NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...
Apa itu Phishing Website?
Bunyinya seperti fishing dan sebenarnya itu adalah konsep utamanya. Fishing atau memancing dan tujuannya adalah untuk mendapatkan habuan. Dalam internet, ia juga berguna kepada para ‘pemancing -pemancing’ ini untuk mencari habuan. Habuan itu adalah maklumat -maklumat peribadi kita yang menggunakan kemudahan internet.
Lebih ringkas, ia bertujuan mengaburi mata kita dengan memberikan maklumat yang teramat sama dengan yang tulen tetapi palsu.
Phishing website biasanya terjadi kepada website bank (online banking), laman sosial (Facebook, MySpace & Friendster) dan sebagainya.
Para pemancing & penyangak internet ini mahukan maklumat peribadi anda seperti username, password, no akaun, alamat, no kad kredit dan sebagainya.
Setelah berjaya mendapat semua itu, mereka akan menyalahgunakan maklumat untuk tujuan peribadi yang kebiasaannya untuk mengaut keuntungan, mendedahkan maklumat dan sebagainya. Ibarat “menangguk di air keruh”. Amat berbahaya!
Bagaimana kita ditipu?
Ada pelbagai cara dan paling mudah adalah seperti dibawah:
1. Anda selalu ke website banking contohnya Maybank2u.com.my
2. Satu hari anda dapat email kononnya dari Maybank minta ubah profail dan perlu login ke website maybank2u.
3. Dalam email tersebut disertakan dengan link Maybank yang perlu anda klik tetapi redirect ke website lain yang sama gambar dan loginnya seperti di website sebenar Maybank2u.com.my.
4. Anda pun login dan segala maklumat anda akan direkod oleh database website palsu tersebut.
5. Akhirnya, mereka menggunakan butiran anda dan habis licin duit dalam bank. Pasrah!
Apa saya boleh buat untuk elakkan Phishing Website ini?
1. Jangan, jangan dan jangan sama sekali klik link pada email untuk login ke sesuatu laman web banking atau sebagainya.
2. Pihak bank tidak akan hantar email dan suruh tukar profail. Itu semua karut dan tipu semata-mata.
3. Hubungi pihak bank jika ragu-ragu dengan sebarang website yang dilayari.
4. Login ke akaun dan selepas guna clear cookies, history dan cache internet browser.
Ulasan