatkan sedikit sehingga naik matahari kadar segalah.

Berkata Imam Nawawi :

وَفِي أَوَّلِ وَقْتِهَا وَجْهَانِ (أَصَحُّهُمَا) وَبِهِ قَطَعَ الْمُصَنِّفُ وَصَاحِبُ الشَّامِلِ وَالرُّويَانِيُّ وَآخَرُونَ أَنَّهُ مِنْ أَوَّلِ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَالْأَفْضَلُ تَأْخِيرُهَا حَتَّى تَرْتَفِعَ الشَّمْسُ قَدْرَ رُمْحٍ

Artinya : “Dan awal waktu solat hari raya itu ada dua wajah. Yang paling sahihnya ialah seawal terbit matahari dan dengannya telah memutuskan olih mushonnif (Imam As-Syairazi) dan sohib kitab As-Shamil dan Imam Ar-Rauyani dan yang lainnya. Dan yang afdhal ialah melambatkan solat sehingga tinggilah matahari kadar segalah.” (Kitab Al-Majmu’)

3. MAKAN SEBELUM KELUAR SOLAT HARI RAYA

Pada hari raya fitrah adalah disunatkan seorang yang hendak keluar ke tempat solat hari raya dia makan dan minum terlebih dulu sebelum keluar ke tempat solat.

Dan jika tidak sempat ia makan di rumah hendaklah dia makan di dalam perjalanan ke tempat solat atau makan di tempat didirikan solat hari raya.

Berkata Imam Nawawi :

وَاتَّفَقَ الشَّافِعِيُّ وَالْأَصْحَابُ عَلَى أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ أَنْ يَأْكُلَ فِي عِيدِ الْفِطْرِ شَيْئًا قَبْلَ الْخُرُوجِ إلَى الصَّلَاةِ فَإِنْ لَمْ يَأْكُلْ قَبْلَ الْخُرُوجِ فَلِيَأْكُلْ قَبْلَ الصَّلَاةِ وَيُسْتَحَبُّ كَوْنُ الْمَأْكُولِ تَمْرًا وَكَوْنُهُ وِتْرًا لِمَا ذَكَرَهُ الْمُصَنِّفُ

Artinya : “Telah sepakat olih Imam Syafie dan Ashab atas bahawa disunatkan seorang itu makan pada hari raya fitrah akan suatu makanan sebelum keluar kepada solat. Maka jika dia tidak makan sebelum keluar itu maka makanlah sebelum solat. Disunatkan keadaan makanannya itu ialah kurma dan keadaan kurma itu ganjil kerana riwayat yang telah menyebutnya olih pengarang.” (Kitab Al-Majmu’)

Berkata Imam Syafie :

ونحن نأمر من أني الْمُصَلَّى أَنْ يَأْكُلَ وَيَشْرَبَ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إلَى الْمُصَلَّى فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ أَمَرْنَاهُ بِذَلِكَ فِي طَرِيقِهِ أَوْ الْمُصَلَّى إنْ أَمْكَنَهُ فَإِنْ لم يفعل ذلك فلا شئ عَلَيْهِ

Artinya : “Dan kami memerintahkan orang yang hendak keluar solat dia makan dan minum dahulu sebelum berangkat ke tempat solat. Maka jika dia tidak melakukannya nescaya kami perintahkan yang demikian itu dalam perjalanan atau ditempat solat jika bolih. Maka jika dia tidak lakukan dengan yang demikian itu maka tidak ada suatu kesalahan atasnya.” (Kitab Al-Umm)

4. BERJALAN KAKI DAN KELUAR AWAL KE MASJID

Disunatkan pergi awal ke masjid untuk solat hari raya dengan berjalan kaki kerana mengikut perbuatan Nabi saw.

Dan jika dia menaiki kenderaan ketika pulang dari tempat solat maka harus.

Dan begitu juga jika dia naik kenderaan pergi dan balik kerana masjid itu jauh dari tempat tinggalnya.

Berkata Imam As-Syairazi :

والسنة أن يبكر إلى الصلاة ليأخذ موضعه كما قلنا في الجمعة والمستحب أن يمشى ولا يركب لان النبي صلي الله عليه وسلم ما ركب في عيد ولا جنازة ولا بأس أن يركب في العود لانه غير قاصد الي قربة

Artinya : “Bermula yang sunnah ialah segera ke tempat solat supaya mengambil akan tempatnya sepertimana disunatkan pada solat jumaat. Dan disunatkan bahawa pergi dengan berjalan kaki tidak menaiki kenderaan dari kerana sungguhnya Nabi saw tidak menaiki kenderaan pada (keluar solat) hari raya dan mengikut jenazah. Dan tidak menjadi kesalahan kalau dia menaiki kenderaan pada ketika pulang kerana bahawa pulang itu bukan bertujuan kepada mendampingkan diri kepada Allah.” (Kitab Al-Muhazzab)

Berkata Imam Nawawi :

قَالَ الشَّافِعِيُّ وَالْأَصْحَابُ يُسْتَحَبُّ أَنْ يُبَكِّرَ إلَى صَلَاةِ الْعِيدِ وَيَكُونَ التَّبْكِيرُ بَعْدَ الْفَجْرِ وَيَأْكُلَ قَبْلَ الْخُرُوجِ تَمْرًا كَمَا سَبَقَ هَذَا فِي حَقِّ الْمَأْمُومِينَ فَأَمَّا الْإِمَامُ فَيُسْتَحَبُّ لَهُ أَنْ يَتَأَخَّرَ فِي الْخُرُوجِ إلَى الْوَقْتِ الَّذِي يُصَلَّى بِهِمْ فِيهِ لِلْأَحَادِيثِ الصَّحِيحَةُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " كَانَ إذا خرج يوم العيد فأول شئ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلَاةُ

Artinya : “Telah menybut olih Imam Syafie dan Ashab : Disunatkan bahawa bersegera kepada solat dan bahawa adalah segera itu maknanya ialah selepas subuh. Dan sunat makan akan kurma (atau lainnya) sebelum keluar sebagaimana terdahulu sebutnya. Hukum (bersegera ke tempat solat ini) ialah pada hak makmum. Maka adapun imam maka disunatkan baginya melambatkan keluar hingga pada waktu dia akan bersolat bersama makmum di tempat solat kerana beberapa hadith yang sahih bahawasanya Rasulullah saw adalah baginda keluar ketika hari raya maka yang mula dilakukan dulu ialah solat.” (Kitab Syarah Al-Muhazzab)

Dan disunatkan pula pergi dan pulang dari masjid solat hari raya dengan jalan yang berlainan tetapi jika pulang ia mengikut jalan yang sama tidaklah menjadi kesalahan.

Berkata Imam As-Syairazi :

والسنة أَنْ يَمْضِيَ إلَيْهَا فِي طَرِيقٍ وَيَرْجِعَ فِي اخرى لِمَا رَوَى ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " كَانَ يخرج يوم الفطر والاضحى من طريق يرجع من آخر

Artinya : “Dan bermula sunnah itu ialah pergi ke masjid solat hari raya melalui satu jalan dan pulang daripadanya pada jalan yang lain kerana hadith riwayat Ibnu Umar r.a. sungguhnya Nabi saw adalah baginda keluar pada hari raya fitrah dan hari raya korban dengan satu jalan dan pulang baginda dari jalan yang lain.” (Kitab Al-Muahzzab)

Telah diriwayatkan daripada Jabir r.a. beliau berkata :

انَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا كَانَ يَوْمُ الْعِيدِ خَالَفَ الطريق

Artinya : “Bahawasanya Nabi saw apabila adalah hari raya baginda berjalan dengan jalan yang berlainan.” (Hadith riwayat Bukhari)

5. TERLUPA TAKBIR 7 KALI PADA RAKAAT PERTAMA SOLAT HARI RAYA

Siapa yang solat hari raya disunatkan dia takbir 7 takbir pada rakaat pertama dan 5 takbir pada rakaat kedua.

Akan tetapi jika dia terlupa takbir yang 7 itu misalnya pada rakaat yang pertama maka tidak sunat dia datangkan 7 takbir itu pada rakaat yang kedua kerana telah lepas tempat sunatnya.

Berkata Imam Nawawi :

لَوْ نَسِيَ التَّكْبِيرَاتِ الزَّائِدَةَ فِي صَلَاةِ الْعِيدِ فِي رَكْعَةٍ فَتَذَكَّرَهُنَّ فِي الرُّكُوعِ أَوْ بَعْدَهُ مَضَى فِي صَلَاتِهِ وَلَا يُكَبِّرُهُنَّ وَلَا يَقْضِيهِنَّ فَإِنْ عَادَ إلَى الْقِيَامِ لِيُكَبِّرَهُنَّ بَطَلَتْ صَلَاتُهُ
وَلَوْ تَذَكَّرَهُنَّ قَبْلَ الرُّكُوعِ إمَّا فِي الْقِرَاءَةِ وَإِمَّا بَعْدَهَا فَقَوْلَانِ (الصَّحِيحُ) الْجَدِيدُ أَنَّهُ لَا يَأْتِي بِهِنَّ لِفَوَاتِ مَحَلِّهِنَّ وَهُوَ قَبْلَ الْقِرَاءَةِ

Artinya : “Kalau seorang terlupa segala takbir pada solat hari raya pada rakaat yang pertama lalu dia teringat ketika sedang rukuk atau telah berlalu pada solatnya nescaya tidaklah dia takbirkannya dan tidaklah dia ganti. Maka jika dia ulangi berdiri kerana hendak takbir semula nescaya batal solatnya jika dia mengetahui tentang haramnya (berdiri semula itu).
Dan kalau dia teringat akan takbir-takbir (yang tertinggal) itu sebelum rukuk samada ketika sedang membaca atau selepas membaca (yakni sebelum rukuk) maka ada dua pendapat. Bermula pendapat yang sahih yaitu qaul jadid bahawasanya tidak datangkan lagi akan segala takbir itu kerana sudah luput tempatnya dan bermula tempat takbir itu ialah sebelum mula membaca (fatihah dan surah).” (Kitab Al-Majmu’)

6. SOLAT SUNAT SEBELUM DAN SELEPAS SOLAT HARI RAYA

Harus menunaikan solat sunat sebelum solat hari raya dan selepas solat hari raya bagi selain imam.

Berkata Imam Nawawi :

فَمَذْهَبُ الشَّافِعِيِّ أَنَّهُ لَا يُكْرَهُ صَلَاةُ النَّفْلِ قَبْلَ صَلَاةِ الْعِيدِ وَلَا بَعْدَهَا لَا فِي الْبَيْتِ وَلَا فِي الْمُصَلَّى لِغَيْرِ الْإِمَامِ وَبِهِ قَالَ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ وَأَبُو هُرَيْرَةَ وَرَافِعُ بْنُ خَدِيجٍ وَسَهْلُ بْنُ سَعْدٍ وابو بردة والحسن البصري واخوه سعيد بْنُ أَبِي الْحَسَنِ وَجَابِرُ بْنُ زَيْدٍ وَعُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ وَابْنُ الْمُنْذِرِ

Artinya : “Maka mazhab Syafie bahwasanya tidak dimakruhkan solat sunat sebelum menunaikan solat hari raya dan selepasnya samada dilakukannya di rumah atau pada tempat solat bagi selain daripada imam. Dan dengannyalah telah berkata olih Anas bin Malik dan Abu Hurairah dan Rafi’ bin Khadij dan Sahal bin Sa’ad dan Abu Bardah dan Al-Hasan Al-Basri dan saudaranya Said bin Abi Al-Hasan dan Jabir bin Zaid dan ‘Urwah bin Zubair dan Ibnu Al-Munzir.” (Kitab Syarah Al-Muhazzab)

7. MANDI SUNAT HARI RAYA

Disunatkan mandi pada hari raya fitrah dan hari raya korban ke atas orang yang hendak hadir kepada solat hari raya dan yang tidak hendak hadir.

Dan cara mandinya adalah sama dengan cara mandi-mandi sunat yang lain yaitu hendaklah dia berniat dan meratakan air ke seluruh tubuhnya.

Contoh niat mandi hari raya ialah :

Aku mandi sunat hari raya kerana Allah Taala.

Diantara dalil disunatkan mandi pada hari raya itu ialah hadith yang telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صل اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ الْأَضْحَى

Artinya : “Adalah Rasulullah saw mandi pada hari raya fitrah dan hari raya korban.” (Hadith riwayat Ibnu Majah)

Dan sebab disunatkan mandi pada dua hari raya itu kerana hari raya adalah hari untuk berhias.

Dan masuk waktu disunatkan mandi itu ialah selepas separuh malam hari raya sehinggalah masa hendak berangkat kepada solat dan yang afdhal ialah mandi ketika hendak berangkat kepada solat.

Imam Malik meriwayatkan di dalam Kitab Al-Muwattha’ :

أن عبدالله بن عمر رضي الله عنهما كانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الفِطْرِ، قَبْلَ أَنْ يَغْدُو إلى المُصَلَّى

Artinya : “Bahawasanya Abdullah bin Umar r.a. adalah beliau mandi pada hari raya fitrah sebelum berangkat ke tempat solat.”

Berkata Dr Mustafa Al-Khin :

وقيس بيوم الفطر يوم الأضحى. ويَعْضُد عمل الصحابي هذا: قياس غسل العيدين على غسل الجمعة، لأن المعنى فيهما واحد، وهو التنظف لاجتماع الناس.

Artinya : “Dan dikiaskan dengan hari raya fitrah itu akan hari raya korban dan menguatkan lagi olih amalan para sahabat r.a. akan qias ini atas sunat mandi jumaat kerana makna yang ada pada keduanya bersamaan yaitu membersihkan diri kerana pergi ke tempat berhimpun manusia.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

8. IQAMAH SOLAT HARI RAYA

Ketika hendak mendirikan solat sunat bagi kedua hari raya tidak disunatkan azan dan iqamah akan tetapi sunat diucapkan olih seorang akan الصَّلَاةُ جَامِعَةٌ kerana mengikut amalan di zaman Rasulullah saw dan para sahabat r.a.

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abas r.a. beliau berkata :

شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِيدَ، وَأَبِي بَكْرٍ، وَعُمَرَ، وَعُثْمَانَ، فَكُلُّهُمْ صَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلا إِقَامَةٍ

Artinya : “Aku telah merayakan hari raya bersama Rasulullah saw dan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. dan Uthman r.a. Maka sekelian mereka itu solat hari raya sebelum khutbah dengan ketiadaan azan dan iqamah.” (Hadith riwayat Ahmad)

Berkata Imam Nawawi :

قَالَ الشَّافِعِيُّ وَالْأَصْحَابُ لَا يُؤَذَّنُ لِلْعِيدِ وَلَا يُقَامُ وَبِهَذَا قَالَ جُمْهُورُ الْعُلَمَاءِ مِنْ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ وَعَلَيْهِ عَمَلُ النَّاسِ فِي الْأَمْصَارِ لِلْأَحَادِيثِ الصَّحِيحَةِ الَّتِي ذَكَرْنَاهَا

Artinya : “Telah berkata Imam Syafie dan Ashab : Tidak diazankan bagi solat hari raya dan tidak juga diiqamatkan. Dengan inilah berkata olih jumhur ulamak daripada sahabat dan tabien dan mereka yang kemudian daripada mereka itu. Dan atasnyalah amalan sekelian manusia pada segala kota kerana hadith-hadith yang sahih yang telah kami sebutkannya.” (Kitab Al-Majmu’)

9. MEMAKAI PAKAIAN BARU DI HARI RAYA

Disunatkan ke atas yang dewasa dan kanak-kanak dan lelaki dan perempuan memakai pakaian baru yang terbaik jika dia ada pada kedua hari raya.

Dan dakwaan setengah orang awam yang jahil yang mengatakan berpakaian baru pada hari raya hanyalah bagi kanak-kanak sahaja adalah dakwaan yang batil.

Telah diriwayatkan daripada Jaafar bin Muhammad dari bapanya dari datuknya beliau berkata :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَلْبَسُ بُرْدَ حِبَرَةَ فِي كُلِّ عِيدٍ

Artinya : “Sungguhnya Nabi saw adalah baginda memakai pakaian Hibrah pada setiap kali hari raya.” (Riwayat Imam Syafie dalam Al-Musnad)

Hibrah ialah sejenis baju daripada negeri Yaman.

Dan adalah memakai pakain baru dan cantik pada hari raya itu termasuk sunnah Nabi saw.

Berkata Imam As-Syairazi :

والسنة أن يلبس أحسن ثيابه

Artinya : “Bermula sunnah ialah memakai seorang akan pakaian yang paling cantik dari pakaiannya.” (Kitab Al-Muhazzab)

Berkata Imam Nawawi :

Artinya : “Telah sepakat olih Imam Syafie dan Ashab atas disunatkan memakai pakaian tercantik pada hari raya.” (Kitab Al-Majmu’)

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. adalah beliau menemui sehelai pakaian sutera yang dijual. Kemudian Ibnu Umar berkata :

يَا رَسُولَ اللَّهِ ابْتَعْ هَذِهِ تَجَمَّلْ بِهَا لِلْعِيدِ وَالْوُفُودِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سلم انما هذه لباس من لاخلاق لَهُ

Artinya : “Wahai Rasulullah! Belilah pakaian ini supaya engkau berhias dengannya bagi hari raya dan menyambut tetamu. Lalu bersabda olih Rasulullah : Hanya sungguhnya pakaian (sutera) ini merupakan pakaian orang yang tiada bahagiannya di akhirat.” (Hadith riwayat Bukhari)

Maksud hadith ini ialah Nabi saw melarang lelaki berhias dengan memakai sutera samada pada hari raya atau lainnya.

Telah berkata olih Imam Abu Al-Hasan :

مِنْهُ عُلِمَ أَنَّ التَّجَمُّلَ يَوْم الْعِيد كَانَ عَادَةً مُتَقَرِّرَةً بَيْنهمْ وَلَمْ يُنْكِرْهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه تَعَالَى عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Artinya : “Daripada hadith ini diketahui sungguhnya berhias cantik pada hari raya itu adalah ia kebiasaan yang telah tetap dikalangan para sahabat dan Nabi saw tidak menginkarkannya.” (Kitab Hasyiah An-Nasaie)

Dan telah diriwayatkan daripada Zaid bin Al-Hasan dari Ali r.a. katanya :

أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْعِيدَيْنِ أَنْ نَلْبَسَ أَجْوَدَ مَا نَجِدُ، وَأَنْ نَتَطَيَّبَ بِأَجْوَدَ مَا نَجِدُ

Artinya : “Rasulullah saw telah menyuruh akan kami pada dua hari raya ini memakai olih kami akan pakaian paling elok dari pakaian yang kami ada dan menyuruh akan kami berwangi dengan wangian yang paling harum yang kami ada.” (Riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak)

Dan imam lebih lagi dituntut berpakain cantik kerana dia menjadi perhatian pada ketika solat dan pada ketika hari raya.

Berkata Imam Malik :

سَمِعْتُ أَهْل الْعِلْمِ يَسْتَحِبُّونَ الطِّيبَ وَالزِّينَةَ فِي كُل عِيدٍ، وَالإْمَامُ بِذَلِكَ أَحَقُّ، لأِنَّهُ مَنْظُورٌ إِلَيْهِ مِنْ بَيْنِهِمْ

Artinya : “Aku telah mendengar akan ulamak berkata dengan disunatkan memakai wangian dan perhiasan pada setiap hari raya. Dan adalah imam itu lebih berhak dengan yang demikian itu kerana sungguhnya dia menjadi perhatian dari segala manusia.”

Dan warna yang paling afdhal dipakai sebagai perhiasan pada hari raya ialah warna putih.

Adapun jika seorang itu mempunya dua pakaian yang salah satunya berwarna putih dan satu lagi bukan berwarna putih maka harus dia memakai pakaian yang bukan berwarna putih tersebut.

Akan tetapi jika pakaian yang bukan berwarna putih itu lebih cantik dari pakaiannya yang putih maka afdhal dia memakai yang bukan berwana putih.

Dan disunatkan sekelian yang tersebut itu bagi mereka yang hendak keluar ke tempat solat atau lainnya dan disunatkan juga bagi mereka yang hanya mahu tinggal di dalam rumahnya kerana memuliakan hari raya.

Berkata Imam Nawawi :

قَالَ أَصْحَابُنَا وَأَفْضَلُ أَلْوَانِ الثِّيَابِ الْبَيَاضُ فَعَلَى هَذَا إنْ اسْتَوَى ثَوْبَانِ فِي الْحُسْنِ وَالنَّفَاسَةِ فَالْأَبْيَضُ أَفْضَلُ فَإِنْ كَانَ الْأَحْسَنُ غَيْرَ أَبْيَضَ فَهُوَ أَفْضَلُ مِنْ الْأَبْيَضِ فِي هَذَا الْيَوْمِ وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَتَعَمَّمَ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ إلَّا ثَوْبًا اُسْتُحِبَّ أَنْ يَغْسِلَهُ لِلْعِيدِ وَالْجُمُعَةِ قَالَ أَصْحَابُنَا وَيَسْتَوِي فِي استحباب تحسين الثياب والتنظف وَالتَّطَيُّبِ وَإِزَالَةِ الشَّعْرِ وَالرَّائِحَةِ الْكَرِيهَةِ الْخَارِجُ إلَى الصَّلَاةِ وَالْقَاعِدُ فِي: بَيْتِهِ لِأَنَّهُ يَوْمُ زِينَةٍ فاستووا فيه

Artinya : “Telah berkata olih Ashab kami bermula yang afdhal dari segala warna pakaian itu ialah warna putih. Ini (yakni afdhal memakai yang putih) ialah jika bersamaan kedua pakaiannya (yang putih dan yang lainnya) pada cantiknya dan indahnya. Maka jika yang bukan putih lebih cantik nescaya ia lebih afdhal dari yang putih pada hari raya ini. Dan sunatkan seorang itu memakai serban. Dan jika seorang itu hanya ada sehelai pakaian maka disunatkan dia membasuhnya bagi hari raya dan hari jumaat. Berkata Ashab kami dan bersamaan hukumnya pada disunatkan berpakain cantik dan bersuci dan berwangi dan menghilangkan bulu badan dan bau yang tidak enak bagi orang yang hendak keluar ke tempat solat dan yang tinggal di dalam rumahnya kerana sungguhnya hari raya itu ialah hari berhias maka semua manusia bersamaan padanya.” (Kitab Al-Majmu’)

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyyah :

وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَتَزَيَّنَ وَيَتَنَظَّفَ وَيَحْلِقَ شَعْرَهُ وَيَلْبَسَ أَحْسَنَ مَا يَجِدُ وَيَتَطَيَّبَ وَيَتَسَوَّكَ

Artinya : “Dan disunatkan bahawa berhias seorang itu dan membersihkan diri dan mencukur bulu badannya dan memakai akan pakaian yang paling elok apa yang dia miliki dan memakai haruman dan membersihkan mulut.”

Dan adalah kaum perempuan itu termasuk yang disunatkan berpakain baru dan cantik pada hari raya tetapi ketika mereka memakainya bukan untuk keluar di khalayak ramai yakni memakai ketika duduk di rumah atau pergi ke rumah saudara maranya sahaja.

Adapun keluar kaum perempuan kepada khalayak ramai maka hendaklah dia memakai pakaian yang bukan pakaian yang dikira memperlihatkan kecantikan atau pakaian kemegahan sebagaimana telah lalu bicaranya.

10. ZIARAH MENZIARAHI PADA HARI RAYA

Disunatkan saling berziarah antara satu sama lain dikalangan umat Islam kerana ia adalah amalan yang diperintah olih Allah dan ziarah sesama saudara itu ialah silaturrahim.

Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar menyebut didalam kitab Fathul Baari Syarah Sahih Al-Bukhari bahawa setengah dari hikmah Nabi saw pergi ke tempat solat hari raya mengikut satu jalan dan pulang mengikut jalan yang lain ialah kerana baginda ziarah akan sanak saudaranya yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.

Tersebut pada Majlis Fatwa Negeri Mesir :

وقد أمر الشارع بصلة الرَّحِم، ورَتَّبَ على وصْلِها الثوابَ العظيمَ في الدنيا والآخرة، فجعلها سببًا في تَوْسِعَةِ الرزق وطول العُمُر حقيقةً، أَوْ: بِبَقاءِ ذِكْرَى صاحبِها بعدَ وفاتِه، قال صلى الله عليه وآله وسلم: «مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ»

Artinya : “Dan sungguhnya agama telah menyuruh dengan menghubung silaturrahim dan terhasillah sebab menghubung rahim itu ganjaran yang besar di dunia dan akhirat dan menjadikan hubung silaturrahim itu sebab bagi meluaskan rezeki dan panjang umur pada hakikat atau kekal sebutan empunyanya selepas matinya. Sabda Rasulullah saw : Barangsiapa yang suka bahawa diluaskan baginya rezeki dan dipanjangkan umurnya maka sambunglah hubungan rahim.” (Darul Ifta Al-Misriah)

Rasulullah saw telah bersabda :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصِلُوا الأَرْحَامَ وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلامٍ

Artinya : “Wahai sekelian manusia! Sebarkan ucapan salam dan jamulah makanan dan hubunglah rahim dan solatlah pada waktu malam sedangkan manusia tidur pasti kamu sekalian akan masuk ke dalam syurga.” (Hadith riwayat Ibnu Majah)

wallahua’lam

Kredit : ustaz azhar idrus

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penggunaan tilam sesuai baik untuk kesihatan

Setiap orang harus mempunyai waktu tidur yang secukupnya iaitu selama lapan jam. Tidur yang berkualiti dapat memberikan kesan positif terhadap aktiviti yang dilakukan selain dapat membantu keseimbangan otak dan badan . Bukan itu saja, posisi yang betul ketika tidur juga dapat melambatkan proses penuaan jika dimalkan setiap hari . Selain itu, penggunaan tilam yang bersesuaian dan selesa dapat menggalakkan pemulihan dan menyahtoksidkan selain membantu mengekalkan kelembapan kulit pada badan kita. Contohnya seperti aloe vera yang terdiri daripada 96% air, 4% asid amino, mineral serta vitamin A, C dan E, enzim dan zat besi bagi memenuhi keperluan khasiat badan . Tilam yang mempunyai besi spring adalah tidak bagus untuk tidur kerana ia akan menyebabkan badan kita menjadi mudah bengkok dan lama kelamaan akan menjadi sakit dibahagian belakang badan .Ini akan menyebabkan tidur kita terganggu dan tidak selesa . Tilam yang keras juga boleh menyokong kedudukan posisi tubuh ketika tidur m...

Terjaga Pagi-Pagi Buta

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tanga n mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian " Oh, baru pukul 3 pagi". Dalam situasi di atas, apa yang akan kita lakukan? Di sini, kita mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman kita dan buat lah pilihan bijak. PILIHAN 1 Kebanyakan kita akan menarik selimut semula, dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu saja, hati turut mengomel, "Apasal la aku bangun awal sangat." Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah. PILIHAN 2 "Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.." Kemudi...

DUA PULUH TUJUH KATA-KATA HIKMAH DAN NASEHAT

[ DUA PULUH TUJUH KATA-KATA HIKMAH DAN NASEHAT ] Bismillahir Rahmanir Rahim.  Assalamu'alaikum kawan2ku semua.  Wahab bin Munabbih berkata, bahwa tertulis di dalam kitab Taurat dua puluh tujuh nasihat sebagai berikut : 1. Barang siapa yang berbekal di dunia, maka pada hari kiamat             akan menjadi kekasih Allah. 2. Barang siapa yang meninggalkan marah, maka ia terhindar dari         siksa 3. Barangsiapa meninggalkan cinta dunia, maka pada hari kiamat         dia akan menjadi orang yang aman 4. Barangsiapa meninggalkan sifat dengki, maka pada hari kiamat         dia akan menjadi orang yang terpuji 5. Barangsiapa yang tidak menyukai jabatan, maka pada hari               kiamat dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah 6. Barangsiapa yang meninggalkan berlebihan, maka dia akan           ...

{Solat Yang Tidak Diterima}

Solat Yang Tidak Diterima ========= 1. Rasulullah pernah menggambarkan kepada Saidina Abu Hurairah bahawa terdapat seorang lelaki yang menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi solatnya tidak diterima Allah. Sabda Rasulullah: إنَّ الرجلَ ليُصلِّي ستِّينَ سنةً و ما تُقبَلُ له صلاةٌ، لعله يتمُّ الركوعَ، ولا يتمُّ السُّجودَ، ويتمُّ السجودَ ولا يتمُّ الركوعَ “Seorang lelaki menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Perkara ini berlaku kerana dia menyempurnakan sujudnya tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, atau menyempurnakan ruku'nya tetapi tidak menyempurnakan sujudnya.” (HR Ibn Abi Syaibah) 2. Hadis ini mengingatkan kita supaya menyempurnakan setiap rukun di dalam solat. Bahkan Rasulullah di sini secara spesifik mengingatkan kita tentang rukuk dan sujud yang sering diabaikan oleh sebahagian manusia. Sabda Rasulullah: وأسوأُ السَّرقَةِ الذِي يسرِقُ صلاتَهُ قالوا: وكيف يسرقُ صلاتَهُ؟ قالَ: لا يُتِمُّ رُكُوعَهَا ولا سُجُودَهَا “Seburuk-buruk penc...

LIMA AMALAN YANG MENJADI PENERANG KEGELAPAN

 [ LIMA AMALAN YANG MENJADI PENERANG KEGELAPAN ] Abu Bakar Ash-Shiddiq berkata: "Kegelapan itu ada lima dan lampu penerangnya pun ada lima, iaitu: 1. Cinta dunia adalah suatu kegelapan, sedangkan lampu    penerangnya adalah ketaqwaan. 2. Berbuat dosa adalah suatu kegelapan, sedangkan lampu  penerangnya adalah bertobat. 3. Kubur adalah kegelapan, sedangkan lampu penerangnya adalah  bacaan: 'Laa ilaaha illallooh Muhammadur Rosuulullooh.' 4. Alam akhirat itu penuh kegelapan, sedangkan penerangnya  adalah amal shalih. 5. Shirath (jembatan penyeberangan di atas neraka) sangat gelap,  sedangkan penerangnya adalah yaqin. Berkaitan dengan poin 1, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Cinta dunia adalah biang segala kesalahan." (HR. Baihaqi, dari Hasan Al-Bashri) Imam Al-Ghazali mentafsir Hadits di atas sebagai berikut: "Sebagaimana dikatakan bahwa mencintai dunia itu adalah biang segala kesalahan, maka membenci dunia adalah biang...

LIMA PERBUATAN PENYEBAB BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT

  [ LIMA PERBUATAN PENYEBAB BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT  ] 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash berkata: "Orang yang memiliki lima hal berikut akan bahagia di dunia dan di akhirat, iaitu: 1. banyak-banyak membaca: 'Laa ilaaha illallooh Muhammadur         rosuulullooh.'; 2. setiap kali ditimpa musibah mengucapkan: 'Innaa lillaahi wa           innaa ilaihi rooji'uun, wa laa haula wa laa quwwata illaa                 billaahil 'Aliyyil 'azhiim.' (Sesungguhnya kami ini milik Allah         dan akan kembali kepada-Nya. Tiada daya (untuk menjauhi           maksiat) dan tiada kekuatan (untuk taat), kecuali dengan               pertolongan Allah Yang Mahatinggi lagi Mahaagung); 3. ketika menerima nikmat dari Allah mengucapkan:                     ...

Puisi Untuk Ibu

Puisi Untuk Ibu Tak henti – hentinya aku mengucap syukur karana telah memiliki seorang ibu sepertimu Kau rela memperjuangkan hidup dan matimu untuk melahirkanku kedunia ini Rela menjagaku selama 9bln meski masih dalam kandungan Dan rela menyitakan waktumu hanya untuk membesarkan dan mendidikku Ibu.. Kasih sayangmu tak kan bertepi Kepedulianmu selalu di hati Kau pelipur lara yang kan abadi Jiwaku hilang jika tanpamu Baktiku hanya untukmu Ketulusan hatiku kan ku lakukan hanya untuk membuatmu tersenyum Meski lakuku selalu membuatmu sedih Namun kau selalu mendoakan ku dalam setiap doa yang kau panjatkan Kasih sayangmu tak kan bisa di bayar dengan wang Kehadiranmu tak kan bisa di gantikan Kebahagiaanmu adalah ubat untuk langkah hidupku Ibu.. kau selalu mengajarkan kebaikan untukku Kau selalu mengingatkan ku jika ku berlaku dan berucap salah Belaian kasihmu mampu mendamaikan hatiku Terima kasih atas semua yang telah kau berikan pada ma...