Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

DDR3 SDRAM

Salam sejahtera semua,

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog komputer  slash-syah .Dari semasa ke semasa saya akan tingkatkan penyampaian tentang komputer kepada anda semua.Saya pun tak la pakar sangat cuma minat tu yang mendalam dalam komputer ni. Seperti dijanjikan semaua kali ini saya akan ceritakan pulak mengenai DDR3 SDRAM,bagi sesiapa yang terlepas tajuk RAM ni boleh la membaca post-post sebelum ini di sini Apa Itu Memori (RAM)Jenis-Jenis SDRAM (DDR RAM)DDRM2 SDRAM

Baiklah.DDR3 SDRAM (Double Data Rate Three Synchronous Dynamic Random Access Memory) ni pulak adalah evolusi dari DDR2 SDRAM.Generasi SDRAM jugak (ni dah abang rasanya icon_smile.gif) .Maknanya ia lebih canggih,tahap penghantaran adalah lebih cekap dan lebih laju.Bila sudah cekap dan lebih laju maka penghantaran data adalah lebih berkesan.
Berbanding dengan DDR2 SDRAM :
  1. Bandwidth lebih tinggi sebab peningkatan kadar jam (clock rate) – sehingga 1600 MHz
  2. Voltage lebih rendah dari 1.8V ke 1.5V
  3. Mewujudkan rekabentuk haba (cooler)
Disebabkan voltage lebih rendah dan suhu lebih sesuai meningkatkan keupayaan memori ke tahap lebih tinggi.


DIMM Module Chip Type Clock Speed Data Rate Transfer Rate
PC3-6400 DDR3-800 400 800 6,400
PC3-8500 DDR3-1066 533 1066 8,530
PC3-10667 DDR3-1333 667 1333 10,660
PC3-12800 DDR3-1600 800 1600 12,800
PC3-14900 DDR3-1866 933 1866 14,930
Modul DDR3 SDRAM megikut standard DIMM

ddr3sdram.jpg
Kingston DDR3 SDRAM PC3-8500 1GB
Baiklah,itu sahaja info yang dapat saya sampaikan untuk semua.Selamat membaca dan pahamkan.Dalam dunia komputer ni banyak benda kita tak tahu dan makin hari makin maju,teknologi makin hari makin berkembang dengan wujudnya hardware dan software baru..Selamat membaca dan kalau ada cadangan nak tambah apa-apa boleh komen post ni.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DDRM2 SDRAM

Salam sejahtera semua, maaf lambat update sikit, fokus pada exam Software Engineering semalam. Nasib baik boleh jawab (sedapkan diri je ni ). Minggu depan ada lagi final paper Network Security pulak.Itu lagi la susah. Baiklah. Saya sambung cerita pasal DDRM2 SDRAM pulak. DDR2 SDRAM maksudnya double-data-rate two synchronous dynamic random access memory. Merupakan evolusi dari DDR SDRAM. Kelebihan utama adalah penghantaran data melalui data bas adalah dua kali ganda berbanding DDR SDRAM . Melalui isyarat bas dalam sistem komputer, DDR2 SDRAM menggunkan operasi untuk sel memori dengan kadar separuh bagi sistem jam ( half clock rate). Hanya suku kadar transfer data berbanding DDR ,jadi ia semakin laju. Menggunakan isyarat signal yang berbeza dan kadar voltage yang rendah untuk memberikan prestasi penghantaran data yang lebih berkesan berbanding DDR SDRAM. Clock rate yang digunakan adalah 400Mhz,533Mhz dan 667Mhz . Pemindahan data adalah 64Bits. Model DDR2 SDRAM PC 5300 512 Mb Jad...

Error Code Di Internet

Selamat pagi semua, Pada artikel kali ini saya akan ceritakan tentang Internet pulak.Apa yang saya nak kongsi bersama pembaca adalah mengenai Error Code (kod rasmi untuk kesalahan semasa melayari internet) yang selalu dijumpai di browser anda.Ini berlaku apabila anda cuba menaip alamat URL/link, email dan juga laman web FTP (File Transfer Protocol). Sebagai pengguna internet kita perlu peka dengan semua kod-kod yang terdapat dalam internet bertujuan untuk mengetahui makna yang tersembunyi disebalik kod-kod tersebut dan mencari penyelesaian untuk mengatasi dari berlaku. Baiklah,berikut merupakan jenis-jenis kod yang biasa digunakan dalam penggunaan internet di seluruh dunia.antaranya: 400 – Bad File Request .Ini disebabkan oleh penggua tersilap menaip alamat URL domain tersebut dan server tidak dapat mengenal pasti URL tersebut. 401 – Unauthorized Page or Website .Pengguna sedang memasuki laman web yang memerlukan usernama dan passsword (kata laluan).Seperti ingin memas...

Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan

 Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan · Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” · Riwayat Al-Tabrani · Huraian: Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin. Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain. Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan pera...