Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

LIMA PERBUATAN PENYEBAB BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT

 

[ LIMA PERBUATAN PENYEBAB BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT  ]

'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash berkata:

"Orang yang memiliki lima hal berikut akan bahagia di dunia dan di akhirat, iaitu:

1. banyak-banyak membaca: 'Laa ilaaha illallooh Muhammadur         rosuulullooh.';
2. setiap kali ditimpa musibah mengucapkan: 'Innaa lillaahi wa           innaa ilaihi rooji'uun, wa laa haula wa laa quwwata illaa                 billaahil 'Aliyyil 'azhiim.' (Sesungguhnya kami ini milik Allah         dan akan kembali kepada-Nya. Tiada daya (untuk menjauhi           maksiat) dan tiada kekuatan (untuk taat), kecuali dengan               pertolongan Allah Yang Mahatinggi lagi Mahaagung);
3. ketika menerima nikmat dari Allah mengucapkan:                         'Alhamdulillaahi robbil 'aalamiin.' (Segala puji hanyalah milik       Allah, Rabb semesta alam), sebagai bentuk syukur (secara             lisan);
4. setiap kali akan memulai sesuatu selalu mengucapkan:                   'Bismillaahir rohmaanir rohiim.';
5. setiap melakukan dosa, ia membaca: 'Astaghfirulloohal 'azhim,       wa atuubu ilaih.' (aku memohon ampun kepada Allah dan             bertobat kepada-Nya).


Berkaitan dengan poin 1, Rasulullah s.a.w. bersabda :

Perbanyaklah kalian berdzikir kepada Allah s.w.t. dalam segala keadaan, karena sesungguhnya tidak ada amal yang lebih dicintai oleh Allah dan lebih menyelamatkan seseorang dari semua keburukan dunia dan akhirat daripada berdzikir kepada Allah." (HR. Ibnu Sharshari)


Berkaitan dengan poin 2, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Janganlah kalian banyak berbicara selain berdzikir kepada Allah, karena sesungguhnya banyak berbicara selain dzikir dapat menyebabkan hati keras, padahal manusia yang paling jauh dari rahmat Allah adalah orang yang memiliki hati keras." (HR. Tirmidzi)

Berkaitan dengan poin 3, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ucapan yang paling disenangi oleh Allah ada empat, iaitu: subhaanallooh, al-hamdulillaah, laa ilaaha illallooh, dan Alloohu akbar. Tidak masalah bagimu untuk memulai dari lafazh yang mana dalam mengucapkannya." (HR. Muslim dan Nasa'i, dari Samurah bin Jundub)

"Ucapkanlah 'laa ilaaha illallooh' dan 'Alloohu akbar'; ucapkanlah 'subhaanallooh' dan 'al-hamdulillaah'; dan ucapkanlah 'tabaarokallooh.' sebab semua ucapan itu merupakan lima perkara yang tidak ada perkara lain yang bisa menyamainya." (HR. Ibnu Sharshari)


Berkaitan dengan poin 4, Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Setiap perbuatan baik yang di dalamnya tidak dimulai dengan pujian kepada Allah, maka perbuatan tersebut terputus (dari rahmat Allah)." (HR. Ibnu Hibban)

"Setiap perbuatan baik yang di dalamnya tidak dimulai dengan bacaan basmalah, maka perbuatan tersebut terputus (dari rahmat Allah)." (HR. Abu Dawud, dari Abu Hurairah)

Berkaitan dengan poin 5, Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Maukah aku tunjukkan kepada kalian mengenai penyakit kalian dan ubat untuk kalian? Bahwasanya penyakit kalian adalah berbuat dosa, sedangkan ubatnya adalah beristighfar." (HR. Dailami, dari Anas bin Malik)

Barangsiapa selalu membaca istighfar, maka Allah akan menjadikan untuk dirinya jalan keluar dari semua kesulitan, menjadikan kegembiraan dari semua kesusahan, dan akan memberi rizki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka." (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah, dari Ibnu 'Abbas)

Semoga dapat bermanfaat untuk kita semua khususnya saya sendiri agar menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelum2nya. 

Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin.

Sumber : Kitab Nashoihul 'Ibad Karya Syeikh Nawawi Al Bantani Al Jawi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DDRM2 SDRAM

Salam sejahtera semua, maaf lambat update sikit, fokus pada exam Software Engineering semalam. Nasib baik boleh jawab (sedapkan diri je ni ). Minggu depan ada lagi final paper Network Security pulak.Itu lagi la susah. Baiklah. Saya sambung cerita pasal DDRM2 SDRAM pulak. DDR2 SDRAM maksudnya double-data-rate two synchronous dynamic random access memory. Merupakan evolusi dari DDR SDRAM. Kelebihan utama adalah penghantaran data melalui data bas adalah dua kali ganda berbanding DDR SDRAM . Melalui isyarat bas dalam sistem komputer, DDR2 SDRAM menggunkan operasi untuk sel memori dengan kadar separuh bagi sistem jam ( half clock rate). Hanya suku kadar transfer data berbanding DDR ,jadi ia semakin laju. Menggunakan isyarat signal yang berbeza dan kadar voltage yang rendah untuk memberikan prestasi penghantaran data yang lebih berkesan berbanding DDR SDRAM. Clock rate yang digunakan adalah 400Mhz,533Mhz dan 667Mhz . Pemindahan data adalah 64Bits. Model DDR2 SDRAM PC 5300 512 Mb Jad...

Error Code Di Internet

Selamat pagi semua, Pada artikel kali ini saya akan ceritakan tentang Internet pulak.Apa yang saya nak kongsi bersama pembaca adalah mengenai Error Code (kod rasmi untuk kesalahan semasa melayari internet) yang selalu dijumpai di browser anda.Ini berlaku apabila anda cuba menaip alamat URL/link, email dan juga laman web FTP (File Transfer Protocol). Sebagai pengguna internet kita perlu peka dengan semua kod-kod yang terdapat dalam internet bertujuan untuk mengetahui makna yang tersembunyi disebalik kod-kod tersebut dan mencari penyelesaian untuk mengatasi dari berlaku. Baiklah,berikut merupakan jenis-jenis kod yang biasa digunakan dalam penggunaan internet di seluruh dunia.antaranya: 400 – Bad File Request .Ini disebabkan oleh penggua tersilap menaip alamat URL domain tersebut dan server tidak dapat mengenal pasti URL tersebut. 401 – Unauthorized Page or Website .Pengguna sedang memasuki laman web yang memerlukan usernama dan passsword (kata laluan).Seperti ingin memas...

Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan

 Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan · Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” · Riwayat Al-Tabrani · Huraian: Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin. Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain. Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan pera...