Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

HUKUM UCAPAN SELAMAT HARI RAYA



HUKUM UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

SOALAN :

Bila sahaja tiba hari raya akan timbul persoalan tentang lafaz ucapan hari raya.

Ada setengah yang kata tidak bolih dan bidaah ucapan maaf zahir dan batin dan ucapan minal faizin dan seumpamanya.

Mohon penjelasan dari ustaz mana satu ucapan raya yang bollih dan mana satu yang dilarang.

JAWAPAN :

Apabila tibanya hari raya maka umat Islam saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain.

Hukumnya adalah sunat dan dianjurkan kerana ia adalah amalan yang menambah eratkan hubungan sesama saudara mara dan sahabat handai.

Terdapat bermacam lafaz ucapan hari raya yang kita dapat dengar diucapkan olih pelbagai lapisan masyarakat Islam di negara kita.

Antara ucapan-ucapan yang selalu diucapkan pada hari perayaan Islam apabila bertemu ialah :

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Artinya : “Semuga Allah menerima kebaikan dari kami dan dari kamu sekelian.”

atau

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ

Artinya : “Semuga Allah menerima kebaikkan dari kami dan dari kamu.”

atau

عِيدٌ مُبَارَكٌ

Artinya : “Hari raya yang diberkati.”

atau

اَحَالَ اللهُ عَلَيْكَ

Artinya : “Semuga Allah mengelokkan atas kamu.”

atau

كُلُّ عَامٍ وَانْتُمْ بِخَيْرٍ

Artinya : “Semuga kamu dalam kebaikkan sepanjang masa.”

atau

مِنَ الْفَائِزِيْنَ وَالْمَقْبُوْلِيْنَ

Artinya : “Semuga kita termasuk dikalangan orang yang berjaya dan diterima.”

Dan yang paling banyak kita dengar diucapkan dalam masyarakat melayu ialah ucapan :

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Atau ucapan-ucapan lain yang semuanya elok diucap kerana mengandungi makna yang baik dan mendekatkan hati dan mengeratkan hubungan sesama kita.

Baca juga : 9 Jenis Nama Anak Iblis

DALIL-DALIL

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar :

قَالَ وَاثِلَةُ : لَقِيتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عِيدٍ , فَقُلْتُ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ , فَقَالَ : " نَعَمْ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ "

Artinya : “Berkata Wasilah bins Asqa’ r.a. : Aku telah berjumpa dengan Rasulullah saw pada hari raya maka aku berkata : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ . Lalu baginda berkata : Ya. تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
(Kitab Fathul Baari)

Dan diriwayatkan dari Adham bekas budak bagi Umar bin Abdul Aziz berkata :

كنا نقول لعمر بن عبد العزيز ( في الـعيدين ) تقبل الله منا ومنك يا أمير المؤمنين فيرد علينا ولا ينكر ذلك علينا

Artinya : “Kami dahulu mengucapkan kepada Umar bin Abdul Aziz pada dua hari raya تقبل الله منا ومنك wahai pemimpin orang mukmin. Maka membalas ia atas ucapan kami dan tidak ia mengingkarkan yang demikian itu atas kami.” (Sunan Kubra Al-Baihaqi)

Berkata Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqallani :

ورينا في المحامليات بإسناد حسن عن جبير بن نفير قال: كان أصحاب رسول الله إذا التقوا يوم العيد يقول بعضهم لبعض:تقبل الله مناومنك

Artinya : “Kami telah meriwayatkan pada Mahamiliyah dengan sanad yang hasan dari Jubair bin Nufair berkata ia : Adalah sahabat-sahabat Rasulullah saw apabila berjumpa pada hari raya akan berkata setengah mereka bagi setengahnya : تقبل الله منا ومنك.” (Kitab Fathul Baari)

Tersebut pada Kitab Ad-Durr Al-Mukhtar :

إِنَّ التَّهْنِئَةَ بِالْعِيدِ بِلَفْظِ يَتَقَبَّل اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ لاَ تُنْكَرُ

Artinya : “Sungguhnya ucapan tahniah hari raya dengan lafaz يَتَقَبَّل اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ tidak diingkari orang.”

Maksudnya tiada ulamak yang melarang ucapan tahniah hari raya tersebut.

Berkata Harb :

سُئِل أَحْمَدُ عَنْ قَوْل النَّاسِ فِي الْعِيدَيْنِ: تَقَبَّل اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ قَال: لاَ بَأْسَ بِهِ

Artinya : “Telah disoal akan Imam Ahmad tentang ucapan orang-orang pada dua hari raya : تَقَبَّل اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ . Lalu jawab Imam Ahmad : Tiada mengapa dengan ucapan tersebut.”

Dan dalil bagi harus mengucapkan عِيدٌ مُبَارَكٌ atau اَحَالَ اللهُ عَلَيْكَ atau كُلُّ عَامٍ وَانْتُمْ بِخَيْرٍ atau مِنَ الْفَائِزِيْنَ وَالْمَقْبُوْلِيْنَ atau Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin atau ucapan-ucapan yang lain ialah semua ucapan ini mengandungi pengertian yang baik. Syarak tidak pernah melarang mengucapkan perkataan-perkataan yang baik samada ia dari Rasulullah saw atau dari sahabat atau dari tabiin atau dari salafussolih atau dari siapa sahaja kerana masuk dalam perintah yang umum menyuruh berkata yang baik-baik dan insyaAllah siapa yang mengucapkan perkataan yang baik maka pasti akan mendapat balasan pahala di sisi Allah.

Baca Juga : 5 Amalan Penerang Kegelapan

Perkara ini sebenarnya amat luas hukumnya maka mempersempitkannya tanpa hujah yang sahih adalah perbuatan yang salah dan dilarang.

Perkataan yang menuduh ucapan-ucapan yang tidak ada dalil diucapkan olih Nabi saw maka hukumnya adalah dilarang maka perkataan ini adalah batil. Ulamak-ulamak yang muktabar tidak berdalil dengan kaedah seperti ini.

Antara dalil tidak salah ucapan selamat hari raya maaf zahir dan batin itu apa yang telah disebut olih Syeikh Shalih al-Balihi :

لا بأس بتهنئة الناس بعضهم بعضا بما هو مستفيض بينهم من الكلام الذي لا محذور فيه

artinya : “Tidak salah dengan ucapan tahniah setengah manusia akan setengahnya dengan ucapan yang membaikkan antara mereka dari ucapan-ucapan yang tidak dilarang padanya.” (Kitab Salsabil fi Ma’rifati Dalil)

Berkata Imam Al-Hafiz Al-Maqdisi :

أَنَّ النَّاسَ لَمْ يَزَالُوا مُخْتَلِفِينَ فِيهِ، وَاَلَّذِي أَرَاهُ أَنَّهُ مُبَاحٌ لاَ سُنَّةَ فِيهِ وَلاَ بِدْعَةَ

Artinya : “Sungguhnya manusia sentiasa bersalahan pada perkara ini dan yang aku lihat ialah harus hukumnya bukan sunnah padanya dan bukan bida’ah.”

Telah dinaqal pada kitab Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyah daripada Al-Muhaqqiq Ibnu Amir Haj katanya :

الْأَشْبَهُ أَنَّهَا -يَعْنِي التَّهْنِئَةَ بِاْلعِيْدِ- جَائِزَةٌ مُسْتَحَبَّةٌ فِي الْجُمْلَةِ ثُمَّ سَاقَ آثَاراً عَنِ الصَّحَابَةِ… إِلَى أَنْ قَالَ: وَالْمُتَعَامَلُ فِي الْبِلَادِ الشَّامِيَةِ وَالْمِصْرِيَّةِ عِيْدٌ مُبَارَكٌ عَلَيْكَ وَنَحْوُهُ.

Artinya : “Pendapat yang kuat bahawa ucapan tahniah dengan hari raya adalah harus dan elok pada keseluruhannya.”

Kemudian beliau mengutip beberapa perkataan para sahabat.

Dan berlaku di Syam dan Mesir ucapan Eid Mubarak atas kamu dan seumpamanya.

Kemudian beliau berkata :

وَعَلَى هَذَا، فَلَا مَانِعَ مِنَ التَّهْنِئَةِ عِنْدَ سَبَبِهَا بِمَا يَدُلُّ عَلَى الْمُرَادِ بِأَيِّ لَفْظٍ مِنَ الْأَلْفَاظِ الْوَارِدَةِ فِي السُّؤَالِ وَغَيْرِهَا مِنَ الْأَلْفَاظِ الْمُشَابِهَةِ، سَوَاءٌ قِيْلَ كُلَّ سَنَةٍ وَأَنْتَ بِخَيْرٍ، أَوْ كُلَّ عَامٍ وَأَنْتَ طَيِّبٌ، لَا فَرْقَ بَيْنَ هَذَيْنِ اللَّفْظَيْنِ

Artinya : “Dan atas ini maka tiada larangan dari mengucap tahniah disisi sebabnya dengan ucapan yang menunjuk atas maksud dengan apa sahaja ucapan dari lafaz-lafaz yang datang pada soalan dan lainnya dari ucapan-ucapan yang searti samada diucapkan كُلَّ سَنَةٍ وَأَنْتَ بِخَيْرٍ atau كُلَّ عَامٍ وَأَنْتَ طَيِّبٌ maka tiada beza antara kedua lafaz ini.” (Al-Mausu’atul Fiqhiyyah)

Berkata Imam Al-Bulqini : Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar :

أَنَّ التَّهْنِئَةَ بِالأْعْيَادِ وَالشُّهُورِ وَالأْعْوَامِ مَنْدُوبَةٌ. قَال الْبَيْجُورِيُّ: وَهُوَ الْمُعْتَمَدُ

Artinya : “Sungguhnya ucapan tahniah pada segala hari perayaan dan hari kebesaran yang itu sunat. Berkata Syeikh Al-Bajuri : Dan ialah pendapat yang muktamad.” (Al-Mausu’atul Fiqhiyyah)

Baca Juga : 5 Perbuatan Bahgia Dunia & Akhirat

Kesimpulan

Ucapan tahniah sempena menyambut hari raya ini adalah sunat dan yang paling afdhal ialah ucapan yang sabit dalam hadith diucapkan olih Nabi saw dan para sahabat r.a.

Semua ucapan hari raya yang bukan daripada hadith yang selalu diucapkan oleh umat Islam di negara kita seperti Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dan lainnya semuanya adalah elok belaka dan tidak dilarang mengucapkannya .

Melarang ucapan yang baik yang tidak ada kemudaratan pada agama dan masyarakat adalah tanda sempitnya aqal dan sedikitnya ilmu pengetahuan.

wallahua’lam




Kredit : ustaz azhar idrus




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penggunaan tilam sesuai baik untuk kesihatan

Setiap orang harus mempunyai waktu tidur yang secukupnya iaitu selama lapan jam. Tidur yang berkualiti dapat memberikan kesan positif terhadap aktiviti yang dilakukan selain dapat membantu keseimbangan otak dan badan . Bukan itu saja, posisi yang betul ketika tidur juga dapat melambatkan proses penuaan jika dimalkan setiap hari . Selain itu, penggunaan tilam yang bersesuaian dan selesa dapat menggalakkan pemulihan dan menyahtoksidkan selain membantu mengekalkan kelembapan kulit pada badan kita. Contohnya seperti aloe vera yang terdiri daripada 96% air, 4% asid amino, mineral serta vitamin A, C dan E, enzim dan zat besi bagi memenuhi keperluan khasiat badan . Tilam yang mempunyai besi spring adalah tidak bagus untuk tidur kerana ia akan menyebabkan badan kita menjadi mudah bengkok dan lama kelamaan akan menjadi sakit dibahagian belakang badan .Ini akan menyebabkan tidur kita terganggu dan tidak selesa . Tilam yang keras juga boleh menyokong kedudukan posisi tubuh ketika tidur m...

DUA PULUH TUJUH KATA-KATA HIKMAH DAN NASEHAT

[ DUA PULUH TUJUH KATA-KATA HIKMAH DAN NASEHAT ] Bismillahir Rahmanir Rahim.  Assalamu'alaikum kawan2ku semua.  Wahab bin Munabbih berkata, bahwa tertulis di dalam kitab Taurat dua puluh tujuh nasihat sebagai berikut : 1. Barang siapa yang berbekal di dunia, maka pada hari kiamat             akan menjadi kekasih Allah. 2. Barang siapa yang meninggalkan marah, maka ia terhindar dari         siksa 3. Barangsiapa meninggalkan cinta dunia, maka pada hari kiamat         dia akan menjadi orang yang aman 4. Barangsiapa meninggalkan sifat dengki, maka pada hari kiamat         dia akan menjadi orang yang terpuji 5. Barangsiapa yang tidak menyukai jabatan, maka pada hari               kiamat dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah 6. Barangsiapa yang meninggalkan berlebihan, maka dia akan           ...

LIMA PERBUATAN PENYEBAB BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT

  [ LIMA PERBUATAN PENYEBAB BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT  ] 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash berkata: "Orang yang memiliki lima hal berikut akan bahagia di dunia dan di akhirat, iaitu: 1. banyak-banyak membaca: 'Laa ilaaha illallooh Muhammadur         rosuulullooh.'; 2. setiap kali ditimpa musibah mengucapkan: 'Innaa lillaahi wa           innaa ilaihi rooji'uun, wa laa haula wa laa quwwata illaa                 billaahil 'Aliyyil 'azhiim.' (Sesungguhnya kami ini milik Allah         dan akan kembali kepada-Nya. Tiada daya (untuk menjauhi           maksiat) dan tiada kekuatan (untuk taat), kecuali dengan               pertolongan Allah Yang Mahatinggi lagi Mahaagung); 3. ketika menerima nikmat dari Allah mengucapkan:                     ...

LIMA AMALAN YANG MENJADI PENERANG KEGELAPAN

 [ LIMA AMALAN YANG MENJADI PENERANG KEGELAPAN ] Abu Bakar Ash-Shiddiq berkata: "Kegelapan itu ada lima dan lampu penerangnya pun ada lima, iaitu: 1. Cinta dunia adalah suatu kegelapan, sedangkan lampu    penerangnya adalah ketaqwaan. 2. Berbuat dosa adalah suatu kegelapan, sedangkan lampu  penerangnya adalah bertobat. 3. Kubur adalah kegelapan, sedangkan lampu penerangnya adalah  bacaan: 'Laa ilaaha illallooh Muhammadur Rosuulullooh.' 4. Alam akhirat itu penuh kegelapan, sedangkan penerangnya  adalah amal shalih. 5. Shirath (jembatan penyeberangan di atas neraka) sangat gelap,  sedangkan penerangnya adalah yaqin. Berkaitan dengan poin 1, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Cinta dunia adalah biang segala kesalahan." (HR. Baihaqi, dari Hasan Al-Bashri) Imam Al-Ghazali mentafsir Hadits di atas sebagai berikut: "Sebagaimana dikatakan bahwa mencintai dunia itu adalah biang segala kesalahan, maka membenci dunia adalah biang...

{Solat Yang Tidak Diterima}

Solat Yang Tidak Diterima ========= 1. Rasulullah pernah menggambarkan kepada Saidina Abu Hurairah bahawa terdapat seorang lelaki yang menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi solatnya tidak diterima Allah. Sabda Rasulullah: إنَّ الرجلَ ليُصلِّي ستِّينَ سنةً و ما تُقبَلُ له صلاةٌ، لعله يتمُّ الركوعَ، ولا يتمُّ السُّجودَ، ويتمُّ السجودَ ولا يتمُّ الركوعَ “Seorang lelaki menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Perkara ini berlaku kerana dia menyempurnakan sujudnya tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, atau menyempurnakan ruku'nya tetapi tidak menyempurnakan sujudnya.” (HR Ibn Abi Syaibah) 2. Hadis ini mengingatkan kita supaya menyempurnakan setiap rukun di dalam solat. Bahkan Rasulullah di sini secara spesifik mengingatkan kita tentang rukuk dan sujud yang sering diabaikan oleh sebahagian manusia. Sabda Rasulullah: وأسوأُ السَّرقَةِ الذِي يسرِقُ صلاتَهُ قالوا: وكيف يسرقُ صلاتَهُ؟ قالَ: لا يُتِمُّ رُكُوعَهَا ولا سُجُودَهَا “Seburuk-buruk penc...

Terjaga Pagi-Pagi Buta

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tanga n mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian " Oh, baru pukul 3 pagi". Dalam situasi di atas, apa yang akan kita lakukan? Di sini, kita mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman kita dan buat lah pilihan bijak. PILIHAN 1 Kebanyakan kita akan menarik selimut semula, dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu saja, hati turut mengomel, "Apasal la aku bangun awal sangat." Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah. PILIHAN 2 "Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.." Kemudi...

Disebalik Sensasi Air Berkarbonat

Disebalik Sensasi Air Berkarbonat Apabila cuaca panas, tentunya tekak meronta-ronta ingin dibasahkan. Miniman apa yang terbayang di dalam kepala?, jika korang inginkan minuman berkarbonat , pilihan korang ternyata salah!. Sememangnya enak jika tekak dibasahkan dengan air berkarbonat ketika panas terik, tetapi ia juga membahayakan tubuh korang. Jom ambil tahu sekarang........ GIGI Pastinya korang pernah dinasihatkan agar memberus gigi selepas memakan gula-gula ketika kecil dahulu?. Jika korang minum minuman berkarbonat dengan kerap, risikonya sama saja pada gigi korang kerna minuman berkarbonat mengandungi paras gula yang sangat tinggi. Menurut doktor gigi, air berkarbonat dan gula didalamnya membuatkan enamel gigi terhakis sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan apa yang akan terjadi pada gigi korang?.Bayangkan............... GINJAL Air berkarbonat mempunyai gas yang boleh mengganggu daya fungsi ginjal dan juga mampu menurunkan productiviti ginjal d...