Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

Disebalik Sensasi Air Berkarbonat

Disebalik Sensasi Air Berkarbonat




Apabila cuaca panas, tentunya tekak meronta-ronta ingin dibasahkan. Miniman apa yang terbayang di dalam kepala?, jika korang inginkan minuman berkarbonat, pilihan korang ternyata salah!. Sememangnya enak jika tekak dibasahkan dengan air berkarbonat ketika panas terik, tetapi ia juga membahayakan tubuh korang. Jom ambil tahu sekarang........

GIGI

Pastinya korang pernah dinasihatkan agar memberus gigi selepas memakan gula-gula ketika kecil dahulu?. Jika korang minum minuman berkarbonat dengan kerap, risikonya sama saja pada gigi korang kerna minuman berkarbonat mengandungi paras gula yang sangat tinggi. Menurut doktor gigi, air berkarbonat dan gula didalamnya membuatkan enamel gigi terhakis sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan apa yang akan terjadi pada gigi korang?.Bayangkan...............

GINJAL

Air berkarbonat mempunyai gas yang boleh mengganggu daya fungsi ginjal dan juga mampu menurunkan productiviti ginjal dalam menghasilkan air kencing. Kalau jumlah air kencing sedikit, ia akan lebih pekat dari air kencing biasa dan ini akan mengganggu sistem ginjal untuk berfungsi secara normal.

PERUT

Jika perut kamu kosong, jangan isikannya dengan air berkarbonat. Nanti korang boleh sakit perut malahan organ perut boleh boleh mengalami masalah angin. Hal ini adalah kerana ia boleh menimbulkan luka akibat tercampurnya gas dan asid di dalam perut. Minum air berkarbonat secara berlebihan juga boleh menambah beban kerja pada perut korang.

KERONGKONG

Pasri korang setuju, apabila cuaca panas, air berkarbonat merupakan penggilang dahaga nombor 1. Namun, kesannya hanyalah sementara. Ia sebenarnya akan membuat kamu lebih terasa dahaga dan tekak kering. Sebabitulah korang tak berasa puas apabila meminum air berkarbonat. Kerongkong kamu juga boleh terluka akibat kuatnya gas yang terkandung di dalam air berkarbonat. Jika terlalu dahaga, minum air masak atau mineral secukupnya kerana ituah yang sebaik-baiknya.

TULANG

Korang misti suka tengok gelembung-gelembung udara dalam air berkarbonat? Gelembung ini disebabkan oleh wujudnya kandungan asid fosforus. Dikala korang menikmati air berkarbonat dengan asyiknya, tahu tak korang sebenarnya tulang korang sedang dicabuli yang akhirnya menjadi rapuh serta berbentuk kawah bulan dan mendapat penyakit Osteoporosis pada usia muda korang.


OTOT

Selain tulang, Otot juga juga ada kesan sampingannya jika korang terlalu kerap minum air berkarbonat. Jika korang minum air berkarbonat sebanyak 2 Liter setiap hari, ia boleh membuatkan kadar kalium dalam darah menurun. Kesannya badan korang akan menjadi lemah otot, selalunya penat, tak larat benda berat serta pergerakan juga akan terbatas.

SUSAH TIDUR

Tahu tak korang dalam air berkarbonat juga mengandungi kefeina. Kefeina di dalamnya juga boleh membuatkan tekanan darah tinggi dan degupan jantung manjadi tidak teratur. Sudah pasti ia menimbulkan ketidakselesaan pada diri korang. Hasilnya tidur korang akan terganggu dan secara keseluruhannya, ia mengganggu sistem badan korang untuk berfungsi secara normal.


JANGAN TERTIPU

Walaupun ada tulisan “NO CALORIES” atau pun “SUGER FREE” itu tidak bermakna kandungan gula dalam air berkarbonat berkurangan. Apa yang hanyalah gula asli. Tetapi, pemanis buatan masih digunakan dan diletakkan sebagai bahan utama. Pemanis buatan ini berlipat kali ganda lebih manis daripada gula asli. Oleh itu, kalori yang terhimpun mungkin dalam angka yang kecil tetapi manisnya sama seperti air berkrbonat yang biasa.

PILIHLAH AIR YANG SIHAT!

Setiap kali korang menjamu selera di luar, cuba elakkan untuk minum air berkarbobat. Pilihlah air yang memberikan manfaat pada korang seperti air jus. Jika korang makan di restoran makanan segera, walaupun air tersedia adalah air berkarbonat, mereka juga ada menawarkan air jus dan minuman lain. Cubalah elakkan dari minum minuman berkarbonat mulai hari ini.......................


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penggunaan tilam sesuai baik untuk kesihatan

Setiap orang harus mempunyai waktu tidur yang secukupnya iaitu selama lapan jam. Tidur yang berkualiti dapat memberikan kesan positif terhadap aktiviti yang dilakukan selain dapat membantu keseimbangan otak dan badan . Bukan itu saja, posisi yang betul ketika tidur juga dapat melambatkan proses penuaan jika dimalkan setiap hari . Selain itu, penggunaan tilam yang bersesuaian dan selesa dapat menggalakkan pemulihan dan menyahtoksidkan selain membantu mengekalkan kelembapan kulit pada badan kita. Contohnya seperti aloe vera yang terdiri daripada 96% air, 4% asid amino, mineral serta vitamin A, C dan E, enzim dan zat besi bagi memenuhi keperluan khasiat badan . Tilam yang mempunyai besi spring adalah tidak bagus untuk tidur kerana ia akan menyebabkan badan kita menjadi mudah bengkok dan lama kelamaan akan menjadi sakit dibahagian belakang badan .Ini akan menyebabkan tidur kita terganggu dan tidak selesa . Tilam yang keras juga boleh menyokong kedudukan posisi tubuh ketika tidur m...

DUA PULUH TUJUH KATA-KATA HIKMAH DAN NASEHAT

[ DUA PULUH TUJUH KATA-KATA HIKMAH DAN NASEHAT ] Bismillahir Rahmanir Rahim.  Assalamu'alaikum kawan2ku semua.  Wahab bin Munabbih berkata, bahwa tertulis di dalam kitab Taurat dua puluh tujuh nasihat sebagai berikut : 1. Barang siapa yang berbekal di dunia, maka pada hari kiamat             akan menjadi kekasih Allah. 2. Barang siapa yang meninggalkan marah, maka ia terhindar dari         siksa 3. Barangsiapa meninggalkan cinta dunia, maka pada hari kiamat         dia akan menjadi orang yang aman 4. Barangsiapa meninggalkan sifat dengki, maka pada hari kiamat         dia akan menjadi orang yang terpuji 5. Barangsiapa yang tidak menyukai jabatan, maka pada hari               kiamat dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah 6. Barangsiapa yang meninggalkan berlebihan, maka dia akan           ...

LIMA PERBUATAN PENYEBAB BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT

  [ LIMA PERBUATAN PENYEBAB BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT  ] 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash berkata: "Orang yang memiliki lima hal berikut akan bahagia di dunia dan di akhirat, iaitu: 1. banyak-banyak membaca: 'Laa ilaaha illallooh Muhammadur         rosuulullooh.'; 2. setiap kali ditimpa musibah mengucapkan: 'Innaa lillaahi wa           innaa ilaihi rooji'uun, wa laa haula wa laa quwwata illaa                 billaahil 'Aliyyil 'azhiim.' (Sesungguhnya kami ini milik Allah         dan akan kembali kepada-Nya. Tiada daya (untuk menjauhi           maksiat) dan tiada kekuatan (untuk taat), kecuali dengan               pertolongan Allah Yang Mahatinggi lagi Mahaagung); 3. ketika menerima nikmat dari Allah mengucapkan:                     ...

LIMA AMALAN YANG MENJADI PENERANG KEGELAPAN

 [ LIMA AMALAN YANG MENJADI PENERANG KEGELAPAN ] Abu Bakar Ash-Shiddiq berkata: "Kegelapan itu ada lima dan lampu penerangnya pun ada lima, iaitu: 1. Cinta dunia adalah suatu kegelapan, sedangkan lampu    penerangnya adalah ketaqwaan. 2. Berbuat dosa adalah suatu kegelapan, sedangkan lampu  penerangnya adalah bertobat. 3. Kubur adalah kegelapan, sedangkan lampu penerangnya adalah  bacaan: 'Laa ilaaha illallooh Muhammadur Rosuulullooh.' 4. Alam akhirat itu penuh kegelapan, sedangkan penerangnya  adalah amal shalih. 5. Shirath (jembatan penyeberangan di atas neraka) sangat gelap,  sedangkan penerangnya adalah yaqin. Berkaitan dengan poin 1, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Cinta dunia adalah biang segala kesalahan." (HR. Baihaqi, dari Hasan Al-Bashri) Imam Al-Ghazali mentafsir Hadits di atas sebagai berikut: "Sebagaimana dikatakan bahwa mencintai dunia itu adalah biang segala kesalahan, maka membenci dunia adalah biang...

{Solat Yang Tidak Diterima}

Solat Yang Tidak Diterima ========= 1. Rasulullah pernah menggambarkan kepada Saidina Abu Hurairah bahawa terdapat seorang lelaki yang menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi solatnya tidak diterima Allah. Sabda Rasulullah: إنَّ الرجلَ ليُصلِّي ستِّينَ سنةً و ما تُقبَلُ له صلاةٌ، لعله يتمُّ الركوعَ، ولا يتمُّ السُّجودَ، ويتمُّ السجودَ ولا يتمُّ الركوعَ “Seorang lelaki menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Perkara ini berlaku kerana dia menyempurnakan sujudnya tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, atau menyempurnakan ruku'nya tetapi tidak menyempurnakan sujudnya.” (HR Ibn Abi Syaibah) 2. Hadis ini mengingatkan kita supaya menyempurnakan setiap rukun di dalam solat. Bahkan Rasulullah di sini secara spesifik mengingatkan kita tentang rukuk dan sujud yang sering diabaikan oleh sebahagian manusia. Sabda Rasulullah: وأسوأُ السَّرقَةِ الذِي يسرِقُ صلاتَهُ قالوا: وكيف يسرقُ صلاتَهُ؟ قالَ: لا يُتِمُّ رُكُوعَهَا ولا سُجُودَهَا “Seburuk-buruk penc...

Terjaga Pagi-Pagi Buta

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tanga n mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian " Oh, baru pukul 3 pagi". Dalam situasi di atas, apa yang akan kita lakukan? Di sini, kita mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman kita dan buat lah pilihan bijak. PILIHAN 1 Kebanyakan kita akan menarik selimut semula, dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu saja, hati turut mengomel, "Apasal la aku bangun awal sangat." Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah. PILIHAN 2 "Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.." Kemudi...