Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

PENYAKIT BURUK SANGKA



PENYAKIT BURUK SANGKA

SOALAN :

Mohon penjelasan ustaz tentang dosa berburuk sangka.

Sangkaan bagaimana yang haram dan yang harus pada syarak?

JAWAPAN :

Firman Allah Taala di dalam Al-Quran :

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِّنَ الظَّنِّۖ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَّلَا تَجَسَّسُوْا

Artinya : “Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kamu sekelian akan kebanyakkan dari sangkaan sungguhnya sebahagian dari sangkaan itu ialah dosa dan jangan kamu suka mencari-cari kesalahan.” (Al-Hujurat : 12)

Berkata Dr Wahbah Zuhaili :

أن بعض الظن وهو ظن السوء بأهل الخير، أو ظن الشر بالمؤمن ذنب مؤثم أي موقع في الإثم، لنهي اللَّه عنه

Artinya : “Sungguhnya sebahagian dari sangkaan itu yaitu sangka buruk akan orang yang baik atau sangka jahat akan orang mukmin ialah dosa yakni yang menjatuhkan pelakunya kepada dosa kerana larangan Allah daripadanya.” (Kitab Tafsir Al-Munir)

Berkata Imam Suyuthi :

نهى اللّه المؤمن أن يظن بالمؤمن سوءا

Artinya : “Telah melarang olih Allah akan orang mukmin pada ayat ini bersangka buruk akan seorang mukmin.” (Tafsir Durul Mansur)

Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. adalah Rasulullah saw telah bersabda :

إيَّاكُمْ وَالظَّن، فَإِن الظَّن أكذبُ الحَدِيث

Artinya : “Takutilah kamu sekelian akan sangkaan maka sungguhnya sangkaan itu ialah sebohong-bohong perkataan.” (Hadith riwayat Bukhari)

Contoh sangka buruk itu ialah seorang yang melihat seorang yang lain yang tidak ada alamat atau tanda orang itu adalah orang yang jahat yaitu bolih jadi orang itu orang baik dan bolih jadi orang itu orang jahat lalu dia hukumkan orang itu sebagai orang jahat. Maka sangkaan seperti inilah yang sangat disuruh olih syarak menjauhinya sekalipun orang tersebut pada hakikatnya adalah orang jahat tetapi olih kerana tidak ada tanda kejahatannya maka syarak mengajar kita supaya mengambil sangkaan yang baik dahulu.

Atau melihat seorang melakukan suatu amal yang baik seperti bersedekah maka bolih jadi dia bersedekah kerana Allah dan bolih jadi kerana riak lalu dihukumkan orang itu sebagai riak maka sangkaan buruk inilah yang diharamkan kerana hanya Allah yang tahu tujuan dia bersedekah jika dia tidak menyebutnya.

PEMBAHAGIAN SANGKAAN

Adalah sangkaan itu terbahagi kepada empat hukum yaitu wajib dan sunat dan haram dan makruh.

Berkata Syeikh Jamal :

وَالظَّنُّ يَنْقَسِمُ فِي الشَّرْعِ إلَى وَاجِبٍ وَمَنْدُوبٍ وَحَرَامٍ وَمُبَاحٍ فَالْوَاجِبُ حُسْنُ الظَّنِّ بِاَللَّهِ تَعَالَى بِأَنْ لَا يَظُنَّ بِهِ سُوءًا كَنِسْبَتِهِ لِمَا لَا يَلِيقُ بِهِ والمندوب: حسن الظن بمن ظاهر العدالة من المسلمين وَالْحَرَامُ سُوءُ الظَّنِّ بِهِ تَعَالَى وَبِكُلِّ مَنْ ظَاهِرُهُ الْعَدَالَةُ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُبَاحُ الظَّنُّ بِمَنْ اُشْتُهِرَ بَيْنَ الْمُسْلِمِينَ

Artinya : “Dan sangkaan itu terbahagi ia pada syarak kepada wajib dan sunat dan haram dan harus. Maka sangkaan yang wajib itu ialah sangka baik kepada Allah Taala dengan bahawa tiada seorang itu sangkakan yang buruk dengan Allah seperti menisbahkan Allah itu kepada suatu yang tidak layak dengan-Nya. Dan sangkaan yang sunat itu ialah sangka baik dengan seorang yang zahirnya elok dari kalangan muslimin. Dan sangkaan yang haram itu ialah sangka buruk dengan Allah Taala dan sekelian yang zahirnya elok dari kalangan muslimin. Dan sangkaan yang harus itu ialah sangka dengan orang yang termasyhur antara orang Islam (yaitu tiada pada mana satu dari sangkanya itu memudaratkan).” (Kitab Hasyiah Al-Jamal)

HUKUM SANGKA BURUK

Hukum sangkaan yang buruk ke atas sama saudara itu adalah haram tanpa khilaf.

Berkata Syeikh Al-Khalili :

فإن سوء الظن بالمسلم حرام قطعي

Artinya : “Maka sungguhnya buruk sangka dengan orang Islam itu haram ia dengan putus.” (Kitab Fatawa Al-Khalili)

Berkata Imam As-Samarqandi :

أي إن ظن السوء بالمسلم معصية

Artinya : “Maksud ayat ini sungguhnya sangka buruk dengan orang Islam itu adalah satu maksiat.” (Tafsir Samarqandi)

Berkata Imam Qurtubi :

مَا ذَكَرَهُ الْمَهْدَوِيُّ عَنْ أَكْثَرِ الْعُلَمَاءِ أَنَّ ظَنَّ الْقَبِيحِ بِمَنْ ظَاهِرُهُ الْخَيْرُ لَا يَجُوزُ

Artinya : Bermula barang yang telah menyebut olih Al-Mahdawi dari kebanyakkan ulamak bahawasanya sangkaan yang buruk dengan orang yang zahirnya baik itu tiada harus yakni haram.”

SANGKA BURUK DENGAN PARA NABI

Hukum sangka buruk dengan para Nabi a.s. adalah kufur dengan ijmak ulamak.

Berkata Imam Nawawi :

ظن السوء بالأنبياء كفر بالإجماع

Artinya : “Sangka buruk dengan sekelian Nabi itu kufur dengan ijmak.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

SANGKA BAIK

Olih itu hendaklah umat Islam melazimi sikap mendahulukan sangka baik sebagai berhati-hati dari kerana akan terpelihara ia dari dosa dan sungguhnya sangka baik itu adalah sebaik-baik ibadah.

Rasulullah saw besabda :

حُسْنُ الظَّنِّ مِنْ حُسْنِ الْعِبَادَةِ

Artinya : “Sangkaan yang baik itu ialah setengah dari seelok-elok ibadah.” (Hadith riwayat Abu Daud & Ibnu Hibban)

Berkata Imam Ibnu Muflih :

حُسْنُ الظَّنِّ بِأَهْلِ الدِّينِ حَسَنٌ، ظَاهِرُ هَذَا أَنَّهُ لَا يَجِبُ، ظَاهِرُهُ أَيْضًا أَنَّ حُسْنَ الظَّنِّ بِأَهْلِ الشَّرِّ لَيْسَ بِحَسَنٍ، فَظَاهِرُهُ لَا يَحْرُمُ

Artinya : “Baik sangka dengan ahli agama itu elok dan yang zahirnya tiada ia wajib dan yang zahirnya juga bahawa baik sangka dengan ahli kejahatan itu bukanlah ia elok maka zahirnya tiada haram.” (Kitab Al-Adab As-Syar’iyah)

Maksudnya jangan pula sampai orang yang terang melakukan maksiat atau kezaliman disangka sebagai baik pula.

wallahua’lam
Kredit : ustaz azhar idrus


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Mencipta Kata Laluan Yang Selamat

Salam sejahtera, Kata laluan atau password adalah kriteria penting untuk memasuki sesuatu aplikasi, sistem dan juga sesuatu akaun. Kata laluan yang baik bererti akaun anda selamat dari dicerobohi. Tapi bukan berti tidak langsung dicerobohi , cuma amat sukar dan mengambil masa yang lama. Lihat sahaja penggodam yang mengganas dulu. Dikatakan selamat tetapi tetap dihentam. Teknik penciptaan kata laluan ini merupakan satu seni yang amat unik. Banyak kata laluan yang entah apa-apa dicipta. Tujuannya supaya tidak terdedah kepada umum. Risikonya jika terdedah memang berbahaya. Bak kata Jambu, “Apa pun tak boleh!” Jadi, apa ciri-ciri kata laluan yang selamat? 1. Panjang kata laluan melebihi 6 huruf. Lebih panjang aksaranya lebih susah dan selamat kata laluan anda. 2. Campuran kata laluan antara huruf kecil, huruf besar dan juga simbol. Memang ini biasa dilakukan oleh pengguna tegar komputer seperti kerja seorang Jurutera Rangkaian Komputer. 3. Menggunakan kata laluan ya...

Tutorial Tidak Membenarkan Pendrive Terus Open

Tutorial ini penting untuk menghindarkan pendrive atau PC kita daripada aliran virus yang mudah berjangkit. Kita tentu perasan bila cucuk atau sambung je pendrive ke USB komputer atau laptop anda, didapati pendrive secara automatik buka file tanpa perlu klik. Ini boleh merisaukan kita kerana sebaik-baiknya kita perlulah scan pendrive tersebut dahulu sebelum membukanya. Oleh itu bagi menutup atau off kan autoplay pendrive tersebut, perlu kita mengikuti langkah-langkah mudah ini. Langkah-langkahnya : 1) Type gpedit.msc pada Run . Kemudian klik OK . 2)Menu Group Policy akan dipaparkan.. 3)Klik pada adminitrastive Templates . 4)Klik pada System 5) Tengok di Turn Off Autoplay seterusnya double klik . 6) Kemudian dalam kotak T urn off Autoplay Properties , tip kan bulatan Enabled 7) Dan akhir sekali ialah pilih di bahagian Turn off Autoplay on : sebagai All drives   Dan korang bolehlah try masukkan pendrive korang di USB ...

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN HARI RAYA

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN HARI RAYA 1. AMALAN DI MALAM RAYA Disunatkan menghidupkan malam hari raya dengan bertakbir dan bersolat dan berzikir dan membaca Quran dan bertasbih dan beristghfar dan lainnya dari amalan yang mendekatkan diri kepada Allah Taala. Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyyah : يُسْتَحَبُّ إِحْيَاءُ لَيْلَتَيِ الْعِيدِ بِطَاعَةِ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ ذِكْرٍ وَصَلاَةٍ وَتِلاَوَةٍ وَتَكْبِيرٍ وَتَسْبِيحٍ وَاسْتِغْفَارٍ، لِحَدِيثِ مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأْضْحَى مُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ Artinya : “Disunatkan menghidupkan malam-malam hari raya dengan taatkan Allah Taala seperti berzikir dan bersolat dan membaca Quran dan bertakbir dan bertasbih dan berisitghfar kerana hadith barangsiapa yang menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban dalam keadaan mengharapkan ganjaran dari sisi Allah nescaya tiada mati hatinya pada hari mati segala hati.” 2.  SOLAT RAYA LEBIH AWAL Waktu solat sunat ...

MAKHLUK TERAWAL

MAKHLUK TERAWAL SOALAN : Berkenaan hadith yang menyebut qalam adalah benda yang paling awal dicipta adakah ia sahih? Adakah ulamak berkhilaf pada perkara ini? JAWAPAN : Telah diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin As-Somit r.a. katanya aku telah mendengar akan Rasulullah saw bersabda : إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمُ فَقَالَ لَهُ: اكْتُبْ، قَالَ: يَا رَبِّ، مَا أَكْتُبُ؟ قَالَ: اكْتُبِ الْقَدَرَ وَمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى الْأَبَدِ Artinya : “Sungguhnya perkara yang awal dicipta olih Allah ialah Al-Qalam. Maka berfirman baginya : Tulis olih kamu. Berkata Qalam : Wahai Tuhan apa yang hendak aku tulis? Firman Allah : Tulislah akan qadar dan apa yang akan ada hingga selama-lamanya.” Hadith riwayat At-Tabarani dan lain-lain. Dan pada riwayat Imam At-Tabarani : لما خلق الله القلم قال له: اكتب، فجرى بما هو كائن إلى قيام الساعة Artinya : “Tatkala Allah mencipta akan Qalam berfirman baginya : Tulislah. Maka berjalanlah Qalam itu menulis sekelian yang ada sampai hari kiamat.” Dan pada riway...

BEZA DARAH HAIDH DENGAN ISTIHADAH

BEZA DARAH HAIDH DENGAN ISTIHADAH SOALAN : Saya mohon ustaz tulis secara ringkas tentang darah haidh itu berapa hari keluar darah yang dikira haidh dan bagaimana hendak bezakan dengan darah istihadhah? JAWAPAN : Tersebut pada Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji ala Mazhab Al-Imam As-Syafie : MASA HAIDH Bagi darah haidh itu ada masa yang sekurang-kurangnya dan masa terpanjangnya dan masa kebiasaannya. Maka masa haidh yang sekurang-kurang itu ialah sehari dan semalam. Dan masa terpanjang haidh itu ialah lima belas hari lima belas malam. Dan masa haidh yang kebiasaan itu ialah enam hari atau tujuh hari. Dan sekurang-kurang masa suci antara dua haidh itu ialah lima belas hari dan tiada had bagi sebanyak masa suci. Maka sungguhnya terkadang seorang perempuan itu tiada haidh ia sampai setahun atau dua tahun atau beberapa tahun. Dan bermula semua kadar ini berasakan pemeriksaan bergantung kepada kejadian dan keadaan dan terkadang dengan waqi’ yang berlaku yang menyabitkannya. Maka apabila seorang peremp...

HUKUM UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

HUKUM UCAPAN SELAMAT HARI RAYA SOALAN : Bila sahaja tiba hari raya akan timbul persoalan tentang lafaz ucapan hari raya. Ada setengah yang kata tidak bolih dan bidaah ucapan maaf zahir dan batin dan ucapan minal faizin dan seumpamanya. Mohon penjelasan dari ustaz mana satu ucapan raya yang bollih dan mana satu yang dilarang. JAWAPAN : Apabila tibanya hari raya maka umat Islam saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain. Hukumnya adalah sunat dan dianjurkan kerana ia adalah amalan yang menambah eratkan hubungan sesama saudara mara dan sahabat handai. Terdapat bermacam lafaz ucapan hari raya yang kita dapat dengar diucapkan olih pelbagai lapisan masyarakat Islam di negara kita. Antara ucapan-ucapan yang selalu diucapkan pada hari perayaan Islam apabila bertemu ialah : تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ Artinya : “Semuga Allah menerima kebaikan dari kami dan dari kamu sekelian.” atau تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ Artinya : “Semuga Allah menerima kebaikkan dari kami dan dari kamu.”...

Lelaki ini mahu menjadi rakan sebilik anda (37 gambar)

Lelaki ini mahu menjadi rakan sebilik anda (37 gambar) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37