Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

MAKHLUK TERAWAL



MAKHLUK TERAWAL

SOALAN :

Berkenaan hadith yang menyebut qalam adalah benda yang paling awal dicipta adakah ia sahih?

Adakah ulamak berkhilaf pada perkara ini?

JAWAPAN :

Telah diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin As-Somit r.a. katanya aku telah mendengar akan Rasulullah saw bersabda :

إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمُ فَقَالَ لَهُ: اكْتُبْ، قَالَ: يَا رَبِّ، مَا أَكْتُبُ؟ قَالَ: اكْتُبِ الْقَدَرَ وَمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى الْأَبَدِ

Artinya : “Sungguhnya perkara yang awal dicipta olih Allah ialah Al-Qalam. Maka berfirman baginya : Tulis olih kamu. Berkata Qalam : Wahai Tuhan apa yang hendak aku tulis? Firman Allah : Tulislah akan qadar dan apa yang akan ada hingga selama-lamanya.”

Hadith riwayat At-Tabarani dan lain-lain.

Dan pada riwayat Imam At-Tabarani :

لما خلق الله القلم قال له: اكتب، فجرى بما هو كائن إلى قيام الساعة

Artinya : “Tatkala Allah mencipta akan Qalam berfirman baginya : Tulislah. Maka berjalanlah Qalam itu menulis sekelian yang ada sampai hari kiamat.”

Dan pada riwayat Ibnu Abbas olih Imam At-Tabari :

إِنَّ أَوَّلَ شَيْءٍ خَلَقَهُ اللَّهُ الْقَلَمُ فَأَمَرَهُ بِكَتْبِ كُلِّ شَيْءٍ

Artinya : “Bahawasanya yang awal suatu dari ciptaan Allah ialah Al-Qalam maka menyuruhnya tulis sekelian sesuatu.”

Arti qalam menurut bahasa arab :

الذي يُكتب به

Artinya : “Suatu yang ditulis dengannya.” (Lisanul Arab)

Dan makna Al-Qalam disini ialah makhluk Allah yang dicipta untuk menulis segala perkara yang berlaku pada alam ini.

PENCIPTAAN ARASY

Telah bersalahan ulamak adakah Qalam awal yang dicipta atau Arasy.

Jumhur ulamak berpendapat bahawa awal makhluk yang dicipta ialah Arasy dan antara ulamak yang menisbahkan pendapat ini kepada jumhur ialah Imam Ibnu Kathir dan Imam Ibnu Hajar.

Dan sebahagian ulamak berpendapat bahawa awal makhluk yang dicipta ialah Qalam. Antara yang berpendapat seperti demikian ialah Imam Ibnu Jarir At-Tabari dan Imam Ibnu Al-Asir.

Berkata Imam Al-Munawi :

فالعرش والماء خلقا قبل السماء والأرض وأخذ منه أن العرش أول المخلوقات وقيل القلم

Artinya : “Maka Arasy dan air itu dicipta sebelum langit dan bumi. Dan diambil daripadanya bahawasanya Arasy ialah awal dari sekelian makhluk yang dicipta sebelum Qalam.” (Kitab Faidhul Qadir)

Berkata Imam Az-Zahabi :

واستدلوا على قولهم هذا بما رواه مسلم في صحيحه بسنده عن عبد الله بن عمرو بن العاص مرفوعاً قال: "كتب الله مقادير الخلائق قبل أن يخلق السموات والأرض بخمسين ألف سنة، قال: وعرشه على الماء". ففي هذا الحديث تصريح بأن التقدير وقع بعد خلق العرش وحديث عبادة صريح بأن التقدير وقع عند أول خلق القلم، فدل ذلك على أن العرش سابق على القلم.

Artinya : “Dan para ulamak berdalil atas perkataan mereka dengan hadith riwayat Muslim dengan sanad daripada Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Aas secara marfu’ : Allah telah menulis segala qadar kejadian makhluk sebelum mencipta akan langit dan bumi dengan jarak lima puluh ribu tahun dan berkata : Arasy-Nya di atas air. Maka pada hadith ini jelas bahawa takdir selepas penciptaan Arasy dan hadith Ubadah bin As-Somit itu jelas bahawa takdir itu berlaku ketika awal dicipta akan Qalam. Maka menunjukkan olih yang demikian itu atas bahawa Arasy terdahulu atas Qalam.” (Kitab Al-‘Arsy)

Dan ada beberapa perkara lagi yang disebutkan awal-awal dicipta selain dari Arasy dan Qalam seperti Nur Nabi saw dan ruh dan aqal.

Maka bolih sahaja kita katakan bahawa makhluk yang pertama dicipta olih Allah ialah Arasy dan Qalam dan lainnya seperti yang datang di dalam hadith.

wallahua’lam



Kredit : ustaz azhar idrus



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PETANDA-PETANDA PENYAKIT?

PETANDA-PETANDA PENYAKIT? Bunyi Sendi Jika korang terasa sakit setiap kali bunyi sendi, kemungkinan itu petanda masalah sendi misalnya artritis. Jika berlaku pembengkakan atau menjadi kemerahan, sila berjumpa doktor untuk mengetahui penyakit yang selanjutnya. Mata Kering Mungkin disebabkan oleh faktor berdepan dengan komputer, berada di tempat yang sejuk & ubat-ubatan. Jika dibiarkan berlarutan, boleh mangakibatkan Hyperthyroidism @ lupus. Pastikan korang sentiasa menyapu gelsejuk di sekeliling mata. Tangan Sejuk Mungkin disebabkan stress @ aliran darah di tangan yang tak berjalan dengan lancar. Akibatnya jari menjadi kebas danbertukar warna menjadi pucat. Kemungkinan korang menderita fenomena  Raynaud  dimana ia akan memberi kesan terhadap perjalanan darah ke seluruh pembuluh darah. Sebaliknya tarik nafas & lakukan sedikit renggangan pada jari. Kejang Otot Kaki Duduk @ berdiri dalam jangka masa yang lama lebih-le...

Solve the Defrag problem

Sometimes , when we are doing the defrag the disk , the information appears Error Defragmenting Drive C , Windows can not finish this drive defragmentting Because it has encountered a problem . Click Help and carry out the instructions for running Scan Disk , and then try defragmenting again . After that , defrag process stops . Do not panic ! Follow the steps given earlier Windows on the earlier error information , which is run scan disk to check the hard drive . Once Scan disk is finished , try to defrag again . When Windows is run steps , but still can not defrag hard drive , follow the trick below : 1 . Click [ Start ] > [ Settings ] > [ Folder Options ] . 2 . Select the tab [ View ] , then click the option [ Show all files ] . 3 . Press [ OK ] to exit the Folder Options window . 4 . Click [ Start ] > [ Find ] > [ Files or Folders ] . 5 . Name Type applog the colum...

ORANG TERAKHIR KELUAR DARI NERAKA & KETAWA RASULULLAH

اللؤلؤ والمرجان فيما اتفق عليه الشيخان Terjemahan & Ringkasan Kitab Hadith Lu’Lu’ Dan Marjan Disertakan Sedikit Keterangan ORANG TERAKHIR KELUAR DARI NERAKA & KETAWA RASULULLAH Telah diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda : يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ، وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ ثُمَّ يَقُولُ اللهُ تَعَالَى: أَخْرِجُوا مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانِ، فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدِ اسْوَدُّوا، فَيُلْقَونَ فِي نَهَرِ الْحَيَا أَوِ الْحَيَاةِ فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِي جَانِبِ السَّيْلِ، أَلَمْ تَرَأَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً Artinya : “Ahli syurga akan masuk ke dalam syurga dan ahli neraka akan masuk ke dalam neraka kemudian Allah Taala berfirman : Keluarkan olih kamu akan orang yang ada di dalam hatinya iman seberat biji sawi maka keluarlah mereka itu daripada neraka yang sungguhnya telah hitam mereka itu kemudian dimasukkan ke dalam sungai hayya ...

Doa Mohon Diberi Kemudahan

Doa Mohon Diberi Kemudahan

Ini ibu bapa yang WTF (19 gambar)

Ini ibu bapa yang WTF (19 gambar) These parents are big dumb idiots (19 photos)

ChurpChurp | Social Share » Invite friends to ChurpChurp today! (Preview)

ChurpChurp Social Share » Invite friends to ChurpChurp today! (Preview) Invite friends to ChurpChurp today! Ready to burst out all the latest awesome news to your friends? Get rewarded by doing so! Bring your friends to sign up today and get rewarded RM 1.00 per friend invited . The more, the merrier! I was just kind of trying ... seems kind of best .... what you said ... love it .. join Just clik on the link below or above SLASH-SYAH see you there

How to Add Facebook Like Button & Like Box for Different Languages

The Facebook Like Button and Like Box can easily be added to any page but the trouble is that the default display is in English. To specify the language, you simply need to include the “locale” parameter with the desired language value. Here is a quick hack to display the Like Button and Like box in other languages using the iFrame. 1. Copy the Like Button code: <iframe src="http://www.facebook.com/plugins/like.php? app_id=185800681493185&amp;href= YOUR WEB PAGE &amp;send=false &amp;layout=standard&amp;width=450&amp;show_faces=false&amp; action=like&amp;colorscheme=light&amp;font&amp;height=35" scrolling="no" frameborder="0" style="border:none; overflow:hidden;width:450px; height:35px;" allowTransparency= "true"></iframe> and change the “locale” paramater (for your language ): <iframe src="http://www.facebook.com/plugins/like.php? locale=it_IT & app_id=1858006814...