Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

AZAB NERAKA YANG PALING RINGAN



AZAB NERAKA YANG PALING RINGAN

اللؤلؤ والمرجان
فيما اتفق عليه الشيخان


Terjemahan & Ringkasan Kitab Hadith Lu’Lu’ Dan Marjan
Disertakan Sedikit Keterangan

Telah diriwayatkan daripada Al-Abbas bin Abdul Muttholib r.a. beliau berkata bagi Nabi sollallahu alaihi wasallam :

مَا أَغْنَيْتَ عَنْ عَمِّكَ فَإِنَّهُ كَانَ يَحُوطُكَ وَيَغْضَبُ لَكَ قَالَ: هُوَ فِي ضَحْضَاحٍ مِنْ نَارٍ وَلَوْلاَ أَنَا لَكَانَ فِي الدَّرَكِ الأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ

Artinya : “Apa pertolonganmu kepada bapa saudaramu maka sungguhnya adalah dia melindungimu dan dia marah untukmu. Sabdanya : Dia hanya berada di tepi neraka dan kalaulah bukan kerana aku sudah tentu dia berada di dalam lapisan kerak neraka.”

Dan diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. :

أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَذُكِرَ عِنْدَهُ عَمُّهُ، فَقالَ: لَعَلَّهُ تَنْفَعُهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُجْعَلُ فِي ضَحضَاحٍ مِنَ النَّارِ يَبْلُغُ كَعْبَيْهِ يَغْلِي مِنْهُ دِمَاغهُ

Artinya : “Bahawasanya beliau mendengar akan Nabi sollallahu alaihi wasallam dan telah disebut tentang bapa saudaranya disisinya lalu baginda bersabda : Mudah-mudahan memberi menafaat akan dia olih syafaatku pada hari kiamat maka dia dia letakkan di tepi daripada neraka yang mana api hanya sampai kepada dua buku lalinya lalu mendidih otaknya dari kerana sangat panasnya.”

Dan diriwayatkan daripada An-Nu’man bin Basyir berkata :

سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَرَجُلٌ تَوضَعُ فِي أَخْمَصِ قَدَميْهِ جَمْرَةٌ يَغْلِي مِنْهَا دِمَاغُهُ

Artinya : “Aku telah mendengar akan Nabi sollallahu allaihi wasallam bersabda : Sungguhnya azab ahli neraka yang paling ringan pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan pada dua tapak kakinya akan bara api lalu mendidih otaknya dari kepanasannya.”

KETERANGAN

Hadith-hadith ini datang pada menerangkan tentang azab yang diterima olih Abu Talib pada hari kiamat dan azab ahli neraka yang paling ringan.

Nama Abu Talib ialah Abdi Manaf yaitu bapa saudara Nabi sollallahu alaihi wasallam merupakan anak kepada Abdul Muttholib datuk Nabi sollallahu alaihi wasallam.

Semasa kecil selepas kewafatan bondanya Saytidatuna Aminah maka Nabi sollallahu alihi wasallam dijaga olih datuknya yaitu Abdul Muttholib dan selepas kematian Abdul Muttholib maka bapa saudaranya yaitu Abu Talib yang menjaga baginda yaitu ketika usia baginda lapan tahun.

Walaun pun hanya anak saudara adalah Abu Talib sangat menyayangi Nabi sollallahu alaihi wasallam dan sayangnya Abu Talib kepada Nabi sollallahu alaihi wasallam berkekalan sampai baginda dilantik menjadi Nabi dan sampai Abu Talib meninggal dunia.

Dan Abu Talib sentiasa melindungi Nabi sollallahu alaihi wasallam dari kejahatan kaum Quraish dan membelanya sehingga kaum Quraish marah kepada Abu Talib atas perbuatannya melindungi dan membela Nabi sollalahu alaihi wasallam dan Abu Talib tidak sempat memeluk Islam dan mati ia di dalam agama jahiliyah.

Diriwayatkan daripada Ibnu Al-Musayyab daripada bapaknya berkata :

لَمَّا حَضَرَتْ أَبَا طَالِبٍ الْوَفَاةُ جَاءَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَجَدَ عِنْدَهُ أَبَا جَهْلٍ وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أُمَيَّةَ بْنِ الْمُغِيرَةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَمِّ قُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ كَلِمَةً أَشْهَدُ لَكَ بِهَا عِنْدَ اللَّهِ فَقَالَ أَبُو جَهْلٍ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي أُمَيَّةَ يَا أَبَا طَالِبٍ أَتَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَلَمْ يَزَلْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْرِضُهَا عَلَيْهِ وَيُعِيدُ لَهُ تِلْكَ الْمَقَالَةَ حَتَّى قَالَ أَبُو طَالِبٍ آخِرَ مَا كَلَّمَهُمْ هُوَ عَلَى مِلَّةِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَأَبَى أَنْ يَقُولَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَا وَاللَّهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْكَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ { مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ } وَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى فِي أَبِي طَالِبٍ فَقَالَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ }

Artinya : “Ketika Abu Talib dekat kepada kematiannya telah datang Rasulullah sollallahu alaihi wasallam maka didapati ada Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayyah bin Al-Mughirah dekat Abu Talib. Maka Rasulullah sollallahu alaihi wasalam bersabda kepada Abu Talib : Wahai bapa saudaraku ucaplah tiada tuhan selain Allah sebagai penyaksian dan aku akan menjadi saksi bagimu dengan kalimah ini di sisi Allah nanti. Maka berkata Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayyah : Wahai Abu Talib : Adakah kamu mahu meninggalkan agama Abdul Muttholib? Maka Nabi sollallahu alaihi wasalam tidak berhenti mengajar Abu Talib dengan kalimah syahadah dan mengulangi berkali-kali atasnya sampai akhirnya berkata Abu Talib bahawa dia tetap atas agama Abdul Muttholib dan enggan mengucapkan kalimah syahadah tiada tuhan selain Allah itu. Maka bersabda olih Rasulullah : Demi Allah aku akan memohon keampunan bagimu selama aku tidak dilarang daripadamu sehingga Allah menurunkan firman : Tiada harus bagi Nabi dan orang-orang beriman meminta keampunan bagi orang-orang musyrikin sekalipun dia adalah kaum kerabat selepas daripada telah nyata mereka itu adalah penghuni neraka jahim. Ayat ini Allah turunkan tentang Abu Talib. Kemudian Allah menurunkan ayat bagi Nabi yaitu firman-Nya : Sungguhnya kamu tidak dapat memberi hidayah akan orang yang kamu kasih akan tetapi Allah memberi hidayah akan siapa yang Dia kehendak dan Dia lebih mengetahui dengan orang-orang yang mendapat hiadayah.”

Dan pada satu riwayat lagi riwayat Imam Bukhari Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda bagi Abu Talib :

قُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ كَلِمَةً أُحَاجُّ لَكَ بِهَا عِنْدَ اللَّهِ

Artinya : “Ucaplah tiada tuhan melainkan Allah sebagai satu kalimah yang aku berhujjah bagimu dengannya di hadapan Allah nanti.”

Dan pada riwayat Imam Ahmad Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda bagi bapa saudaranya itu :

قُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدْ لَكَ بِهَا عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ لَوْلَا أَنْ تُعَيِّرَنِي قُرَيْشٌ لَأَقْرَرْتُ عَيْنَكَ بِهَا

Artinya : “Katakanlah tiada tuhan melainkan Allah. Aku akan menjadi saksi bagimu dengan kalimah ini di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Katanya : Kalaulah tidak mencelaku olih orang-orang Quraish nescaya aku akan berikrar akan matamu dengannya.”

Sungguhnya kematian Abu Talib adalah setengah dari persitiwa yang sangat menyedihkan Nabi sollallahu alaihi wasallam kerana baginda sangat mengasihinya dan kerana mati ia di dalam agama jahiliyah.

Dan dengan kematian Abu Talib inilah yang menjadikan orang-orang Quraish semakin berani melakukan penentangan terhadap dakwah Nabi sollallahu alaihi wasallam kerana ketika Abu Talib masih hidup tidak banyak penentangan yang dapat dilakukan olih mereka memandangkan Abu Talib ada sebagai pelindung Nabi sollallahu alaihi wasallam.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. beliau berkata :

مَا زَالَتْ قُرَيْشٌ كَاعَّةً حَتَّى تُوُفِّيَ أَبُو طَالِبٍ

Artinya : “Sentiasalah orang-orang Quraish itu dalam keadaan tidak berdaya sehinggalah diwafatkan akan Abu Talib.” (Riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak)

Berkata Al-Abbas bin Abdul Muttholib r.a. yang ia juga adalah bapa saudara kepada Nabi sollallahju alaihi wasallam :

مَا أَغْنَيْتَ عَنْ عَمِّكَ فَإِنَّهُ كَانَ يَحُوطُكَ وَيَغْضَبُ لَكَ قَالَ: هُوَ فِي ضَحْضَاحٍ مِنْ نَارٍ وَلَوْلاَ أَنَا لَكَانَ فِي الدَّرَكِ الأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ

Artinya : “Apakah kamu tidak memberi pertolongan akan bapa saudaramu (pada hari kiamat nanti) kerana sungguhnya dia selalu memeliharamu dari segala bahaya dan marah ia akan kaumnya kerana mereka hendak menyakitimu. Jawab Nabi sollallahu alaihi wasallam : Bapa saudaraku hanya diletakkan di tepi lembah neraka dan kalaulah tidak kerana aku nescaya dia akan diletakkan di lapis yang paling bawah dalam neraka.”

Berkata Imam Nawawi :

وَجَمَاهِيرِ الْمُفَسِّرِينَ الدَّرْكُ الْأَسْفَلُ قَعْرُ جَهَنَّمَ وَأَقْصَى أَسْفَلِهَا

Artinya : “Perkataan jumhur ulamak tafsir arti lapsian kerak neraka itu ialah tingkat neraka yang paling bawah dan paling jauh.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

Berkata ulamak maskudnya diringankan azab akan Abu Talib di dalam neraka kerana Nabi sollallahu alaihi wasallam yaitu kerana kebaikkan yang telah dia lakukan ke atas Nabi sollallahu alalihi wasallam dan kerana kasihnya Nabi sollallahu alaihi wasallam kepadanya.

AZAB PALING RINGAN ADALAH PALING AZAB

Datang pada hadith-hadith yang diriwayatkan tentang orang yang azabnya paling ringan dalam neraka ialah Abu Talib dan sebahagian hadith yang lain tidak menyebut Abu Talib tetapi seorang yang tidak dikenali.

Daripada An-Nu’man bin Basyir berkata :

سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَرَجُلٌ تَوضَعُ فِي أَخْمَصِ قَدَميْهِ جَمْرَةٌ يَغْلِي مِنْهَا دِمَاغُهُ

Artinya : “Aku telah mendengar akan Nabi sollallahu allaihi wasallam bersabda : Sungguhnya azab ahli neraka yang paling ringan pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan pada dua tapak kakinya akan bara api lalu mendidih otaknya dari kepanasannya.”

Pada riwayat Ibnu Abbas r.a. sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

أَهْوَنُ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا أَبُو طَالِبٍ، وَهُوَ مُنْتَعِلٌ بِنَعْلَيْنِ يَغْلِي مِنْهُمَا دِمَاغُهُ

Artinya : “Ahli neraka yang paling ringan azabnya ialah Abu Talib. Dan dia memakai sepasang kasut yang jadi menggelegak dari kepanasan dua kasutnya itu olih otaknya.” (Hadith riwayat Muslim)

Dan pada hadith riwayat Imam Ahmad :

وَهُوَ مُنْتَعِلٌ نَعْلَيْنِ مِنْ نَارٍ

Artinya : “Dia memakai sepasang kasut daripada api neraka.”

Dan pada satu lagi riwayat An-Nu’man bin Basyir r.a. Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ رَجُلٌ عَلَى أَخْمَصِ قَدَمَيْهِ جَمْرَتَانِ يَغْلِي مِنْهُمَا دِمَاغُهُ كَمَا يَغْلِي الْمِرْجَلُ وَالْقُمْقُمُ

Artinya : “Sungguhnya yang paling ringan ahli neraka nisbah azab pada hari kiamat ialah seorang lelaki di atas tapak kakinya dua bara api mendidih sebab keduanya olih otaknya sebagaimana mendidih bubur di dalam periuk.” (Riwayat Bukhari)

Beginilah rupa azab yang paling ringan bagi seorang yang masuk neraka di akhirat nanti maka bayangkanlah jika azab yang paling berat.

Dan hadith ini menunjukkan siksaan dalam neraka itu ada beberapa peringkat nisbah azab dan sakitnya.

Dan azab yang paling ringgan hanyalah dibakar akan kedua tapak kakinya sebagai disebut dalam hadith-hadith di atas. Dan ada yang lebih berat dari itu yaitu api membakar sampai ke buku lalinya dan ada yang lebih tinggi daripada itu.

Telah diriwayatkan daripada Samurah r.a. :

أَنَّهُ سَمِعَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ مِنْهُمْ مَنْ تَأْخُذُهُ النَّارُ إِلَى كَعْبَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ تَأْخُذُهُ إِلَى حُجْزَتِهِ وَمِنْهُمْ مَنْ تَأْخُذُهُ إِلَى عُنُقِهِ

Artinya : “Sungguhnya beliau telah mendengar akan Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda : Sungguh setengah dari ahli neraka itu disambar olih api hingga kedua buku lalinya dan setengah mereka itu disambar api sehingga paras pinggangnya dan setengah mereka itu disambar api sehingga lehernya.”(Hadith riwayat Muslim)

Dan diriwayatkan bahawa apabila lelaki tersebut yang diberi pakai sepasang kasut dari bara api neraka yang menggelegak dan mendidih otaknya kerana sangat panasnya maka dia telah merasakan bahawa dialah penghuni neraka yang paling azab pada halnya dialah penghuni neraka yang paling ringan dan paling sedikit azabnya.

Pada satu riwayat Imam Muslim Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا مَنْ لَهُ نَعْلَانِ وَشِرَاكَانِ مِنْ نَارٍ، يَغْلِي مِنْهُمَا دِمَاغُهُ كَمَا يَغْلِ الْمِرْجَلُ، مَا يَرَى أَنَّ أَحَدًا أَشَدُّ مِنْهُ عَذَابًا وَإِنَّهُ لَأَهْوَنُهُمْ عَذَابًا

Artinya : “Bahawasanya yang paling ringan azab ahli neraka ialah seorang yang diberikan baginya sepasang kasut serta dua tali daripada api neraka yang mendidih kerana keduanya olih otaknya sebagaimana mendidih masakan dalam periuk. Lelaki itu merasakan tiada seorang pun lebih berat azab daripadanya sedangkan sungguhnya azabnya itu yang paling ringan.”

Berkata Imam As-Son’ani :

أهون أهل النار عذابًا يوم القيامة أي أدناهم وأيسرهم وأخفهم

Artinya : “Bermula pengertian azab paling ringan bagi ahli neraka di hari kiamat ialah azab yang paling kurang atau azab yang paling mudah atau seringan-ringan mereka itu.” (Kitab Syarah Al-Jami’ As-Soghir)

AMAL BAIK ORANG KAFIR

Bermula amalan kebaikkan yang dilakukan olih orang kafir hanya memberi guna ketika hidup di dunia sahaja adapun di akhirat nanti maka segala amal baiknya itu tidak berguna sekalipun amalnya itu sebesar gunung.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. beliau berkata :

قلت يارسول الله بن جُدْعَانَ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ يَصِلُ الرَّحِمَ وَيُطْعِمُ الْمِسْكِينَ فَهَلْ ذَلِكَ نَافِعُهُ قَالَ لَا يَنْفَعُهُ إِنَّهُ لَمْ يَقُلْ يَوْمًا رَبِّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ

Artinya : “Aku telah berkata : Wahai Rasulullah adalah Ibnu Juz’an itu ada dia di dalam jahiliyah menghubung akan rahim dan memberi makan akan orang miskin maka adakah itu memberi guna baginya? Jawab baginda : Tidak memberi guna baginya kerana sungguhnya dia tidak mengatakan pada satu hari wahai Tuhanku ampunilah bagiku segala dosaku yaitu pada hari kiamat.”

Berkata Imam Nawawi :

مَعْنَى هَذَا الْحَدِيثِ أَنَّ مَا كَانَ يَفْعَلُهُ مِنَ الصِّلَةِ وَالْإِطْعَامِ وَوُجُوهِ الْمَكَارِمِ لَا يَنْفَعُهُ فِي الْآخِرَةِ لِكَوْنِهِ كَافِرًا وَهُوَ مَعْنَى قَوْلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَقُلْ رَبِّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ أَيْ لَمْ يَكُنْ مُصَدِّقًا بِالْبَعْثِ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْ بِهِ كَافِرٌ وَلَا يَنْفَعُهُ عَمَلٌ

Artinya : “Makna hadith ini sungguhnya siapa yang melakukan hubung rahim dan beri makan orang miskin dan sekelian rupa perbuatan mulia nescaya tidak memberi guna kepadanya pada hari akhirat kerana dia kafir. Dan ialah makna sabdanya dia tidak berkata wahai tuhanku ampunilah segala dosaku pada hari kiamat artinya dia tidak membenarkan dengan hari kebangkitan maka siapa yang tidak beriman dengan hari kebangkitan maka dia kafir dan tiada berguna baginya segala amalnya.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

Akan tetapi jika seorang kafir masuk kedalam agama Islam maka segala amal kebaikkan yang dia lakukan dalam masa kafir tidak terhapus dan akan dibalas dengan kebaikkan pada hari akhirat.

Telah dirwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. adalah Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إِذَا أَسْلَمَ الْعَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلَامُهُ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ كُلَّ حَسَنَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا وَمُحِيَتْ عَنْهُ كُلُّ سَيِّئَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا

Artinya : “Apabila masuk Islam olih seorang hamba dan dia mengelokkan Islamnya nescaya Allah akan menulis baginya pahala dan ganjaran segala amal yang telah dia lakukan dahulu dan dihapuskan daripadanya segala kesalahan yang telah dia lakukan dahulu.” (Hadith riwayat An-Nasaie)

Dan pada hadith riwayat Imam Muslim Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إن الكافر إذا عمل حسنة، أطعم بها طعمة من الدنيا، أما المؤمن، فإن الله تعالى يدخر له حسناته في الآخرة، ويعقبه رزقاً في الدنيا على طاعته. وفي رواية‏:‏ ‏‏إن الله لا يظلم مؤمنا حسنة يعطى بها في الدنيا، ويجزى بها في الآخرة، وأما الكافر، فيطعم بحسنات ما عمل لله تعالى، في الدنيا حتى إذا أفضى إلى الآخرة، لم يكن له حسنة يجزى به


Artinya : “Bahawasanya orang kafir itu apabila mengerjakan akan satu kebaikkan maka dia akan dibalas dengan suatu yang dia suka di dalam dunia dan adapun orang mukmin maka sungguhnya Allah Taala menyediakan baginya ganjaran kebaikkannya di negeri akhirat dan diberikan kepadanya rezeki di dalam dunia kerana ketaatannya. Dan pada satu riwayat sungguhnya Allah tidak menzalimi seorang mukmin yang berbuat kebaikkan dibalas kebaikkannya itu di dunia manakala di akhirat mendapat balasan kebaikkan pula. Dan ada pun orang kafir maka diberikan mereka balasan kebaikan mereka itu di dalam dunia sementara di akhirat tiada lagi ada baginya kebaikkan sebagai balasan.”

Rasulullah sollallahu alaihi wasalalm pernah bersabda bagi Hakim bin Hizam r.a. :

أَسْلَمْتَ عَلَى مَا سَلَفَ مِنْ خَيْرٍ

Artinya : “Kamu telah masuk ke dalam agama Islam dengan membawa bersama kebaikkan yang telah kamu kerjakan dahulu.” (Hadith Imam Bukhari)

Maksudnya kebaikkan yang dikerjakan semasa masih kafir tidak hilang yaitu tetap ada dalam buku amalannya setelah seorang itu memeluk Islam dan di akhirat nanti kebaikkan tersebut akan mendapat balasan kebaikkan.

Keseimpulannya faedah yang didapat dari hadith ini ialah panasanya api neraka Jahannam kerana sungguhnya apabila adalah yang paling ringan sahaja pun sudah mengakibatkan terbakar kepala dan menggelegak otak maka apa sangka kamu dengan siksa yang lebih daripada itu.

Sungguhnya hadith ini telah menunjukkan atas bahawasanya penghuni neraka paling sedikit siksanya ialah Abu Talib yang hukumannya diberi pakai sepasang kasut dari bara api neraka yang apabila dipakainya maka menggelegak otaknya masak seperti menggelegak bubur yang dipanaskan di dalam periuk.

Dan hadith ini menunjukkan setengah ahli neraka itu lebih ringan azabnya dari setengah yang lain sesuai kadar dosanya di dalam dunia.

wallahua’lam




Kredit : ustaz azhar idrus







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penggunaan tilam sesuai baik untuk kesihatan

Setiap orang harus mempunyai waktu tidur yang secukupnya iaitu selama lapan jam. Tidur yang berkualiti dapat memberikan kesan positif terhadap aktiviti yang dilakukan selain dapat membantu keseimbangan otak dan badan . Bukan itu saja, posisi yang betul ketika tidur juga dapat melambatkan proses penuaan jika dimalkan setiap hari . Selain itu, penggunaan tilam yang bersesuaian dan selesa dapat menggalakkan pemulihan dan menyahtoksidkan selain membantu mengekalkan kelembapan kulit pada badan kita. Contohnya seperti aloe vera yang terdiri daripada 96% air, 4% asid amino, mineral serta vitamin A, C dan E, enzim dan zat besi bagi memenuhi keperluan khasiat badan . Tilam yang mempunyai besi spring adalah tidak bagus untuk tidur kerana ia akan menyebabkan badan kita menjadi mudah bengkok dan lama kelamaan akan menjadi sakit dibahagian belakang badan .Ini akan menyebabkan tidur kita terganggu dan tidak selesa . Tilam yang keras juga boleh menyokong kedudukan posisi tubuh ketika tidur m...

DUA PULUH TUJUH KATA-KATA HIKMAH DAN NASEHAT

[ DUA PULUH TUJUH KATA-KATA HIKMAH DAN NASEHAT ] Bismillahir Rahmanir Rahim.  Assalamu'alaikum kawan2ku semua.  Wahab bin Munabbih berkata, bahwa tertulis di dalam kitab Taurat dua puluh tujuh nasihat sebagai berikut : 1. Barang siapa yang berbekal di dunia, maka pada hari kiamat             akan menjadi kekasih Allah. 2. Barang siapa yang meninggalkan marah, maka ia terhindar dari         siksa 3. Barangsiapa meninggalkan cinta dunia, maka pada hari kiamat         dia akan menjadi orang yang aman 4. Barangsiapa meninggalkan sifat dengki, maka pada hari kiamat         dia akan menjadi orang yang terpuji 5. Barangsiapa yang tidak menyukai jabatan, maka pada hari               kiamat dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah 6. Barangsiapa yang meninggalkan berlebihan, maka dia akan           ...

LIMA PERBUATAN PENYEBAB BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT

  [ LIMA PERBUATAN PENYEBAB BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT  ] 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash berkata: "Orang yang memiliki lima hal berikut akan bahagia di dunia dan di akhirat, iaitu: 1. banyak-banyak membaca: 'Laa ilaaha illallooh Muhammadur         rosuulullooh.'; 2. setiap kali ditimpa musibah mengucapkan: 'Innaa lillaahi wa           innaa ilaihi rooji'uun, wa laa haula wa laa quwwata illaa                 billaahil 'Aliyyil 'azhiim.' (Sesungguhnya kami ini milik Allah         dan akan kembali kepada-Nya. Tiada daya (untuk menjauhi           maksiat) dan tiada kekuatan (untuk taat), kecuali dengan               pertolongan Allah Yang Mahatinggi lagi Mahaagung); 3. ketika menerima nikmat dari Allah mengucapkan:                     ...

LIMA AMALAN YANG MENJADI PENERANG KEGELAPAN

 [ LIMA AMALAN YANG MENJADI PENERANG KEGELAPAN ] Abu Bakar Ash-Shiddiq berkata: "Kegelapan itu ada lima dan lampu penerangnya pun ada lima, iaitu: 1. Cinta dunia adalah suatu kegelapan, sedangkan lampu    penerangnya adalah ketaqwaan. 2. Berbuat dosa adalah suatu kegelapan, sedangkan lampu  penerangnya adalah bertobat. 3. Kubur adalah kegelapan, sedangkan lampu penerangnya adalah  bacaan: 'Laa ilaaha illallooh Muhammadur Rosuulullooh.' 4. Alam akhirat itu penuh kegelapan, sedangkan penerangnya  adalah amal shalih. 5. Shirath (jembatan penyeberangan di atas neraka) sangat gelap,  sedangkan penerangnya adalah yaqin. Berkaitan dengan poin 1, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Cinta dunia adalah biang segala kesalahan." (HR. Baihaqi, dari Hasan Al-Bashri) Imam Al-Ghazali mentafsir Hadits di atas sebagai berikut: "Sebagaimana dikatakan bahwa mencintai dunia itu adalah biang segala kesalahan, maka membenci dunia adalah biang...

{Solat Yang Tidak Diterima}

Solat Yang Tidak Diterima ========= 1. Rasulullah pernah menggambarkan kepada Saidina Abu Hurairah bahawa terdapat seorang lelaki yang menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi solatnya tidak diterima Allah. Sabda Rasulullah: إنَّ الرجلَ ليُصلِّي ستِّينَ سنةً و ما تُقبَلُ له صلاةٌ، لعله يتمُّ الركوعَ، ولا يتمُّ السُّجودَ، ويتمُّ السجودَ ولا يتمُّ الركوعَ “Seorang lelaki menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Perkara ini berlaku kerana dia menyempurnakan sujudnya tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, atau menyempurnakan ruku'nya tetapi tidak menyempurnakan sujudnya.” (HR Ibn Abi Syaibah) 2. Hadis ini mengingatkan kita supaya menyempurnakan setiap rukun di dalam solat. Bahkan Rasulullah di sini secara spesifik mengingatkan kita tentang rukuk dan sujud yang sering diabaikan oleh sebahagian manusia. Sabda Rasulullah: وأسوأُ السَّرقَةِ الذِي يسرِقُ صلاتَهُ قالوا: وكيف يسرقُ صلاتَهُ؟ قالَ: لا يُتِمُّ رُكُوعَهَا ولا سُجُودَهَا “Seburuk-buruk penc...

Terjaga Pagi-Pagi Buta

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tanga n mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian " Oh, baru pukul 3 pagi". Dalam situasi di atas, apa yang akan kita lakukan? Di sini, kita mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman kita dan buat lah pilihan bijak. PILIHAN 1 Kebanyakan kita akan menarik selimut semula, dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu saja, hati turut mengomel, "Apasal la aku bangun awal sangat." Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah. PILIHAN 2 "Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.." Kemudi...

Disebalik Sensasi Air Berkarbonat

Disebalik Sensasi Air Berkarbonat Apabila cuaca panas, tentunya tekak meronta-ronta ingin dibasahkan. Miniman apa yang terbayang di dalam kepala?, jika korang inginkan minuman berkarbonat , pilihan korang ternyata salah!. Sememangnya enak jika tekak dibasahkan dengan air berkarbonat ketika panas terik, tetapi ia juga membahayakan tubuh korang. Jom ambil tahu sekarang........ GIGI Pastinya korang pernah dinasihatkan agar memberus gigi selepas memakan gula-gula ketika kecil dahulu?. Jika korang minum minuman berkarbonat dengan kerap, risikonya sama saja pada gigi korang kerna minuman berkarbonat mengandungi paras gula yang sangat tinggi. Menurut doktor gigi, air berkarbonat dan gula didalamnya membuatkan enamel gigi terhakis sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan apa yang akan terjadi pada gigi korang?.Bayangkan............... GINJAL Air berkarbonat mempunyai gas yang boleh mengganggu daya fungsi ginjal dan juga mampu menurunkan productiviti ginjal d...