Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

SOLAT HARI RAYA



SOLAT HARI RAYA

TAHUN DISYARIATKAN

Solat sunat hari raya ini disyariatkan pada tahun yang pertama daripada Hijrah dengan dalil riwayat daripada Anas r.a. beliau berkata :

قدم رسول الله صلّى الله عليه وسلم المدينة، ولهم يومان يلعبون فيهما، فقال: ما هذان اليومان؟ قالوا: كنا نلعب فيهما في الجاهلية، فقال رسول الله صلّى الله عليه وسلم: إن الله قد أبدلكما خيراً منهما: يوم الأضحى، ويوم الفطر

Artinya : “Telah tiba Rasulullah saw ke Madinah dan orang-orang Madinah itu ada mempunyai dua hari yang mereka bermain dan bergembira pada keduanya. Lalu Nabi saw bertanya : Hari apakah kedua hari ini? Orang-orang menjawab : Kami bermain dan bersukaan pada kedua hari ini di zaman jahiliah. Kemudian bersabda olih Nabi saw : Sungguhnya Allah telah menggantikan kamu sekelian akan hari ryang lebih baik dari kedua hari tersebut yaitulah hari raya korban dan hari raya fitrah.”

HUKUM SOLAT HARI RAYA

Hukum solat hari raya ialah sunat muakkad kerana sungguhnya Nabi saw tidak pernah meninggalkannya sejak solat ini disyariatkan sehinggalah baginda diwafatkan olih Allah Taala dan baginda mengekali atas mengerjakannya dan begitu juga para sahabat r.a dan orang yang selepasnya.

Dalil disyariatkan solat ini sebelum ijmak ialah firman Allah Taala :

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Artinya : “Maka hendaklah kamu sembahyang akan Tuhanmu dan sembelih korban.”

Berkata Imam Nawawi :

وَأَجْمَعَ الْمُسْلِمُونَ عَلَى أَنَّ صَلَاةَ الْعِيدِ مَشْرُوعَةٌ وَعَلَى أَنَّهَا لَيْسَتْ فَرْضَ عَيْنٍ وَنَصَّ الشَّافِعِيُّ وَجُمْهُورُ الْأَصْحَابِ عَلَى أَنَّهَا سُنَّةٌ

Artinya : “Dan telah ijmak olih sekelian orang Islam atas bahawa solat hari raya itu ialah disyariatkan ia dan telah ijmak atas bahawa solat hari raya bukannya fardu ain. Imam Syafie dan majoriti Ashab telah menaskan bahawa hukumnya adalah sunat.” (Kitab Al-Majmu’)

Solat hari raya diperintahkan menunaikannya dengan berjemaah atau dengan bersendirian dan orang perempuan dan hamba dan orang mukim dan orang musafir dan kanak-kanak.

Olih itu sah seorang itu solat hari raya seorang diri di dalam rumahnya.

Adalah solat hari raya ini tidaklah disyaratkan sebagaimana disyaratkan pada solat jumaat maka tidak ditetapkan akan bilangan yang hadir dengan bilangan tertentu itu atau mustautin atau lainnya.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

وتشرع جمَاعَة وَهِي أفضل فِي حق غير الْحَاج بمنى أما هُوَ فَلَا تسن لَهُ صلَاتهَا جمَاعَة وَتسن لَهُ مُنْفَردا وتشرع أَيْضا للمنفرد وَالْعَبْد وَالْمَرْأَة وَالْخُنْثَى وَالْمُسَافر فَلَا تتَوَقَّف على شُرُوط الْجُمُعَة

Artinya : “Dan disyariatkan akan solat hari raya ini dikerjakan dengan berjemaah dan berjemaah itu lebih afdhal pada orang yang selain orang yang sedang menunaikan haji di Mina. Ada pun orang yang sedang menunaikan haji maka tidak disunatkan solat hari raya berjemaah dan disunatkan baginya solat bersendirian.
Dan disyariatkan juga solat hari raya ini bagi orang yang sendirian dan hamba sahaya dan perempuan dan khunsa dan musafir. Dan tidaklah solat hari raya ini terikat syaratnya seperti segala syarat solat jumaat.” (Kitab Al-Iqna’)

WAKTU SOLAT HARI RAYA

Waktu yang sah untuk mengerjakan solat hari raya ialah antara masa terbit matahari sehiggalah masuk waktu zuhur.

Berkata Imam As-Syairazi :

ووقتها ما بين طلوع الشمس إلى ان تزول والافضل ان يؤخرها حتى ترتفع الشمس قيد رمح

Artinya : “Dan waktu solat hari raya itu ialah masa antara terbit matahari sehingga gelincir matahari. Dan bermula waktu yang afdhal ialah melambatkannya sampai tinggi matahari kadar segalah.” (Kitab Al-Muhazzab)

Waktu matahari segalah jika dikirakan dengan zaman sekarang ialah sekitar jam 8 hingga 9 pagi.

Akan tetapi jik solat yang hendak dikerjakan itu ialah sunat hari raya fitrah maka yang afdhal ialah ditunggu sehingga tinggi sedikit matahari untuk menunaikan solat hari raya kerana mengikut sunnah yang melambatkan solat hari raya fitrah dan mencepatkan solat hari raya korban.

Berkata Imam As-Syairazi :

والسنة أن يؤخر صلاة الفطر ويعجل الاضحي لما روى عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بَكْرِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حَزْمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كتب له " أن يقدم الاضحي ويؤخر الفطر " ولان الافضل ان يخرج صدقة الفطر قبل الصلاة فإذا اخر الصلاة اتسع الوقت لاخراج صدقة الفطر والسنة أن يضحي بعد صلاة الامام فإذا عجل بادر الي الاضحية

Artinya : “Dan bermula yang sunnah ialah melambatkan solat hari raya fitrah dan menyegerakan solat hari raya korban kerana riwayat daripada ‘Amr bin Hazm dari bapanya dari datuknya bahawasanya Rasulullah saw telah menetapkan baginya : Supaya diawalkan solat hari raya korban dan ditakhirkan solat hari raya fitrah. Dan kerana sungguhnya yang afdhal ialah keluarkan zakat fitrah sebelum solat. Maka apabila dilambatkan solat nescaya akan luaslah waktu mengeluakran zakat fitrah. Dan sunnahnya ialah sembelih korban selepas selesai imam solat maka apabila dicepatkan solat maka orang-orang dapat berhadap pula kepada ibadah korban.” (Kitab Al-Muhazzab)

CARA SOLAT

Adalah rakaat solat hari raya ini dua rakaat sahaja dengan ijmak.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

(وَهِيَ رَكْعَتَانِ) بِالْإِجْمَاعِ وَلِلْأَدِلَّةِ الْآتِيَةِ

Artinya : “Dan solat hari raya itu ialah dua rakaat dengan ijmak ulamak dan kerana segala dalil yang yang akan datang sebutnya.” (Kitab Mughni Muhtaj)

Dan disunatkan ke atas muazzin mengucap الصلاة جامعة ganti ucapan iqamah ketika hendak didirikan solat hari raya.

Bermula niat solat hari raya ialah seperti berkata seorang di dalam hatinya ketika bertakbir :

أصلي صلاة العيد لله تعالى

Artinya : “Aku solat sunat hari raya kerana Allah Taala.”

Dan disunatkan membaca doa ifititah sebelum bertakbir.

Sunat bertakbir sebanyak 7 kali pada rakaat pertama selepas membaca doa iftitah dan 5 kali pada rakaat kedua selepas berdiri dari sujud.

Telah diriwayatkan daripada ‘Amr bin ‘Auf Al-Muzani r.a. katanya :

أن النبي - صلى الله عليه وسلم - كبّر في العيدين، في الأولى سبعاً قبل القراءة، وفي الآخرة خمساً قبل القراءة

Artinya : “Bahawasanya Nabi saw bertakbir pada dua solat hari raya yaitu pada rakaat pertama 7 takbir sebelum membaca (fatihah dan surah) dan pada rakaat kedua 5 takbir sebelum membaca.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)

Dan sunat membaca di antara takbir-takbir tersebut akan ucapan tasbih.

Bacaan tasbihnya ialah :

سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

Dan sunat mengangkat kedua tangan pada sekelian takbir tersebut

Dan jika seorang itu hanya mengucap takbir berturut-turut tanpa diselitkan dengan ucapan tasbih tersebut maka hukumnya adalah harus dan memadai solatnya.
.

Berkata Imam Nawawi :

وَالْأَكْمَلُ أَنْ يَقْرَأَ دُعَاءَ الِاسْتِفْتَاحِ عَقِبَ الْإِحْرَامِ، كَغَيْرِهَا، ثُمَّ يُكَبِّرُ فِي الْأُولَى سَبْعَ تَكْبِيرَاتٍ سِوَى تَكْبِيرَةِ الْإِحْرَامِ وَالرُّكُوعِ. وَفِي الثَّانِيَةِ خَمْسًا سِوَى تَكْبِيرَةِ الْقِيَامِ مِنَ السُّجُودِ وَالْهُوِيِّ إِلَى الرُّكُوعِ

Artinya : “Dan yang sempurna ialah membaca doa iftitah selepas takbiratulihram seperti solat yang lain. Kemudian bertakbir pada rakaat pertama sebanyak 7 takbir selain takbiratulihram dan rukuk. Dan pada rakaat kedua bertakbir sebanyak 5 takbir selain takbir bangun dari sujud dan turun kepada rukuk.” (Kitab Raudhah At-Talibin)

Jika seorang itu terlupa membaca takbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua maka solatnya adalah sah.

Makmum yang masbuk hendaklah mengikut imam membaca takbir kadar yang dia sempat sahaja maka jika makmum hanya sempat takbir dua kali sahaja bersama imam misalnya maka itulah sahaja tidak sunat dia menambah 5 lagi takbir yang dia tidak sempat.

Dan makruh sengaja meninggalkan mengucap takbir-takbir tersebut akan tetapi tidak sunat sujud sahwi bagi mereka yang meninggalkan ucapan takbir samada dengan sengaja atau terlupa dari kerana ucapan takbir tersebut hanyalah sunat hai’ah (sunat ringan) dan bukannya rukun solat dan bukannya sunat ab’adh.

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

والتكبير ليس فرضاً ولا بعضاً من أبعاض الصلاة، وإنما هو سنة أو هيئة كالتعوذ ودعاء الافتتاح، فلا يسجد للسهو لتركهن عمداً ولا سهواً، وإن كان الترك لكلهن أو بعضهن مكروهاً

Artinya : “Dan takbir itu bukanlah rukun solat dan bukan pula sunat ab’adh bagi solat. Hanyalah bertakbir itu sunat hai’ah sama seperti membaca تعوذ (ta’awwuz) dan doa iftitah. Maka tidak sunat sujud sahwi kerana meninggalkan ucapan takbir samada dengan sengaja atau terlupa sekalipun meninggalkan sekelian takbir-takbir itu atau sebahagiannya adalah dimakruhkan.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Kemudian membaca fatihah dan surah seperti solat sunat yang lain.

Dan sunat membaca تعوذ yaitu a’uzubillahiminassyaitanirrajim sebelum mula membaca fatihah.

Dan kemudian diteruskan solat seperti biasa seperti mengerjakan solat-solat sunat yang lain.

KHUTBAH SOLAT HARI RAYA

Dan disunatkan membaca khutbah selepas selesai dari menunaikan solat.

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. beliau berkata :

كان النبي - صلى الله عليه وسلم - وأبو بكر وعمر رضي الله عنهما يصلون العيدين قبل الخطبة

Artinya : “Adalah Nabi saw dan Abu Bakar r.a. solat akan dua hari raya sebelum berkhutbah.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Segala rukun dan sunat membaca khutbah solat hari raya ini sama seperti rukun dan sunat khutbah solat jumaat.

Telah diriwayatkan daripada ‘Ubaidillah bin Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud r.a. beliau berkata :

السنة أن يخطب الإمام في العيدين خطبتين،، يفصل بينهما بجلوس

Artinya : “Bermula yang sunnah ialah berkhutbah olih imam pada dua solat hari raya dengan dua khutbah dan duduk sekejap antara dua khutbah.” (Riwayat Imam Syafie dalam Al-Musnad)

Dan sunat khatib bertakbir 9 takbir dalam khutbah yang pertama dan 7 takbir dalam khutbah yang kedua.

Telah diriwayatkan daripada Ubaidillah bin Abdullah r.a. beliau berkata :

السنة أن تفتتح الخطبة بتسع تكبيرات تترى، والثانية بسبع تكبيرات تترى. أي متتالية

Artinya : “Bermula yang sunnah ialah dimulakan khutbah dengan 9 kali takbir dan pada khutbah kedua dengan 7 kali takbir yakni berturut-turut.” (Riwayat Al-Baihaqi)

Jika tidak dibacakan khutbah selepas solat maka solat tersebut adalah sah.

Berkata Imam Nawawi :

وَخُطْبَتُهَا بَعْدَهَا. وَلَوْ تُرِكَتِ الْخُطْبَةُ، لَمْ تَبْطُلِ الصَّلَاةُ

Artinya : “Dan bermula khutbah solat hari raya itu ialah selepas selesai solat. Dan jikalau tidak dibaca akan khutbah tidaklah batal solat tersebut.” (Kitab Raudhah At-Talibin)

SOLAT DI MASJID ATAU PADANG

Dan sunat dikerjakan solat hari raya itu di dalam masjid kerana kemuliaannya berbanding tempat lain tetapi jika tidak muat olih manusia maka harus dikerjakannya di padang yang luas.

Berkata Imam As-Syairazi :

والسنة أن يصلي صلاة العيد في المصلي إذا كان مسجد البلد ضيقا

Artinya : “Bermula yang sunnah itu ialah mendirikan solat hari raya di lapangan yang luas apabila adalah masjid yang ada itu sempit.” (Kitab Al-Muhazzab)

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

قال الشافعية: فعل صلاة العيد في المسجد أفضل؛ لأنه أشرف وأنظف من غيره، إلا إذا كان مسجد البلد ضيقاً، فالسنة أن تصلى في المصلى

Artinya : “Telah berkata ulamak-ulamak mazhab Syafie : Mengerjakan solat hari raya di masjid itu afdhal kerana masjid lebih mulia kedudukkannya dan lebih bersih berbanding tempat lainnya kecuali apabila adalah masjid tersebut sempit maka yang sunnah ialah dikerjakan di tempat solat (selain masjid).” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Berkata Dr Mustafa Al-Bugha :

تقام صلاة العيد بالمسجد أو الصحراء، وأفضلها أكثرهما استيعاباً للمصلين، فإن تساويا كان المسجد أفضل لشرفه على غيره،

Artinya : “Didirikan solat hari raya itu di masjid atau di kawasan lapang. Dan yang paling afdhalnya ialah yang paling ramai hadirin yang muat bersolat. Maka jika bersamaan antara di masjid dan di lapangan maka di masjid lebih afdhal kerana mulianya masjid mengatasi tempat selainnya.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

Berkata Imam As-Syairazi :

وان كان المسجد واسعا فالمسجد أفضل من المصلي لان الائمة لم يزالوا يصلون صلاة العيد بمكة في المسجد ولان المسجد أشرف وانظف

Artinya : “Dan jika adalah masjid itu luas maka masjid lebih afdhal daripada di kawasan lapang kerana sekelian umat Islam sentiasa mengerjakan solat hari raya di dalam masjid Al-Haram dan kerana sungguhnya masjid itu lebih mulia dan lebih bersih.” (Kitab Al-Muhazzab)

KAUM PEREMPUAN HADIR SOLAT HARI RAYA

Harus hukumnya kaum perempuan keluar ke masjid untuk bersolat hari raya termasuk perempuan yang sedang haidh akan tetapi perempuan yang haidh itu hendaklah tidak masuk ia ke dalam masjid dan datang mereka itu bukan kerana bersolat tetapi kerana mengambil keberkatan solat hari raya yang didirikan.

Dan hendaklah perempuan yang datang ke masjid bersolat hari raya atau tidak bersolat mematuhi peraturan syarak berkenaan kaum perempuan apabila keluar dari rumah.

Telah diriwayatkan daripada Ummu ‘Athiyyah r.a. berkata :

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُخْرِجُ الْأَبْكَارَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتَ الْخُدُورِ وَالْحُيَّضَ فِي الْعِيدَيْنِ، فَأَمَّا الْحُيَّضُ، فَيَعْتَزِلْنَ الْمُصَلَّى، وَيَشْهَدْنَ الْخَيْرَ وَدَعْوَةَ الْمُسْلِمِينَ، فَقَالَتْ إِحْدَاهُنَّ: إِنْ لَمْ يَكُنْ لِإِحْدَاهُنَّ جِلْبَابٌ؟ قَالَ: فَلْتُعِرْهَا أُخْتُهَا مِنْ جَلَابِيبِهَا

Artinya : “Sungguhnya Rasulullah saw adalah ia membenarkan keluarnya perempuan-perempuan perawan dan perempuan dewasa dan gadis pingitan dan perempuan yang haidh pada solat hari raya. Maka adapun perempuan haidh itu hendaklah mereka tidak masuk ke dalam tempat solat dan mereka dapat menyaksikan bersama akan kebajikan dan seruan para muslimin. Berkata salah seorang kaum perempuan : Jika salah seorang dari kaum perempuan tidak mempunyai jilbab? Sabdanya : Hendaklah yang ada jilbab meminjamkan saudaranya itu akan jilbabnya.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Nabi saw bersabda :

لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ، وَلْيَخْرُجْنَ تَفِلَاتٍ

Artinya : “Jangan kamu sekelian menegah akan hamba-hamba Allah yang perempuan datang ke masjid-masjid dan hendaklah mereka keluar dalam keadaan tidak memakai wangian.” (Hadith riwayat Ahmad)

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

لا بأس بحضور النساء مصلى العيد غير ذوات الهيئات فلا تحضر المطيبات، ولا لابسات ثياب الزينة أو الشهرة

Artinya : “Tidak menjadi kesalahan dengan hadirnya kaum perempuan ke tempat solat hari raya selain perempuan yang mempunyai kecantikan. Maka datangnya kaum perempuan ke tempat solat itu tidak bolih dalam keadaan memakai wangian dan mengelakkan dari berpakaian cantik dan pakaian kemegahan.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

QADHA SOLAT HARI RAYA

Barangsiapa yang terluput solat hari raya bersama imam seperti seorang yang tertidur atau sampai lambat ke masjid misalnya maka disunatkan atasnya qadha samada sendirian atau berjemaah.

Dan yang afdhalnya dia qadha solat hari raya tersebut pada hari raya itu.

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

وقال الشافعية والحنابلة من فاتته صلاة العيد مع الإمام، سنَّ له قضاؤها على صفتها، لفعل أنس، ولأنه قضاء صلاة، فكان على صفتها كسائر الصلوات. وله قضاؤها متى شاء في العيد وما بعده متى اتفق، والأفضل قضاؤها في بقية اليوم.
وتجوز صلاة العيد للمنفرد والعبد والمسافر والمرأة، كما بينا

Artinya : “Telah berkata olih ulamak-ulamak mazhab Syafie dan Hanbali : Barangsiapa yang terluput solat hari raya bersama imam maka disunatkan baginya qadhanya atas sifatnya kerana mengikut perbuatan Anas r.a. dan kerana ia adalah termasuk qadha solat. Maka rupa kelakuannya sama seperti solat yang lain. Dan harus baginya qadha bila masa yang dia suka pada hari raya itu dan selepasnya bila bersepakat. Dan yang afdhalnya ialah qadha pada baki hari raya tersebut. Dan harus solat hari raya bagi yang seorang diri dan hamba sahaya dan musafir dan kaum wanita sebagaimana telah lalu keterangannya.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

wallahua’lam



Kredit : ustaz azhar idrus


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[Tidak masuk syurga org yg memutuskan silaturahim]

                                                        لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ قَاطِعٌ Maksud “tidak masuk syurga” di sini adalah tidak masuk bersama golongan terawal (bukan ertinya dia tidak akan masuk syurga selama-lamanya padahal dia memiliki Iman) Riwayat Al-Bukhari (2408) dan Muslim (593) Memutuskan hubungan kekeluargaan seorang isteri dgn suami, seorang ibu dgn anak, seorang abg dgn adik atas asbab tidak suka, tidak sefahaman, dengki, iri hati, perebutan harta dan hal2 yg berkaitan keduniaan hukumnya berdosa besar... Org yg bertanggungjawab memutuskan hubungan ini akan dilaknat oleh Allah s.w.t dan hidupnya tidak akan mendapat rahmat Allah s.w.t... Dosanya akan dipercepatkan oleh Allah dgn memberi siksaan kpdnya ketika didunia lagi...doanya tidak dikabulkan dan dia takkan masuk syurga... Antara bentuk hukuman org yg memutuskan silaturahim i...

{TIPS KEBAHAGIAAN ANAK}

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga. Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama. 1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu           waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya. 2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan uc...

[ BERBUAT DOSA SAMBIL TERTAWA & TAAT SAMBIL MENANGIS ]

[ BERBUAT DOSA SAMBIL TERTAWA & TAAT SAMBIL MENANGIS ] Bismillahir Rahmanir Rahim.  Assalamu'alaikum Sebagian ahli zuhud berkata : Barang siapa yang berbuat dosa seraya tertawa, maka Allah akan mencampakkannya ke neraka dalam keadaan menangis. Dan barang siapa berbuat taat, sementara ia dalam keadaan menangis maka Allah akan memasukkannya ke surga dalam keadaan tertawa (gembira ria) Ahli zuhud adalah orang2 yang memandang rendah dunia dan tidak memperdulikannya, karena mereka sibuk berdzikir kepada Allah untuk bekal hari akhirat. Semoga kita semua di masukkan Allah ke dalam surga-Nya dalam keadaan gembira ria dan bukan sebaliknya. Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin Sumber : Kitab Nashaihul 'Ibad Karya Syeikh Nawawi Al Bantani

4 PERKARA UNTUK SELESA DI ALAM KUBUR

Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup di atas dunia ini? Imam syafie hidup 53 tahun di atas dunia, sekarang dia sudah meninggal dunia lebih kurang 1200 tahun.. Imam Nawawi hidup 43 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah meninggal dunia lebih kurang 800 tahun.. P. Ramlee hidup 44 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah meninggal lebih kurang 49 tahun... Maka adakah berseronok dengan kelazatan dunia itu lebih utama daripada membina kebahagiaan di dalam lubang kubur nanti? Allah ciptakan manusia dan jin itu adalah untuk kita beribadat kepadanya. Bukan untuk berjalan-jalan, bukan untuk berhibur, bukan untuk bersuka ria di atas dunia ini. Carilah bekalan selagi mana kita hidup diatas dunia ini... kelak mati nanti terputuslah sudah peluang untuk mendapatkan bekalan mati. Kita hanya hidup sekali sahaja di atas dunia ini... jangan mudah tertipu dengan kemanisannya yang tidak kekal. Hadirilah majlis-majlis ilmu, belajarlah fardhu ain sebelum kita mati. Setidaknya, untuk selesa d...

DUA PULUH TUJUH KATA-KATA HIKMAH DAN NASEHAT

[ DUA PULUH TUJUH KATA-KATA HIKMAH DAN NASEHAT ] Bismillahir Rahmanir Rahim.  Assalamu'alaikum kawan2ku semua.  Wahab bin Munabbih berkata, bahwa tertulis di dalam kitab Taurat dua puluh tujuh nasihat sebagai berikut : 1. Barang siapa yang berbekal di dunia, maka pada hari kiamat             akan menjadi kekasih Allah. 2. Barang siapa yang meninggalkan marah, maka ia terhindar dari         siksa 3. Barangsiapa meninggalkan cinta dunia, maka pada hari kiamat         dia akan menjadi orang yang aman 4. Barangsiapa meninggalkan sifat dengki, maka pada hari kiamat         dia akan menjadi orang yang terpuji 5. Barangsiapa yang tidak menyukai jabatan, maka pada hari               kiamat dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah 6. Barangsiapa yang meninggalkan berlebihan, maka dia akan           ...

How to Add Facebook Like Button & Like Box for Different Languages

The Facebook Like Button and Like Box can easily be added to any page but the trouble is that the default display is in English. To specify the language, you simply need to include the “locale” parameter with the desired language value. Here is a quick hack to display the Like Button and Like box in other languages using the iFrame. 1. Copy the Like Button code: <iframe src="http://www.facebook.com/plugins/like.php? app_id=185800681493185&amp;href= YOUR WEB PAGE &amp;send=false &amp;layout=standard&amp;width=450&amp;show_faces=false&amp; action=like&amp;colorscheme=light&amp;font&amp;height=35" scrolling="no" frameborder="0" style="border:none; overflow:hidden;width:450px; height:35px;" allowTransparency= "true"></iframe> and change the “locale” paramater (for your language ): <iframe src="http://www.facebook.com/plugins/like.php? locale=it_IT & app_id=1858006814...

BAHAYA MAKAN DAN MINUM SAMBIL BERDIRI

[ BAHAYA MAKAN DAN MINUM SAMBIL BERDIRI ] Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah saw bersabda, Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri,  Qotadah berkata “ Bagaimana dengan makan?”  beliau menjawab: “Itu lebih buruk lagi”.  ( HR.Muslim dan Turmidzi ) Bagi sebagian orang, minum sambil berdiri itu mungkin adalah sebuah hal yang biasa dan lumrah, apalagi kebanyakan orang mengatakan minum sambil berdiri itu lebih puas dan dapat menghilangkan dahaga dengan pantas. Namun Tahukah kamu bahwa Fakta perubatan telah membuktikan bahwa minum air putih (air kosong) sambil berdiri itu berbahaya bagi kesihatan terutama bagi organ-organ vital utama pada tubuh kita.    Dalam sebuah penelitian perubatan yang diadakan salah satu perkumpulan para ahli akupunktur, membuktikan bahwa air yang diminum sambil duduk jauh lebih baik daripada yang kita minum dengan berdiri. Air yang kita minum sambil duduk akan disaring oleh sfringer. Sfri...