Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

TAKBIR HARI RAYA LAFAZ DAN HUKUM



TAKBIR HARI RAYA
LAFAZ DAN HUKUM

Disunatkan bertakbir apabila tiba hari raya yakni hari raya Fitrah dan hari raya Adha. Disunatkan bertakbir raya ini samada secara sendirian atau berjemaah.

DALIL DISUNATKAN TAKBIR

Firman Allah Taala :

وَلِتُكْمِلُواْ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Artinya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu bertakbir membesarkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu supaya kamu semua menjadi orang yang bersyukur.” (Al-Baqarah : 185)

Firman Allah :

وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ

artinya : "Dan berzikirlah kamu sekelian dengan menyebut nama Allah pada beberapa hari-hari tertentu (yakni hari-hari tasyrik).” (Al-Baqarah : 203)

Maksud berzikir di sini ialah mengucapkan takbir dan talbiah pada ketika mengerjakan ibadah haji.

Telah diriwayatkan dari Ummu Athiyah r.a. berkata :

كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ، حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا، حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ، فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ، وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ‏.‏

Artinya : “Adalah kami diperintahkan keluar pada hari raya sehingga kami suruh keluar gadis-gadis yang masih dara dari rumah kediamannya dan sehingga kami suruh keluar juga wanita-wanita yang sedang haidh maka duduk mereka itu di belakang manusia. Maka mereka semua bertakbir dengan takbir orang ramai. Dan berdoa pula mereka itu dengan doa orang ramai dalam keadaan mengharapkan keberkatan hari raya tersebut dan kesuciannya.” (Hadith Bukhari)

Dan telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. kata beliau :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ "

Artinya : “Rasulullah saw telah bersabda : Hiasilah hari-hari perayaan kamu dengan bertakbir.” (Hadith At-Tabarani)

JENIS-JENIS TAKBIR DAN WAKTUNYA

Ada dua jenis takbir hari raya yaitu takbir muqayyad dan takbir musral.

1. Takbir Muqayyad

Takbir Muqayyad adalah takbir yang dilafazkan mengiringi (yakni selepas) menunaikan solat sama ada solat fardhu atau solat sunat dan samada didirikan di masjid atau dirumah.

Waktu takbir muqayyad ialah selepas selesai menunaikan solat subuh pada 9 Zulhijjah yaitu sehari sebelum hari raya dan akhir sekali ialah selesai menunaikan solat asar pada hari yang ke 13 Zulhijjah.

Jadi disunatkan bertakbir selepas setiap selesai solat yaitu selesai solat subuh 9 Zulhijjah dan selesai solat zuhur pada hari tersebut dan selesai solat asar dan berterusan setiap kali selesai solat sehingga solat yang terakhir sekali disunatkan bertakbir ialah solat asar hari yang ke 13 Zulhijjah.

Inilah pendapat yang diamalkan sebagaimana disebut dalam kitab-kitab muktabar seperti Al-Majmu’ dan Raudhah dan Tuhfah Syarah Minhaj lain-lain.

Menurut pendapat paling sahih takbir muqayyad hanya pada hari raya Adha dan tidak disunatkan pada hari raya fitrah.

Manakala pendapat yang kedua mengatakan disunatkan juga takbir muqayyad pada hari raya fitrah yaitu selepas solat maghrib dan isyak dan subuh pagi hari raya.

Dan disunatkan bertakbir terlebih dahulu selesai sahaja dari solat yang dikerjakan sebelum berzikir dengan zikir-zikir yang lain.

Akan tetapi jika dia berzikir dan berdoa dahulu selepas solat lalu bertakbir selepas demikian itu nescaya harus hukumnya.

Telah diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. :

أنه كان يكبر بعد صلاة الفجر يوم عرفة إلى صلاة العصر من آخر أيام التشريق ويكبر بعد العصر

Maksudnya : "Sesungguhnya beliau (yakni Ali bin Ai Talib) telah bertakbir selepas solat subuh pada hari Arafah hingga solat asar pada hari terakhir tasyrik dan beliau bertakbir selepas selesai solat asar." (Hadith Ibnu Abi Syaibah)

Dan telah diriwayatkan dari ‘Ammar r.a. katanya :

أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ ، وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ ، آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ

“Sungguhnya Nabi saw adalah baginda bertakbir pada hari Arafah selepas solat subuh dan berhenti selepas solat asar hari Tasyrik (yakni 13 Zulhijjah)". (Hadith Al-Hakim)

Sebahagian ulama berkata tidak dikaitkan dengan selesai solat untuk mengucapkan takbir bahkan sebarang waktu dari hari Arafah hingga hari ke 13 Zulhijjah disunatkan bertakbir.

2. Takbir Mursal

Takbir mursal artinya takbir yang dilucapkan secara bebas tanpa kaitan dengan selesai menunaikan solat.

Waktunya bermula daripada masuk waktu maghrib malam hari raya Fitri dan hari raya Adha dan berkekalanlah sepanjang malam hari raya tersebut. Dan berkahir waktunya dengan takbiratul ihram solat sunat hari raya menurut pendapat yang paling sahih.

Imam Az-Zuhri meriwayatkan :

كان يخرج يوم الفطر فيكبر حتى ياتي المصلى وحتى يقضي الصلاة فإذا قضى الصلاة قطع التكبير ن رسول الله

artinya : "Sesungguhnya Rasulullah adalah baginda keluar pada hari raya Fitri maka baginda bertakbir sehingga tiba di tempat solat dan berterusan sehingga menunaikan solat. Apabila telah selesai solat hari raya baginda tidak lagi bertakbir". (Hadith Ibnu Abi Syaibah)

Takbir mursal ini diucapkan tidak mengira waktu dan tempat maka sunat bertakbir pada waktu malam atau siang dan pada sebarang tempat seperti di masjid dan surau dan di jalanan dan rumah, dan padang dan tepi pantai dan di dalam kenderaan dan dimana sahaja melainkan pada tempat yang dilarang menyebut nama Allah dan yang seumpamanya.

LAFAZ TAKBIR RAYA

Ada beberapa lafaz takbir yang diucapkan olih para sahabat dan salafusolih.

Antara lafaznya ialah :

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Telah diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a. adalah beliau mengucapkan :

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Artinya : “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah.” (Musannaf Ibnu Abi Syaibah)

Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a. mengucapkan takbir seperti berikut :

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَأَجَلُّ , اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

(Musannaf Ibnu Abi Syaibah).

Berkata Imam As-Son’ani :

وفي الشرح صفات كثيرة واستحسانات عن عدة من الأئمة ، وهو يدل على التوسعة في الأمر وإطلاق الآية يقتضي ذلك

Artinya : “Dan tersebut pada syarah tentang takbir raya terdapat beberapa rupa yang banyak yang dikira elok di sisi imam-imam mujtahid. Dan ia menjadi dalil atas luasnya perintah bertakbir dan kemutlakan ayat menghendaki yang demikian itu.” (Kitab Subulusslam)

TAKBIR YANG LEBIH PANJANG

Dan harus pula mengucapkan takbir yang lebih panjang seperti yang diucapkan olih umat Islam di Malaysia yaitu :

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Berkata Imam As-Syafie :

وَإِنْ زَادَ فقال : اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا اللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا اللَّهَ مُخْلِصِينَ له الدَّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ : فَحَسَنٌ

Artinya : “Jikalau seorang yang bertakbir menambah dengan menyebut sebagai sebutan di atas maka ia adalah elok.” (Kitab Al-Umm)

HUKUM WANITA BERTAKBIR

Kaum wanita juga disunatkan bertakbir pada malam dan hari raya samada di masjid atau di rumah atau di tempat-tempat lain.

Berkata Imam Ibn Rajab al-Hanbali :

ولا خلاف في أن النساء يكبرن مع الرجال تبعاً ، إذا صلين معهم جماعة ، ولكن المرأة تخفض صوتها بالتكبير .

Artinya : “Dan tiada khilaf pada masalah kaum wanita harus bertakbir bersama kaum lelaki apabila mereka turut sama mengerjakan solat dengan kaum lelaki. Dan tetapi hendaklah kaum wanita merendahkan suara mereka ketika bertakbir itu.” (Fathul Baari)

TAKBIR DENGAN SUARA YANG KUAT

Kaum lelaki disunatkan menguatkan suara pada ucapan takbir hari raya.

Telah diriwayatkan :

أن ابن عمر كان إذا غدا يوم الفطر ويوم الأضحى، يجهر بالتكبير حتى يأتي المصلى ثم يكبر حتى يأتي الإمام

artinya : "Sesungguhnya Ibnu Umar apabila keluar untuk solat di hari 'Idul Fithri dan 'Idul Adha beliau menguatkan suaranya ketika bertakbir sehingga tiba di tempat solat kemudian beliau meneruskan takbir sehingga tiba imam". (Hadith Ad-Daruquthni)

wallahua’lam




Kredit : ustaz azhar idrus




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penggunaan tilam sesuai baik untuk kesihatan

Setiap orang harus mempunyai waktu tidur yang secukupnya iaitu selama lapan jam. Tidur yang berkualiti dapat memberikan kesan positif terhadap aktiviti yang dilakukan selain dapat membantu keseimbangan otak dan badan . Bukan itu saja, posisi yang betul ketika tidur juga dapat melambatkan proses penuaan jika dimalkan setiap hari . Selain itu, penggunaan tilam yang bersesuaian dan selesa dapat menggalakkan pemulihan dan menyahtoksidkan selain membantu mengekalkan kelembapan kulit pada badan kita. Contohnya seperti aloe vera yang terdiri daripada 96% air, 4% asid amino, mineral serta vitamin A, C dan E, enzim dan zat besi bagi memenuhi keperluan khasiat badan . Tilam yang mempunyai besi spring adalah tidak bagus untuk tidur kerana ia akan menyebabkan badan kita menjadi mudah bengkok dan lama kelamaan akan menjadi sakit dibahagian belakang badan .Ini akan menyebabkan tidur kita terganggu dan tidak selesa . Tilam yang keras juga boleh menyokong kedudukan posisi tubuh ketika tidur m...

DUA PULUH TUJUH KATA-KATA HIKMAH DAN NASEHAT

[ DUA PULUH TUJUH KATA-KATA HIKMAH DAN NASEHAT ] Bismillahir Rahmanir Rahim.  Assalamu'alaikum kawan2ku semua.  Wahab bin Munabbih berkata, bahwa tertulis di dalam kitab Taurat dua puluh tujuh nasihat sebagai berikut : 1. Barang siapa yang berbekal di dunia, maka pada hari kiamat             akan menjadi kekasih Allah. 2. Barang siapa yang meninggalkan marah, maka ia terhindar dari         siksa 3. Barangsiapa meninggalkan cinta dunia, maka pada hari kiamat         dia akan menjadi orang yang aman 4. Barangsiapa meninggalkan sifat dengki, maka pada hari kiamat         dia akan menjadi orang yang terpuji 5. Barangsiapa yang tidak menyukai jabatan, maka pada hari               kiamat dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah 6. Barangsiapa yang meninggalkan berlebihan, maka dia akan           ...

LIMA PERBUATAN PENYEBAB BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT

  [ LIMA PERBUATAN PENYEBAB BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT  ] 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash berkata: "Orang yang memiliki lima hal berikut akan bahagia di dunia dan di akhirat, iaitu: 1. banyak-banyak membaca: 'Laa ilaaha illallooh Muhammadur         rosuulullooh.'; 2. setiap kali ditimpa musibah mengucapkan: 'Innaa lillaahi wa           innaa ilaihi rooji'uun, wa laa haula wa laa quwwata illaa                 billaahil 'Aliyyil 'azhiim.' (Sesungguhnya kami ini milik Allah         dan akan kembali kepada-Nya. Tiada daya (untuk menjauhi           maksiat) dan tiada kekuatan (untuk taat), kecuali dengan               pertolongan Allah Yang Mahatinggi lagi Mahaagung); 3. ketika menerima nikmat dari Allah mengucapkan:                     ...

LIMA AMALAN YANG MENJADI PENERANG KEGELAPAN

 [ LIMA AMALAN YANG MENJADI PENERANG KEGELAPAN ] Abu Bakar Ash-Shiddiq berkata: "Kegelapan itu ada lima dan lampu penerangnya pun ada lima, iaitu: 1. Cinta dunia adalah suatu kegelapan, sedangkan lampu    penerangnya adalah ketaqwaan. 2. Berbuat dosa adalah suatu kegelapan, sedangkan lampu  penerangnya adalah bertobat. 3. Kubur adalah kegelapan, sedangkan lampu penerangnya adalah  bacaan: 'Laa ilaaha illallooh Muhammadur Rosuulullooh.' 4. Alam akhirat itu penuh kegelapan, sedangkan penerangnya  adalah amal shalih. 5. Shirath (jembatan penyeberangan di atas neraka) sangat gelap,  sedangkan penerangnya adalah yaqin. Berkaitan dengan poin 1, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Cinta dunia adalah biang segala kesalahan." (HR. Baihaqi, dari Hasan Al-Bashri) Imam Al-Ghazali mentafsir Hadits di atas sebagai berikut: "Sebagaimana dikatakan bahwa mencintai dunia itu adalah biang segala kesalahan, maka membenci dunia adalah biang...

{Solat Yang Tidak Diterima}

Solat Yang Tidak Diterima ========= 1. Rasulullah pernah menggambarkan kepada Saidina Abu Hurairah bahawa terdapat seorang lelaki yang menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi solatnya tidak diterima Allah. Sabda Rasulullah: إنَّ الرجلَ ليُصلِّي ستِّينَ سنةً و ما تُقبَلُ له صلاةٌ، لعله يتمُّ الركوعَ، ولا يتمُّ السُّجودَ، ويتمُّ السجودَ ولا يتمُّ الركوعَ “Seorang lelaki menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Perkara ini berlaku kerana dia menyempurnakan sujudnya tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, atau menyempurnakan ruku'nya tetapi tidak menyempurnakan sujudnya.” (HR Ibn Abi Syaibah) 2. Hadis ini mengingatkan kita supaya menyempurnakan setiap rukun di dalam solat. Bahkan Rasulullah di sini secara spesifik mengingatkan kita tentang rukuk dan sujud yang sering diabaikan oleh sebahagian manusia. Sabda Rasulullah: وأسوأُ السَّرقَةِ الذِي يسرِقُ صلاتَهُ قالوا: وكيف يسرقُ صلاتَهُ؟ قالَ: لا يُتِمُّ رُكُوعَهَا ولا سُجُودَهَا “Seburuk-buruk penc...

Terjaga Pagi-Pagi Buta

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tanga n mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian " Oh, baru pukul 3 pagi". Dalam situasi di atas, apa yang akan kita lakukan? Di sini, kita mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman kita dan buat lah pilihan bijak. PILIHAN 1 Kebanyakan kita akan menarik selimut semula, dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu saja, hati turut mengomel, "Apasal la aku bangun awal sangat." Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah. PILIHAN 2 "Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.." Kemudi...

Disebalik Sensasi Air Berkarbonat

Disebalik Sensasi Air Berkarbonat Apabila cuaca panas, tentunya tekak meronta-ronta ingin dibasahkan. Miniman apa yang terbayang di dalam kepala?, jika korang inginkan minuman berkarbonat , pilihan korang ternyata salah!. Sememangnya enak jika tekak dibasahkan dengan air berkarbonat ketika panas terik, tetapi ia juga membahayakan tubuh korang. Jom ambil tahu sekarang........ GIGI Pastinya korang pernah dinasihatkan agar memberus gigi selepas memakan gula-gula ketika kecil dahulu?. Jika korang minum minuman berkarbonat dengan kerap, risikonya sama saja pada gigi korang kerna minuman berkarbonat mengandungi paras gula yang sangat tinggi. Menurut doktor gigi, air berkarbonat dan gula didalamnya membuatkan enamel gigi terhakis sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan apa yang akan terjadi pada gigi korang?.Bayangkan............... GINJAL Air berkarbonat mempunyai gas yang boleh mengganggu daya fungsi ginjal dan juga mampu menurunkan productiviti ginjal d...