Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

5 PERBUATAN PENYEBAB CELAKA & 5 PERBUATAN PENYEBAB BAHAGIA

[ 5 PERBUATAN PENYEBAB CELAKA & 5 PERBUATAN PENYEBAB BAHAGIA ]

Muhammad Ibnu Dauri rahimahullâh berkata: “Iblis itu celaka karena lima hal, Iaitu:

1. tidak pernah mengakui dosa yang dilakukannya;
2. tidak pernah menyesal setelah melakukan perbuatan dosa;
3. tidak pernah mencela dirinya;
4. tidak pernah punya niat untuk bertobat; 
5. putus asa dari rahmat Allah.

Sebaliknya, Nabi Adam alaihi salaam bahagia karena lima hal, Iaitu:

1. mahu mengakui dosa yang pernah beliau lakukan;
2. menyesali dosanya;
3. mencela dirinya sendiri(karena melakukan suatu kesalahan);
4. segera bertobat (setiap kali melakukan kesalahan); 
5. tidak putus asa dari rahmat Allah.”

Kalimat pengakuan Nabi Adam alaihi salaam atas dosanya adalah sebagai berikut:

Robbanaa zholamnaa anfusanaa wa illam taghfir lanaa wa tarhamnaa lanakuunanna minal khoosiriin.

“Wahai Tuhan kami, kami telah menzhalimi diri kami sendiri, Apabila Engkau tidak mengampuni diri kami dan tidak merahmati kami, tentu kami termasuk orang yang merugi.” (QS. Al-A’raaf (7):23)

Berkaitan dengan pengakuan atas dosa yang pernah dilakukan, Rasulullah shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya seorang hamba itu jika mau mengakui dosa yang dikerjakannya, kemudian bertobat kepada Allah, niscaya Allah mengampuni dosanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Berkaitan dengan penyesalan atas dosa yang pernah dilakukan, Rasulullah shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda:
“Barangsiapa melakukan suatu kesalahan atau berbuat dosa, kemudian ia menyesal, maka penyesalannya itu adalah sebagai kifaratnya.” (HR. Baihaqi)

Semoga INFO di atas dapat membuat kita semua khususnya saya sendiri agar menilai diri dan meminta keampunan kepada Allah SWT atas semua  kesalahan2 kita. 
Aamiin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DDRM2 SDRAM

Salam sejahtera semua, maaf lambat update sikit, fokus pada exam Software Engineering semalam. Nasib baik boleh jawab (sedapkan diri je ni ). Minggu depan ada lagi final paper Network Security pulak.Itu lagi la susah. Baiklah. Saya sambung cerita pasal DDRM2 SDRAM pulak. DDR2 SDRAM maksudnya double-data-rate two synchronous dynamic random access memory. Merupakan evolusi dari DDR SDRAM. Kelebihan utama adalah penghantaran data melalui data bas adalah dua kali ganda berbanding DDR SDRAM . Melalui isyarat bas dalam sistem komputer, DDR2 SDRAM menggunkan operasi untuk sel memori dengan kadar separuh bagi sistem jam ( half clock rate). Hanya suku kadar transfer data berbanding DDR ,jadi ia semakin laju. Menggunakan isyarat signal yang berbeza dan kadar voltage yang rendah untuk memberikan prestasi penghantaran data yang lebih berkesan berbanding DDR SDRAM. Clock rate yang digunakan adalah 400Mhz,533Mhz dan 667Mhz . Pemindahan data adalah 64Bits. Model DDR2 SDRAM PC 5300 512 Mb Jad...

Error Code Di Internet

Selamat pagi semua, Pada artikel kali ini saya akan ceritakan tentang Internet pulak.Apa yang saya nak kongsi bersama pembaca adalah mengenai Error Code (kod rasmi untuk kesalahan semasa melayari internet) yang selalu dijumpai di browser anda.Ini berlaku apabila anda cuba menaip alamat URL/link, email dan juga laman web FTP (File Transfer Protocol). Sebagai pengguna internet kita perlu peka dengan semua kod-kod yang terdapat dalam internet bertujuan untuk mengetahui makna yang tersembunyi disebalik kod-kod tersebut dan mencari penyelesaian untuk mengatasi dari berlaku. Baiklah,berikut merupakan jenis-jenis kod yang biasa digunakan dalam penggunaan internet di seluruh dunia.antaranya: 400 – Bad File Request .Ini disebabkan oleh penggua tersilap menaip alamat URL domain tersebut dan server tidak dapat mengenal pasti URL tersebut. 401 – Unauthorized Page or Website .Pengguna sedang memasuki laman web yang memerlukan usernama dan passsword (kata laluan).Seperti ingin memas...

Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan

 Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan · Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” · Riwayat Al-Tabrani · Huraian: Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin. Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain. Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan pera...