Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

ADAB MAKAN DI RUMAH ORANG



ADAB MAKAN DI RUMAH ORANG

SOALAN :

Saya ada kemusykilan berkenaan ziarah ke rumah orang adakah benar tetamu tidak boleh masuk kalau tuan rumah tanpa izin dan apakah hukumnya tetamu makan makanan dalam rumah tetamu sebelum disuruh olih tuan rumah?

Benarkah kata orang kalau kita pergi ke kenduri adalah haram selepas makan kita masih duduk-duduk lagi di majlis tersebut?

JAWAPAN :

MASUK & MAKAN TANPA IZIN TUAN RUMAH

Para fuqahak telah sepakat atas haram masuk ke dalam rumah orang tanpa izin dari tuan rumah untuk masuk dan begitu juga haram atas tetamu makan makanan yang ada dalam rumah orang sebelum diizinkan makan dengan izin yang jelas.

Rasulullah saw telah bersabda :

لا يَحِلُّ مالُ امرِيءٍ مُسلمٍ إلَّا بِطِيبِ نفسٍ مِنهُ

Artinya : “Tidak halal harta seorang yang Islam melainkan dengan redha hati daripadanya.” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi dan Daruqutni)

Berkata Syeikh Ali As-Sobuni :

اتفق الفقهاء على أنه لا يجوز دخول البيوت إلا بإذن. ولا يجوز تناول طعام الإنسان إلا بإذن صريح أو ضمني
وقد دلت الآية الكريمة على حرمة دخول بيوت النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َ إلا بعد الإذن، وعلى حرمة (التطفل) وهو أن يحضر إلى الوليمة بدون دعوة، وفاعله يسمى ب (الطفيلي) ، والحكم عام في جميع البيوت، فلا يجوز لإنسان أن يدخل بيت أحد بدون إذنه، ولا أن يتناول الطعام بدون رضى صاحبه، وهذا أدب رفيع من الآداب الاجتماعية التي أرشد إليها الإسلام.

Artinya : “Telah sepakat olih fuqahak atas bahawasanya tidak harus masuk ke rumah orang melainkan dengan izin. Dan tidak harus mengambil makanan seseorang melainkan dengan izin yang terang jelas.
Dan sungguhnya telah menunjuk olih ayat Quran yang mulia atas haram masuk ke rumah Nabi saw melainkan selepas mendapat keizinan dan atas haram makan di kenduri yang tidak dijemput. Orang yang makan kenduri tanpa dijemput ini disebut sebagai At-Tufaili. Dan hukumnya adalah umum pada sekelian rumah maka tidak harus olih seseorang bahawa masuk ia akan rumah seorang pun dengan tiada izinnya. Dan tiada harus bahawa dia mengambil makanan tanpa redha olih tuannya. Dan inilah adab yang elok dari segala adab bermasyarakat yang telah menunjuk kepadanya olih Islam.” (Kitab Rawa’iul Bayan)

TIDAK BEREDAR SELEPAS MAKAN

Siapa yang hadir pada majlis kenduri maka selepas selesai dari makan hendaklah dia segera beredar dan jika ziarah ke rumah orang maka selepas makan akan makanan atau minuman yang dihidangkan olih tuan rumah maka hendaklah dia minta diri untuk pulang.

Tidaklah haram untuk duduk lagi disitu akan tetapi adab yang dipuji syarak itu ialah hendaklah dia segera beredar melainkan ditahan olih tuan rumah untuk terus duduk atau duduk sekejap sekadar beramah mesra adalah tidak mengapa.

Inilah maksud firman Allah Taala :

فَإِذَا طَعِمْتُمْ فانتشروا

Artinya : “Maka apabila kamu sekelian sudah selesai makan maka hendaklah kamu beredar.” (Al-Ahzab : 53)

Berkata Syeikh Ali As-Sobuni :

فالمكث والجلوس بعد تناول الطعام ليس بحرام، ولكنّه مخالف لآداب الإسلام، لما فيه من الإثقال على أهل المنزل سيما إذا كانت الدار ليس فيها سوى بيت واحد، اللهمَّ إلا إذا كان الجلوس بإذن صاحب الدار أو أمره، أو كان جلوساً يسيراً تعارفه الناس، لا يصل إلى حدّ الإثقال المذموم.
ومع ذلك فالأفضل الخروج، ولهذا جاء التعبير بالفاء التي تفيد الترتيب والتعقيب {فانتشروا} .
فالمكث بعد الطعام غير مرغوب فيه على الإطلاق ولم يبق إلا أن يفرغ أهل البيت لبعض شأنهم، والبقاء بعد ذلك نوع من الإثقال غير محمود، يتنافى مع الأدب الرفيع، والذوق السليم

Artinya : “Maka berdiam diri dan duduk selepas makan akan makanan tidaklah haram akan tetapi ia menyalahi bagi adab Islam kerana pada perbuatan ini akan memberatkan atas tuan rumah istimewa pula jika hanya rumah itu sahaja yang dia ada melainkan jika adalah duduk itu dengan izin tuan rumah atau dengan suruh tuan rumah atau adalah duduk yang sekejap sekadar beramah mesra dan berkenalan yang tiada sampai had memberatkan yang dicela.
Maka duduk selepas makan tidaklah digemari padanya atas jalan umum dan tidaklah dia tinggal melainkan bahawa selesai tuan rumah bagi sebahagian pekerjaan mereka. Dan duduk lagi selepas itu adalah satu bahagian dari memberatkan yang tidak dipuji yang menafikan adab yang mulia dan perasaan yang yang sejahtera.” (Kitab Rawa’iul Bayan Tafsir Ayatil Ahkam)

wallahua’lam



Kredit : ustaz azhar idrus



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETANDA-PETANDA PENYAKIT?

PETANDA-PETANDA PENYAKIT? Bunyi Sendi Jika korang terasa sakit setiap kali bunyi sendi, kemungkinan itu petanda masalah sendi misalnya artritis. Jika berlaku pembengkakan atau menjadi kemerahan, sila berjumpa doktor untuk mengetahui penyakit yang selanjutnya. Mata Kering Mungkin disebabkan oleh faktor berdepan dengan komputer, berada di tempat yang sejuk & ubat-ubatan. Jika dibiarkan berlarutan, boleh mangakibatkan Hyperthyroidism @ lupus. Pastikan korang sentiasa menyapu gelsejuk di sekeliling mata. Tangan Sejuk Mungkin disebabkan stress @ aliran darah di tangan yang tak berjalan dengan lancar. Akibatnya jari menjadi kebas danbertukar warna menjadi pucat. Kemungkinan korang menderita fenomena  Raynaud  dimana ia akan memberi kesan terhadap perjalanan darah ke seluruh pembuluh darah. Sebaliknya tarik nafas & lakukan sedikit renggangan pada jari. Kejang Otot Kaki Duduk @ berdiri dalam jangka masa yang lama lebih-le...

Solve the Defrag problem

Sometimes , when we are doing the defrag the disk , the information appears Error Defragmenting Drive C , Windows can not finish this drive defragmentting Because it has encountered a problem . Click Help and carry out the instructions for running Scan Disk , and then try defragmenting again . After that , defrag process stops . Do not panic ! Follow the steps given earlier Windows on the earlier error information , which is run scan disk to check the hard drive . Once Scan disk is finished , try to defrag again . When Windows is run steps , but still can not defrag hard drive , follow the trick below : 1 . Click [ Start ] > [ Settings ] > [ Folder Options ] . 2 . Select the tab [ View ] , then click the option [ Show all files ] . 3 . Press [ OK ] to exit the Folder Options window . 4 . Click [ Start ] > [ Find ] > [ Files or Folders ] . 5 . Name Type applog the colum...

ORANG TERAKHIR KELUAR DARI NERAKA & KETAWA RASULULLAH

اللؤلؤ والمرجان فيما اتفق عليه الشيخان Terjemahan & Ringkasan Kitab Hadith Lu’Lu’ Dan Marjan Disertakan Sedikit Keterangan ORANG TERAKHIR KELUAR DARI NERAKA & KETAWA RASULULLAH Telah diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda : يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ، وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ ثُمَّ يَقُولُ اللهُ تَعَالَى: أَخْرِجُوا مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانِ، فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدِ اسْوَدُّوا، فَيُلْقَونَ فِي نَهَرِ الْحَيَا أَوِ الْحَيَاةِ فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِي جَانِبِ السَّيْلِ، أَلَمْ تَرَأَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً Artinya : “Ahli syurga akan masuk ke dalam syurga dan ahli neraka akan masuk ke dalam neraka kemudian Allah Taala berfirman : Keluarkan olih kamu akan orang yang ada di dalam hatinya iman seberat biji sawi maka keluarlah mereka itu daripada neraka yang sungguhnya telah hitam mereka itu kemudian dimasukkan ke dalam sungai hayya ...

Doa Mohon Diberi Kemudahan

Doa Mohon Diberi Kemudahan

Ini ibu bapa yang WTF (19 gambar)

Ini ibu bapa yang WTF (19 gambar) These parents are big dumb idiots (19 photos)

ChurpChurp | Social Share » Invite friends to ChurpChurp today! (Preview)

ChurpChurp Social Share » Invite friends to ChurpChurp today! (Preview) Invite friends to ChurpChurp today! Ready to burst out all the latest awesome news to your friends? Get rewarded by doing so! Bring your friends to sign up today and get rewarded RM 1.00 per friend invited . The more, the merrier! I was just kind of trying ... seems kind of best .... what you said ... love it .. join Just clik on the link below or above SLASH-SYAH see you there

How to Add Facebook Like Button & Like Box for Different Languages

The Facebook Like Button and Like Box can easily be added to any page but the trouble is that the default display is in English. To specify the language, you simply need to include the “locale” parameter with the desired language value. Here is a quick hack to display the Like Button and Like box in other languages using the iFrame. 1. Copy the Like Button code: <iframe src="http://www.facebook.com/plugins/like.php? app_id=185800681493185&amp;href= YOUR WEB PAGE &amp;send=false &amp;layout=standard&amp;width=450&amp;show_faces=false&amp; action=like&amp;colorscheme=light&amp;font&amp;height=35" scrolling="no" frameborder="0" style="border:none; overflow:hidden;width:450px; height:35px;" allowTransparency= "true"></iframe> and change the “locale” paramater (for your language ): <iframe src="http://www.facebook.com/plugins/like.php? locale=it_IT & app_id=1858006814...