NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...
KESAN BERKATA KALIMAH KUFUR SOALAN : Apakah hukumnya orang Islam yang mengatakan ada sebahagian sahabat Nabi saw yang kafir? Dan apa hukumnya orang yang kata solat lima waktu itu tidak wajib? Bagaimana kalau orang itu jahil adakah dimaafkan? JAWAPAN : KUFUR SIAPA MENGKAFIRKAN SAHABAT R.A. Barangsiapa menuduh atau mengsabitkan kekufuran kepada salah seorang dari sahabat Nabi saw maka orang iatu telah menjadi kafir. Berkata Syeikh Khatib Syarbini : يَكْفُرُ مَنْ نَسَبَ الأُْمَّةَ إِلَى الضَّلاَل، أَوْ الصَّحَابَةَ إِلَى الْكُفْرِ، أَوْ أَنْكَرَ إِعْجَازَ الْقُرْآنِ أَوْ غَيَّرَ شَيْئًا مِنْهُ، أَوْ أَنْكَرَ الدَّلاَلَةَ عَلَى اللَّهِ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَْرْضِ Artinya : “Jadi kafir siapa yang menisbahkan umat Muhamad saw kepada sesat atau menisbahkan sahabat r.a. kepada kufur atau dia ingkar akan muzkjizat Al-Quran atau mengubah akan suatu dari yang demikian itu atau dia ingkar akan segala dalil bahawa Allah yang mencipta segala langit dan bumi.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj) KUFUR...