NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...
[ TIGA CIRI ORANG YANG HARUS DI JAUHI ] Hasan Al-Basri, seorang tokoh tabi'in, berkata : 1. Orang yang tidak punya etika adalah orang yang tak berilmu. 2. Orang yang tidak punya kesabaran menanggung derita menjauhi kedurhakaan dan beratnya menunaikan kewajiban adalah orang yang tidak beragama. 3. Orang yang tidak punya sifat wara'(keapikan) adalah orang yang tidak punya kedudukan yang dekat di sisi Allah. Yang dimaksudkan dengan sifat wara' adalah menjauhi sesuatu yang haram dan syubhat. Pada dasarnya sabar itu ada 3, iaitu: 1. sabar dalam menghadapi musibah dan kezhaliman; 2. sabar dalam melaksanakan ketaatan; dan 3. sabar dalam menjauhi maksiat." Semoga kita khususnya saya dapat mendapatkan tambahan ilmu dari status di atas. Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin. Sumber : Kitab Nashaihul 'Ibad Karya Syeikh Nawawi Al Bantani

Ulasan