Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }



NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA

بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة
Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah

Siri 39

JENIS-JENIS NAJIS

Berkata Pengarang :

النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ:

مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ.

الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا.

وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ.

وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ.

Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah.

Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya.

Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun.

Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain.

CARA MENGHILANGKAN NAJIS

Berkata Pengarang :

الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ.

وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَةِ عَيْنِها.

وَالْمُتَوَسَّطَةُ تَنْقَسِمُ إِلَى قِسْمَيْنِ: عَيْنِيَّةٌ، وَحُكْمِيَّةٌ.

الْعَيْنِيَّةُ: الَّتِيْ لَهَا لَوْنٌ وَرِيْحٌ وَطَعْمٌ، فَلاَ بُدَّ مِنْ إِزَالَةِ لَونِهَا وَريِحِهَا وَطَعْمِهَا.

وَالْحُكْمِيَّةُ: الَّتِيْ لاَ لَوْنَ وَلاَ ريْحَ وَلاَ طَعْمَ لَهَا، يَكْفِيْكَ جَرْيُ الْمَاءِ عَلَيْهَا.

Najis mughallazah suci dengan tujuh basuhan selepas menghilangkan ainnya yakni zatnya yang salah satunya dengan tanah.

Dan najis mukhaffafah suci dengan direnjis air ke atasnya serta lebih dan menghilangkan ainnya.

Dan najis mutawasithah terbahagi kepada dua yaitu najis aini dan najis hukmi. Bermula najis yang aini yaitu yang ada baginya warna dan bau dan rasa. Maka tidak dapat tiada dari menghilangkan warnanya dan baunya dan rasanya.

Dan najis hukmi yaitu yang tiada warna dan tiada bau dan tiada rasa baginya memadai mengalirkan air ke atasnya.

KETERANGAN

PENGERTIAN NAJIS

Bermula arti najis pada bahasa ialah suatu yang kotor dan arti najis pada syarak kotoran yang menghalang dari sahnya umpama sembahyang.”

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

النَّجَاسَة وَهِي لُغَة كل مَا يستقذر وَشرعا مستقذر يمْنَع من صِحَة الصَّلَاة

Artinya : “Bermula arti perkataan najis itu pada bahasa ialah sekelian yang dianggap kotor dan artinya pada syarak ialah suatu yang kotor yang menghalang sahnya solat.” (Kitab Al-Iqna’)

Segala najis itu jika dilihat kepada berat dan sederhana dan ringan cara menghilangkannya terbahagi kepada tiga bahagi yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah.

NAJIS MUGHALLAZAH

Najis mughallazah المغلظة ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya dan perkataan mughallazah itu artinya yang diberatkan kerana untuk membersihkannya disyaratkan basuhan sebanyak tujuh kali dan salah satu dari basuhan itu mesti dengan tanah bersalahan dengan segala najis yang lain tidaklah diberatkan cara basuhnya sehingga mesti mengggunakan tanah dalam salah satu daripada tujuh basuhan.

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata : Nabi sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Artinya : “Jadi suci bekas air seorang kamu apabila menjilat padanya oleh anjing bahawa membasuh olehnya akan bekas itu tujuh kali basuh yang pertama daripada tujuh basuhan itu dengan tanah.” (Hadith riwayat Muslim)

Dan yang dimaksudkan dengan najisnya anjing dan babi itu ialah sekelian juzuk keduanya samada air liur dan peluh dan darah dan daging dan tulang dan bulu dan kencing dan tahi dan lainnya.

Dan dikiaskan akan babi itu dengan anjing kerana lebih kotor keadaannya daripada anjing.

Berkata Dr Mustafa Al-Khin :

وقيس عليه الخنزير لأنه أسوأ حالاً منه

Artinya : “Dikiaskan atas anjing itu akan babi kerana sungguhnya babi itu lebih keji keadaannya dari anjing.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

Dan demikian lagi termasuk najis mughallazah ialah segala haiwan yang suci yang lahir dari salah satu dari anjing dan babi seperti anak haiwan yang lahir dari hubungan antara rusa dengan anjing misalnya maka sekalipun anak itu dengan rupa seekor rusa maka hukumnya adalah najis mughallazah.

CARA MENGHILANGKAN NAJIS MUGHALLAZAH

Bermula cara membasuh suatu yang ternajis dengan najis mughallazah ialah didahulukan dengan membuang ain najisnya kemudian di basuh tempat tersebut sebanyak tujuh kali yaitu enam kali dengan air yang bersih yang sah dibuat bersuci dan sekali dengan air yang bercampur tanah.

Dan disyaratkan membasuh itu mesti dengan air yang bersih maka tidak sah basuhan jika basuhan itu tidak menggunakan air yang bersih.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

سبع مَرَّات بِمَاء طهُور

Artinya : “Tujuh basuhan dengan air yang suci.” (Kitab Al-Iqna’)

Dan harus menjadikan air yang bercampur tanah itu sebagai basuhan yang pertama atau kedua atau seterusnya akan tetapi yang afdhal ialah menjadikan air tanah itu sebagai basuhan yang pertama kerana basuhan-basuhan yang berikut akan membersihkan air tanah yang pertama itu.

Berkata Imam Nawawi :

وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَكُونَ التُّرَابُ فِي غَيْرِ الْغَسْلَةِ الْأَخِيرَةِ لِيَأْتِيَ عَلَيْهِ مَا يُنَظِّفُهُ وَالْأَفْضَلُ أَنْ يَكُونَ فِي الْأُولَى

Artinya : “Dan disunatkan bahawa adalah tanah itu bukan pada basuhan yang akhir supaya basuhan yang selepasnya akan membersihkan tanah itu dan yang afdhal ialah tanah itu pada basuhan yang pertama.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

Berkata Dr Mustafa Al-Bugha :

وهذه لا تطهر إلا إذا غسلت سبع مرات إحداهن بالتراب، سواء كانت النجاسة عينية أم حكمية، وسواء كانت على الجسم، أو الثوب، أو المكان

Artinya : “Dan suatu yang kena najis mughallazah ini tidak jadi suci melainkan apabila dibasuh sebanyak tujuh kali yang salah satunya dengan tanah samada najis mughallazah itu najis hukmi atau najis aini dan samada nasji mughallazah itu berada di atas badan atau pakaian atau tempat.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

NAJIS MUKHAFFAFAH

Najis mukhaffafah المخففة ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai usianya 2 tahun dan belum makan makanan yang mengenyangkan melainkan susu dan arti perkataan mukhaffafah itu ialah yang diringankan yakni diringankan cara membasuhnya kerana memadai dengan hanya dipercikkan sahaja air bersih ke atasnya.

Maksud tidak makan akan makanan itu ialah bayi lelaki itu masih menyusu dan menyusu itu adalah sumber utamanya untuk mengenyangkannya dan tidak mengapa jika bayi yang masih menyusu itu makan makanan lain tapi bukan untuk mengenyangkannya.

Pada riwayat Ibnu Khuzaimah :

دَخَلْتُ بِابْنٍ صَبِيٍّ لِي لَمْ يَأْكُلِ الطَّعَامَ

Artinya : “Aku (Ummu Qais) telah membawa bayi lelakiku yang belum makan akan makanan.”

Dan pada riwayat At-Tabarani :

أَتَتْ بِابْنٍ لَهَا صَغِيرٍ، لَمْ يَأْكُلِ الطَّعَامَ

Artinya “Dia (Ummu Qais) datang dengan anak lelaki baginya yang masih kecil yang belum makan akan makanan.”

Dan pada satu riwayat Imam Ahmad :

وَلَمْ يَكُنِ الصَّبِيُّ بَلَغَ أَنْ يَأْكُلَ الطَّعَامَ

Artinya : “Dan bayi lelaki itu belum sampai usia makan akan makanan.”

Berkata Dr Mustafa Al-Bugha :

النجاسة المخففة: وهي بول الصبي الذي لم يأكل إلا اللبن ولم يبلغ سنه حولين

Artinya : “Bermula najis mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan akan makanan melainkan susu dan belum sampai usianya 2 tahun.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

Sungguhnya bayi yang masih kecil itu apabila dikatakan belum makan akan makanan maka maknanya ialah dia masih menyusu.

Berkata Syeikh Ar-Rahmani Al-Mubarakfuri :

(لَمْ يَأْكُلِ الطَّعَامَ) : أَيِ: الَّذِي يُقْصَدُ بِهِ التَّغَذِّي مِنْ غَيْرِ اللَّبَنِ

Artinya : “Belum makan ia akan makanan artinya bayi yang tidak diberi kenyang melainkan dengan susu.” (Kitab Mir’atul Mafatih)

Dan berkata Imam Al-‘Aini :

(لم يَأْكُل الطَّعَام) لم يقدر على مضغ الطَّعَام وَلَا على دَفعه إِلَى بَاطِنه، لِأَنَّهُ رَضِيع لَا يقدر على ذَلِك

Artinya : “Belum makan akan makanan itu artinya bayi itu tidak mampu atas mengunyah makanan dan tidak berdaya hendak menelan sampai ke perutnya kerana bayi itu masih menyusu tidak kuasa atas demikian itu.” (Kitab Umdatul Qari)

Maka difahami bahawa syarat najis mukhaffafah itu mestilah kanak-kanak lelaki dan air kencing dan belum berusia 2 tahun.

Maka jika bukan kanak-kanak lelaki tetapi kanak-kanak perempuan maka air kencingnya bukan najis mukhaffafah tetapi mutawassithah.

Dan jika bukan kencing tetapi tahi atau muntah kanak-kanak lelaki maka ia bukan najis mukhaffafah tetapi mutawassithah.

Dan jika usianya telah sampai 2 tahun atau lebih maka air kencingnya bukan lagi najis mukhaffafah tetapi mutawassithah.

CARA MENGHILANGKAN NAJIS MUKHAFFAFAH

Bermula cara membersihkan suatu yang ternajis dengan najis mukhaffafah itu sangat ringan yaitu dibuang dahulu ain najisnya kemudian direnjis air yang bersih di atas tempat tersebut sekira-kira meratai renjis air itu ke atasnya sekalipun tidak mengalir air atasnya.

Contohnya jika kencing kanak-kanak tersebut di atas lantai maka sapu dulu air kencing itu dengan umpama kain sehingga tinggal lembapnya sahaja kemudia basahkan tangan dengan air bersih lalu renjiskan atas tempat yang lembap itu dan hendaklah kadar air renjisan yang jatuh atas lantai itu seluas kawasan yang lembap itu walaupun hanya dengan sekali renjis atau dengan beberapa kali renjis.

Diriwayatkan daripada Ummu Qais binti Mihran r.a. :

أَتَتْ بِابْنٍ لَهَا صَغِيرٍ، لَمْ يَأْكُلِ الطَّعَامَ، إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَجْلَسَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَجْرِهِ، فَبَالَ عَلَى ثَوْبِهِ، فَدَعَا بِمَاءٍ، فَنَضَحَهُ وَلَمْ يَغْسِلْهُ

Artinya : “Sungguhnya beliau telah datang kepada Nabi sollallahu alaihi wasallam dengan membawa bayinya yang lelaki yang belum lagi memakan makanan. Lalu Rasulullah sollallahu alaihi wasallam meletakkan bayi tersebut di atas ribanya kemudian bayi itu telah kencing di atas pakaiannya maka Rasulullah sollallahu alaihi wasallam pun meminta sebekas air lalu direnjiskan air itu dan tidak dibasuhnya.” (Hadith riwayat Bukhari)

Dan pada satu riwayat Imam Muslim :

فَدَعَا بِمَاءٍ فَرَشَّه

Artinya : “Rasulullah sollallahu alaihi wasalla meminta sebekas air kemudian memercikkannya.”

Berkata fuqahak dari kalangan sahabat dan tabien :

يُنْضَحُ بَوْلُ الغُلَامِ، وَيُغْسَلُ بَوْلُ الجَارِيَةِ، وَهَذَا مَا لَمْ يَطْعَمَا، فَإِذَا طَعِمَا غُسِلَا جَمِيعًا

Artinya : “Direnjis akan kencing kanak-kanak lelaki dan dibasuh akan kencing kanak-kanak perempuan. Dan ini ialah selama kanak-kanak itu belum makan makanan. Maka apabila kanak-kanak itu telah makan makanan nescaya dibasuh akan kencing sekeliannya.” (Riwayat At-Tirmizi)

Berkata Imam Az-Zuhri :

فَمَضَتِ السُّنَّةُ بِأَنْ يُرَشَّ بَوْلُ الصَّبِيِّ، وَيُغْسَلَ بَوْلُ الْجَارِيَةِ

Artinya : “Telah telah berjalan oleh sunnah dipercikkan kencing kanak-kanak lelaki dan dibasuh kencing kanak-kanak perempuan.” (Riwayat Imam Ahmad)

Dan berkata Ibnu Syihab :

فَمَضَتِ السُّنَّةُ بِأَنْ لَا يُغْسَلَ مِنْ بَوْلِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَأْكُلَ الطَّعَامَ، فَإِذَا أَكَلَ الطَّعَامَ غُسِلَ مِنْ بَوْلِهِ

Artinya : “Telah berjalan oleh sunnah bahawa tidak dibasuh dari kecing kanak-kanak lelaki sampailah dia makan makanan. Maka apabila kanak-kanak lelaki itu telah makan makanan nescaya dibasuh dari kencingnya.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Jika seorang itu tidak merenjis air ke atas tempat yang kena najis mukhaffafah tetapi dia membasuhnya seperti pada najis yang lain maka hukumnya adalah sah dan memadai tetapi tidaklah wajib.

NAJIS MUTAWASSITHAH

Najis mutawassithah المتوسطة ialah sekelian najis yang selain najis mughallazah dan mukhaffafah dan perkataan mutawassithah itu artinya yang pertengahan yaitu tidak ringan sangat cara basuhnya seperti kencing kanak-kanak lelaki dan tidak berat sangat seperti anjing dan babi.

Berkata Dr Mustafa Al-Bugha :

وسميت متوسطة لأنها لا تظهر بالرش، ولا يجب فيها تكرار الغسل إذا زالت عينها بغسلة واحدة

Artinya : “Dinamakan najis ini mutawassithah kerana sungguhnya tiada ringan sampai hanya perlu direnjis dan tidak pula wajib padanya berulang kali basuh bahkan jika sudah hilang ainnya memadai dengan sekali basuh sahaja.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

Maka najis muatawssitahah itu banyak seperti sekelian yang terbit dari qubul dan dubur seperti kencing dan tahi dan mazi dan wadi dan haidh dan nifas atau terbit dari lainnya seperti darah dan muntah dan arak dan sekelian bangkai selain bangkai ikan dan belalang dan lainnya.

Berkata Imam Al-Husaini As-Syafie :

وكل مسكر نجس، وكذا ما خرج من السبيلين إلا المني، فيجب غسله، إلا بول صبي لم يطعم غير لبن فينضح. والحيوان كله طاهر إلا الكلب والخنزير والفرع. والميتات نجسة إلا السمك والجراد والآدمي، وشعر الميتة وعظمها نجس إلا شعر الآدمي.

Artinya : “Setiap cecair yang memabukkan yaitu arak adalah najis. Dan demikain juga sekelian yang keluar dari dua kemaluan hadapan dan belakang melainkan mani maka wajib membasuhnya melainkan air kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan selain susu maka direnjis. Dan sekelian jenis haiwan adalah suci kecuali anjing dan babi dan keturunannya. Dan sekelian bangkai itu najis melainkan ikan dan belalang dan manusia. Dan bulu bangkai dan tulangnya itu najis melainkan rambut manusia.” (Kitab Al-Bayan fi Mazhab Al-Imam As-Syafie)

CARA MENGHILANGKAN NAJIS MUTAWASSITHAH

Bermula cara membersihkan suatu yang ternajis dengan najis mutawassitah ialah dengan membuang zatnya terlebih dahulu kemudian dibasuh tempat tersebut sampai jadi bersih dan tiada lagi sifat-sifat najis yaitu tiada lagi warna dan bau dan rasanya.

Berkata Dr Mustafa Al-Khin :

، وهذه النجاسة إنما تطهر إذا جرى الماء عليها وذهب بأثرها، فزالت عينها وذهبت صفاته من لون أو طعم أو ريح، سواء كانت عينية أم حكمية، وسواء كانت على ثوب أم جسم أم مكان

Artinya : “Dan sekelian perkara yang ternajis dengan najis mutawassithah ini hanya menjadi suci apabila dijirus air ke atasnya dan hilang segala kesannya yaitu tiada lagi ain najis dan hilang segala sifatnya yaitu warna dan rasa dan bau samada najis itu najis aini atau najis hukmi dan samada najis itu di atas pakaian atau badan atau tempat.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

Maka apabila telah dibuang akan ain najisnya kemudian dibasuh tempat yang kena najis itu samada pakaian atau badan atau tempat dan tidak ada lagi warnanya dan baunya dan rasanya maka basuhan tersebut telah memadai dan suatu yang kena najis itu telah menjadi bersih.

Akan tetapi jika setelah dibasuh bersungguh-sungguh masih kekal warnanya seperti masih nampak warna merah darah misalnya atau masih ada baunya sekalipun rasa dan warna telah hilang maka hukumnya dimaafkan yang demikian itu kerana sukar menghilangkannya.

Tersebut pada Kitab Al-Muasu’atul Fiqhiyah :

وَإِنْ كَانَتْ عَيْنِيَّةً وَجَبَ بَعْدَ زَوَال عَيْنِهَا إِزَالَةُ الطَّعْمِ وَالرِّيحِ وَإِنْ عَسُرَ، لأِنَّ بَقَاءَهُ يَدُل عَلَى بَقَاءِ الْعَيْنِ.
وَلاَ يَضُرُّ بَقَاءُ لَوْنٍ أَوْ رِيحٍ عَسُرَ زَوَالُهُ فَيُطَهَّرُ الْمَحَل لِلْمَشَقَّةِ

Artinya : “Dan jika adalah najis itu najis aini maka wajib selepas membuang ainnya menghilangkan pula rasa dan bau sekalipun susah kerana sungguhnya kekalnya rasa dan bau itu menunjukkan atas masih ada ainnya. Dan tidak mengapa masih kekal warna atau bau yang sukar dihilangkan maka sucilah tempat itu kerana sebab kesukaran menghilangkannya.”

Berkata Dr Mustafa Al-Bugha :

ولكن لا يضر بقاء لون عسر زواله، كالدم مثلاً

Artinya : “Dan tetapi tidak mengapa masih ada warna yang sukar menghilangkannya misalnya seperti darah.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

Dan arti najis hukmi itu yaitu najis yang telah hilang zatnya dan baunya dan rasanya.
Contoh najis hukmi itu ialah air kencing yang kena pada lantai dan telah kering tetapi belum dibersihkan dan tidak ada lagi pada lantai itu air kencingnya dan tidak ada lagi baunya dan warnanya maka cara membersihkannya ialah wajib dituangkan air ke atas tempat tersebut dengan kadar air yang dituang itu seluas tempat yang kena najis maka jadi bersihlah tempat itu.

Berkata Pengarang :

وَالْحُكْمِيَّةُ: الَّتِيْ لاَ لَوْنَ وَلاَ ريْحَ وَلاَ طَعْمَ لَهَا، يَكْفِيْكَ جَرْيُ الْمَاءِ عَلَيْهَا.

Artinya : “Dan bermula najis hukmi itu ialah yang sudah tidak ada warnanya dan tidak ada baunya dan tidak ada lagi rasanya maka cukup dengan dialirkan air ke atasnya.”

Dan terkadang berlaku najis hukmi itu pada badan atau pada pakaian maka dilakukan seperti dilakukan pada lantai dalam contoh di atas.

wallahua’lam


Kredit : ustaz azhar idrus


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[Tidak masuk syurga org yg memutuskan silaturahim]

                                                        لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ قَاطِعٌ Maksud “tidak masuk syurga” di sini adalah tidak masuk bersama golongan terawal (bukan ertinya dia tidak akan masuk syurga selama-lamanya padahal dia memiliki Iman) Riwayat Al-Bukhari (2408) dan Muslim (593) Memutuskan hubungan kekeluargaan seorang isteri dgn suami, seorang ibu dgn anak, seorang abg dgn adik atas asbab tidak suka, tidak sefahaman, dengki, iri hati, perebutan harta dan hal2 yg berkaitan keduniaan hukumnya berdosa besar... Org yg bertanggungjawab memutuskan hubungan ini akan dilaknat oleh Allah s.w.t dan hidupnya tidak akan mendapat rahmat Allah s.w.t... Dosanya akan dipercepatkan oleh Allah dgn memberi siksaan kpdnya ketika didunia lagi...doanya tidak dikabulkan dan dia takkan masuk syurga... Antara bentuk hukuman org yg memutuskan silaturahim i...

{TIPS KEBAHAGIAAN ANAK}

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga. Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama. 1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu           waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya. 2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan uc...

[ BERBUAT DOSA SAMBIL TERTAWA & TAAT SAMBIL MENANGIS ]

[ BERBUAT DOSA SAMBIL TERTAWA & TAAT SAMBIL MENANGIS ] Bismillahir Rahmanir Rahim.  Assalamu'alaikum Sebagian ahli zuhud berkata : Barang siapa yang berbuat dosa seraya tertawa, maka Allah akan mencampakkannya ke neraka dalam keadaan menangis. Dan barang siapa berbuat taat, sementara ia dalam keadaan menangis maka Allah akan memasukkannya ke surga dalam keadaan tertawa (gembira ria) Ahli zuhud adalah orang2 yang memandang rendah dunia dan tidak memperdulikannya, karena mereka sibuk berdzikir kepada Allah untuk bekal hari akhirat. Semoga kita semua di masukkan Allah ke dalam surga-Nya dalam keadaan gembira ria dan bukan sebaliknya. Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin Sumber : Kitab Nashaihul 'Ibad Karya Syeikh Nawawi Al Bantani

4 PERKARA UNTUK SELESA DI ALAM KUBUR

Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup di atas dunia ini? Imam syafie hidup 53 tahun di atas dunia, sekarang dia sudah meninggal dunia lebih kurang 1200 tahun.. Imam Nawawi hidup 43 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah meninggal dunia lebih kurang 800 tahun.. P. Ramlee hidup 44 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah meninggal lebih kurang 49 tahun... Maka adakah berseronok dengan kelazatan dunia itu lebih utama daripada membina kebahagiaan di dalam lubang kubur nanti? Allah ciptakan manusia dan jin itu adalah untuk kita beribadat kepadanya. Bukan untuk berjalan-jalan, bukan untuk berhibur, bukan untuk bersuka ria di atas dunia ini. Carilah bekalan selagi mana kita hidup diatas dunia ini... kelak mati nanti terputuslah sudah peluang untuk mendapatkan bekalan mati. Kita hanya hidup sekali sahaja di atas dunia ini... jangan mudah tertipu dengan kemanisannya yang tidak kekal. Hadirilah majlis-majlis ilmu, belajarlah fardhu ain sebelum kita mati. Setidaknya, untuk selesa d...

DUA PULUH TUJUH KATA-KATA HIKMAH DAN NASEHAT

[ DUA PULUH TUJUH KATA-KATA HIKMAH DAN NASEHAT ] Bismillahir Rahmanir Rahim.  Assalamu'alaikum kawan2ku semua.  Wahab bin Munabbih berkata, bahwa tertulis di dalam kitab Taurat dua puluh tujuh nasihat sebagai berikut : 1. Barang siapa yang berbekal di dunia, maka pada hari kiamat             akan menjadi kekasih Allah. 2. Barang siapa yang meninggalkan marah, maka ia terhindar dari         siksa 3. Barangsiapa meninggalkan cinta dunia, maka pada hari kiamat         dia akan menjadi orang yang aman 4. Barangsiapa meninggalkan sifat dengki, maka pada hari kiamat         dia akan menjadi orang yang terpuji 5. Barangsiapa yang tidak menyukai jabatan, maka pada hari               kiamat dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah 6. Barangsiapa yang meninggalkan berlebihan, maka dia akan           ...

How to Add Facebook Like Button & Like Box for Different Languages

The Facebook Like Button and Like Box can easily be added to any page but the trouble is that the default display is in English. To specify the language, you simply need to include the “locale” parameter with the desired language value. Here is a quick hack to display the Like Button and Like box in other languages using the iFrame. 1. Copy the Like Button code: <iframe src="http://www.facebook.com/plugins/like.php? app_id=185800681493185&amp;href= YOUR WEB PAGE &amp;send=false &amp;layout=standard&amp;width=450&amp;show_faces=false&amp; action=like&amp;colorscheme=light&amp;font&amp;height=35" scrolling="no" frameborder="0" style="border:none; overflow:hidden;width:450px; height:35px;" allowTransparency= "true"></iframe> and change the “locale” paramater (for your language ): <iframe src="http://www.facebook.com/plugins/like.php? locale=it_IT & app_id=1858006814...

BAHAYA MAKAN DAN MINUM SAMBIL BERDIRI

[ BAHAYA MAKAN DAN MINUM SAMBIL BERDIRI ] Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah saw bersabda, Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri,  Qotadah berkata “ Bagaimana dengan makan?”  beliau menjawab: “Itu lebih buruk lagi”.  ( HR.Muslim dan Turmidzi ) Bagi sebagian orang, minum sambil berdiri itu mungkin adalah sebuah hal yang biasa dan lumrah, apalagi kebanyakan orang mengatakan minum sambil berdiri itu lebih puas dan dapat menghilangkan dahaga dengan pantas. Namun Tahukah kamu bahwa Fakta perubatan telah membuktikan bahwa minum air putih (air kosong) sambil berdiri itu berbahaya bagi kesihatan terutama bagi organ-organ vital utama pada tubuh kita.    Dalam sebuah penelitian perubatan yang diadakan salah satu perkumpulan para ahli akupunktur, membuktikan bahwa air yang diminum sambil duduk jauh lebih baik daripada yang kita minum dengan berdiri. Air yang kita minum sambil duduk akan disaring oleh sfringer. Sfri...