Langkau ke kandungan utama

Catatan

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...
Catatan terbaharu

BEZA DARAH HAIDH DENGAN ISTIHADAH

BEZA DARAH HAIDH DENGAN ISTIHADAH SOALAN : Saya mohon ustaz tulis secara ringkas tentang darah haidh itu berapa hari keluar darah yang dikira haidh dan bagaimana hendak bezakan dengan darah istihadhah? JAWAPAN : Tersebut pada Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji ala Mazhab Al-Imam As-Syafie : MASA HAIDH Bagi darah haidh itu ada masa yang sekurang-kurangnya dan masa terpanjangnya dan masa kebiasaannya. Maka masa haidh yang sekurang-kurang itu ialah sehari dan semalam. Dan masa terpanjang haidh itu ialah lima belas hari lima belas malam. Dan masa haidh yang kebiasaan itu ialah enam hari atau tujuh hari. Dan sekurang-kurang masa suci antara dua haidh itu ialah lima belas hari dan tiada had bagi sebanyak masa suci. Maka sungguhnya terkadang seorang perempuan itu tiada haidh ia sampai setahun atau dua tahun atau beberapa tahun. Dan bermula semua kadar ini berasakan pemeriksaan bergantung kepada kejadian dan keadaan dan terkadang dengan waqi’ yang berlaku yang menyabitkannya. Maka apabila seorang peremp...

MAKHLUK TERAWAL

MAKHLUK TERAWAL SOALAN : Berkenaan hadith yang menyebut qalam adalah benda yang paling awal dicipta adakah ia sahih? Adakah ulamak berkhilaf pada perkara ini? JAWAPAN : Telah diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin As-Somit r.a. katanya aku telah mendengar akan Rasulullah saw bersabda : إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمُ فَقَالَ لَهُ: اكْتُبْ، قَالَ: يَا رَبِّ، مَا أَكْتُبُ؟ قَالَ: اكْتُبِ الْقَدَرَ وَمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى الْأَبَدِ Artinya : “Sungguhnya perkara yang awal dicipta olih Allah ialah Al-Qalam. Maka berfirman baginya : Tulis olih kamu. Berkata Qalam : Wahai Tuhan apa yang hendak aku tulis? Firman Allah : Tulislah akan qadar dan apa yang akan ada hingga selama-lamanya.” Hadith riwayat At-Tabarani dan lain-lain. Dan pada riwayat Imam At-Tabarani : لما خلق الله القلم قال له: اكتب، فجرى بما هو كائن إلى قيام الساعة Artinya : “Tatkala Allah mencipta akan Qalam berfirman baginya : Tulislah. Maka berjalanlah Qalam itu menulis sekelian yang ada sampai hari kiamat.” Dan pada riway...

KESAN BERKATA KALIMAH KUFUR

KESAN BERKATA KALIMAH KUFUR SOALAN : Apakah hukumnya orang Islam yang mengatakan ada sebahagian sahabat Nabi saw yang kafir? Dan apa hukumnya orang yang kata solat lima waktu itu tidak wajib? Bagaimana kalau orang itu jahil adakah dimaafkan? JAWAPAN : KUFUR SIAPA MENGKAFIRKAN SAHABAT R.A. Barangsiapa menuduh atau mengsabitkan kekufuran kepada salah seorang dari sahabat Nabi saw maka orang iatu telah menjadi kafir. Berkata Syeikh Khatib Syarbini : يَكْفُرُ مَنْ نَسَبَ الأُْمَّةَ إِلَى الضَّلاَل، أَوْ الصَّحَابَةَ إِلَى الْكُفْرِ، أَوْ أَنْكَرَ إِعْجَازَ الْقُرْآنِ أَوْ غَيَّرَ شَيْئًا مِنْهُ، أَوْ أَنْكَرَ الدَّلاَلَةَ عَلَى اللَّهِ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَْرْضِ Artinya : “Jadi kafir siapa yang menisbahkan umat Muhamad saw kepada sesat atau menisbahkan sahabat r.a. kepada kufur atau dia ingkar akan muzkjizat Al-Quran atau mengubah akan suatu dari yang demikian itu atau dia ingkar akan segala dalil bahawa Allah yang mencipta segala langit dan bumi.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj) KUFUR...

ADAB MAKAN DI RUMAH ORANG

ADAB MAKAN DI RUMAH ORANG SOALAN : Saya ada kemusykilan berkenaan ziarah ke rumah orang adakah benar tetamu tidak boleh masuk kalau tuan rumah tanpa izin dan apakah hukumnya tetamu makan makanan dalam rumah tetamu sebelum disuruh olih tuan rumah? Benarkah kata orang kalau kita pergi ke kenduri adalah haram selepas makan kita masih duduk-duduk lagi di majlis tersebut? JAWAPAN : MASUK & MAKAN TANPA IZIN TUAN RUMAH Para fuqahak telah sepakat atas haram masuk ke dalam rumah orang tanpa izin dari tuan rumah untuk masuk dan begitu juga haram atas tetamu makan makanan yang ada dalam rumah orang sebelum diizinkan makan dengan izin yang jelas. Rasulullah saw telah bersabda : لا يَحِلُّ مالُ امرِيءٍ مُسلمٍ إلَّا بِطِيبِ نفسٍ مِنهُ Artinya : “Tidak halal harta seorang yang Islam melainkan dengan redha hati daripadanya.” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi dan Daruqutni) Berkata Syeikh Ali As-Sobuni : اتفق الفقهاء على أنه لا يجوز دخول البيوت إلا بإذن. ولا يجوز تناول طعام الإنسان إلا بإذن صريح أو...

PENYAKIT BURUK SANGKA

PENYAKIT BURUK SANGKA SOALAN : Mohon penjelasan ustaz tentang dosa berburuk sangka. Sangkaan bagaimana yang haram dan yang harus pada syarak? JAWAPAN : Firman Allah Taala di dalam Al-Quran : يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِّنَ الظَّنِّۖ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَّلَا تَجَسَّسُوْا Artinya : “Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kamu sekelian akan kebanyakkan dari sangkaan sungguhnya sebahagian dari sangkaan itu ialah dosa dan jangan kamu suka mencari-cari kesalahan.” (Al-Hujurat : 12) Berkata Dr Wahbah Zuhaili : أن بعض الظن وهو ظن السوء بأهل الخير، أو ظن الشر بالمؤمن ذنب مؤثم أي موقع في الإثم، لنهي اللَّه عنه Artinya : “Sungguhnya sebahagian dari sangkaan itu yaitu sangka buruk akan orang yang baik atau sangka jahat akan orang mukmin ialah dosa yakni yang menjatuhkan pelakunya kepada dosa kerana larangan Allah daripadanya.” (Kitab Tafsir Al-Munir) Berkata Imam Suyuthi : نهى اللّه المؤمن أن يظن بالمؤمن سوءا Artinya : “Telah melarang olih Allah akan oran...

SOLAT HARI RAYA

SOLAT HARI RAYA TAHUN DISYARIATKAN Solat sunat hari raya ini disyariatkan pada tahun yang pertama daripada Hijrah dengan dalil riwayat daripada Anas r.a. beliau berkata : قدم رسول الله صلّى الله عليه وسلم المدينة، ولهم يومان يلعبون فيهما، فقال: ما هذان اليومان؟ قالوا: كنا نلعب فيهما في الجاهلية، فقال رسول الله صلّى الله عليه وسلم: إن الله قد أبدلكما خيراً منهما: يوم الأضحى، ويوم الفطر Artinya : “Telah tiba Rasulullah saw ke Madinah dan orang-orang Madinah itu ada mempunyai dua hari yang mereka bermain dan bergembira pada keduanya. Lalu Nabi saw bertanya : Hari apakah kedua hari ini? Orang-orang menjawab : Kami bermain dan bersukaan pada kedua hari ini di zaman jahiliah. Kemudian bersabda olih Nabi saw : Sungguhnya Allah telah menggantikan kamu sekelian akan hari ryang lebih baik dari kedua hari tersebut yaitulah hari raya korban dan hari raya fitrah.” HUKUM SOLAT HARI RAYA Hukum solat hari raya ialah sunat muakkad kerana sungguhnya Nabi saw tidak pernah meninggalkannya sejak solat in...

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN HARI RAYA

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN HARI RAYA 1. AMALAN DI MALAM RAYA Disunatkan menghidupkan malam hari raya dengan bertakbir dan bersolat dan berzikir dan membaca Quran dan bertasbih dan beristghfar dan lainnya dari amalan yang mendekatkan diri kepada Allah Taala. Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyyah : يُسْتَحَبُّ إِحْيَاءُ لَيْلَتَيِ الْعِيدِ بِطَاعَةِ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ ذِكْرٍ وَصَلاَةٍ وَتِلاَوَةٍ وَتَكْبِيرٍ وَتَسْبِيحٍ وَاسْتِغْفَارٍ، لِحَدِيثِ مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأْضْحَى مُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ Artinya : “Disunatkan menghidupkan malam-malam hari raya dengan taatkan Allah Taala seperti berzikir dan bersolat dan membaca Quran dan bertakbir dan bertasbih dan berisitghfar kerana hadith barangsiapa yang menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban dalam keadaan mengharapkan ganjaran dari sisi Allah nescaya tiada mati hatinya pada hari mati segala hati.” 2.  SOLAT RAYA LEBIH AWAL Waktu solat sunat ...

Catatan popular daripada blog ini

DDRM2 SDRAM

Salam sejahtera semua, maaf lambat update sikit, fokus pada exam Software Engineering semalam. Nasib baik boleh jawab (sedapkan diri je ni ). Minggu depan ada lagi final paper Network Security pulak.Itu lagi la susah. Baiklah. Saya sambung cerita pasal DDRM2 SDRAM pulak. DDR2 SDRAM maksudnya double-data-rate two synchronous dynamic random access memory. Merupakan evolusi dari DDR SDRAM. Kelebihan utama adalah penghantaran data melalui data bas adalah dua kali ganda berbanding DDR SDRAM . Melalui isyarat bas dalam sistem komputer, DDR2 SDRAM menggunkan operasi untuk sel memori dengan kadar separuh bagi sistem jam ( half clock rate). Hanya suku kadar transfer data berbanding DDR ,jadi ia semakin laju. Menggunakan isyarat signal yang berbeza dan kadar voltage yang rendah untuk memberikan prestasi penghantaran data yang lebih berkesan berbanding DDR SDRAM. Clock rate yang digunakan adalah 400Mhz,533Mhz dan 667Mhz . Pemindahan data adalah 64Bits. Model DDR2 SDRAM PC 5300 512 Mb Jad...

Error Code Di Internet

Selamat pagi semua, Pada artikel kali ini saya akan ceritakan tentang Internet pulak.Apa yang saya nak kongsi bersama pembaca adalah mengenai Error Code (kod rasmi untuk kesalahan semasa melayari internet) yang selalu dijumpai di browser anda.Ini berlaku apabila anda cuba menaip alamat URL/link, email dan juga laman web FTP (File Transfer Protocol). Sebagai pengguna internet kita perlu peka dengan semua kod-kod yang terdapat dalam internet bertujuan untuk mengetahui makna yang tersembunyi disebalik kod-kod tersebut dan mencari penyelesaian untuk mengatasi dari berlaku. Baiklah,berikut merupakan jenis-jenis kod yang biasa digunakan dalam penggunaan internet di seluruh dunia.antaranya: 400 – Bad File Request .Ini disebabkan oleh penggua tersilap menaip alamat URL domain tersebut dan server tidak dapat mengenal pasti URL tersebut. 401 – Unauthorized Page or Website .Pengguna sedang memasuki laman web yang memerlukan usernama dan passsword (kata laluan).Seperti ingin memas...

Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan

 Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan · Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” · Riwayat Al-Tabrani · Huraian: Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin. Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain. Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan pera...