Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

Menghalang Serangan Virus Tanpa Antivirus

Salam sejahtera,



Salah satu penyebab utama kerosakan sistem komputer berpunca daripada virus. Virus termasuk dalam kategori malware. Untuk kategori malware termasuk juga trojan horses, spyware, rootkits dan adware.




Insya-ALLAH, jika ada kelapangan saya akan berkongsi mengenai maksud istilah-istilah ini. Biasanya virus akan masuk ke komputer sebagai satu program atau perisian. Akhirnya membuka laluan kepada malware lain.



Perkataan paling mudah disebut adalah virus. Komputer kena virus, laptop kena virus dan sekarang telefon pintar juga diserang virus. Selain antivirus sebagai perlindungan, boleh juga mengambil langkah awal sebelum diserang virus. Bak kat pepatah,





“Cegah lebih baik daripada merawat”



Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan walaupun tanpa antivirus, contohnya:




1. Jangan muat turun program di internet. Biasanya semasa melayari internet, akan ada program yang meminta kita memuat turun untuk membuka fail-fail lain. Jika tidak pasti, tinggalkan sahaja. Bimbang program tersebut adalah Fake Antivirus.




2. Jangan klik link pada email SPAM. Jika sesuatu email itu dikategorikan sebagai SPAM dan anda tidak mengenali pengirimnya, elok tinggalkan sahaja. Lebih baik buang semua email dalam folder SPAM.



3. Scan pendrive sebelum membuka fail. Amat penting kerana menurut kajian, 80% virus memasuki komputer adalah melalui pendrive. Walaupun kadang-kala lambat untuk scan tetapi penting untuk keselamatan komputer.



4. Pop-up pada laman web. Sesetengah pop-up memberi tawaran percuma seperti ‘scan percuma’ dan sebagainya. Klik pada butang pangkah skrin pop-up. Virus juga boleh menyerang melalui pop-up skrin.




5. Fail yang dimuat turun di internet. Melalui laman web perkongsian fail yang popular internet. Walaupun telah disekat oleh pihak kerajaan, tetapi masih ada yang boleh digunakan. Melalui fail ini, virus ‘bersembunyi’ disebalik data-data fail yang dimuat turun. Apabila fail dibuka, secara ‘halus’ virus memasuki sistem komputer tanpa disedari.



Bagi fail yang dimuat turun, sebaiknya scan dahulu sebelum dibuka. Boleh gunakan antivirus samada percuma atau lebih baik dengan antivirus berbayar.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini