Langkau ke kandungan utama

Post Terkini

{ NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA }

NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA بحيرة الأزهر شرح سفينة النجاة Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah Siri 39 JENIS-JENIS NAJIS Berkata Pengarang : النَّجَاسَاتُ ثَلاَثٌ: مُغَلَّظَةٌ، وَمُخَفَّفَةٌ، وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْغُ أَحدِهِمَا. وَالْمُخَفَّفَة: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعِمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتُوَسَّطَةُ: سَائِرُ النَّجَاسَاتِ. Segala najis itu ada tiga yaitu najis mughallazah dan mukhaffafah dan mutawasithah. Mughallazah itu ialah najis anjing dan babi dan anak cucu salah satunya. Dan mukhaffafah itu ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan melainkan susu dan belum sampai umur dua tahun. Dan mutawasithah itu ialah sekelian najis yang lain. CARA MENGHILANGKAN NAJIS Berkata Pengarang : الْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلاَتٍ بَعْد إِزَالَةِ عَيْنِهَا إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَالْمُخَفّفَةُ تَطْمُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَة...

Cara Mencipta Kata Laluan Yang Selamat



Salam sejahtera,
Kata laluan atau password adalah kriteria penting untuk memasuki sesuatu aplikasi, sistem dan juga sesuatu akaun. Kata laluan yang baik bererti akaun anda selamat dari dicerobohi.
Tapi bukan berti tidak langsung dicerobohi , cuma amat sukar dan mengambil masa yang lama. Lihat sahaja penggodam yang mengganas dulu. Dikatakan selamat tetapi tetap dihentam.
Teknik penciptaan kata laluan ini merupakan satu seni yang amat unik. Banyak kata laluan yang entah apa-apa dicipta. Tujuannya supaya tidak terdedah kepada umum. Risikonya jika terdedah memang berbahaya. Bak kata Jambu, “Apa pun tak boleh!”


Jadi, apa ciri-ciri kata laluan yang selamat?


1. Panjang kata laluan melebihi 6 huruf. Lebih panjang aksaranya lebih susah dan selamat kata laluan anda.


2. Campuran kata laluan antara huruf kecil, huruf besar dan juga simbol. Memang ini biasa dilakukan oleh pengguna tegar komputer seperti kerja seorang Jurutera Rangkaian Komputer.


3. Menggunakan kata laluan yang tidak boleh dieja dan tiada makna di dalam kamus. Maksudnya, tidak wujud perkataan itu dalam dunia. Rekaan semata-mata. Hanya pengguna sahaja yang tahu akan kata laluannya.






4. Boleh juga gunakan huruf, nombor atau simbol pertama pada ayat kegemaran kita. Contohnya, Saya Suka Baca Blog Slash-Syah Pada Pukul 9.00 Malam. Jadi, kata laluan menjadi SSBBSSP9. Huruf kecil dan besar pada ayat juga memainkan peranan untuk kata laluan selamat. Saya mencadangkan anda menggunakan simbol kerana dengan simbol ianya membuatkan kata laluan kita lebih selamat kerana ianya amat sukar di tembusi. Contahnya sama seperi ayat di atas cuma bezanya kite meletakakn simbol, SS@BB&SS%P9


5. Gunakan kata laluan yang tiada kena mengena dengan diri sendiri. Tidak menggunakan hobi, kumpulan muzik kegemaran, alamat, no kad pengenalan dan no telefon. Cari yang tidak disangka-sangka. Adakah sebegitu?


Walaupun kata laluan dianggap selamat, tetapi sebagai seorang pengguna yang bijak, elok ditukar kata laluan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kata laluan yang selamat memberikan gambaran bahawa pengguna memang mementingkan keselamatan akaunnya.


Kongsi artikel bersama rakan:



















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DDRM2 SDRAM

Salam sejahtera semua, maaf lambat update sikit, fokus pada exam Software Engineering semalam. Nasib baik boleh jawab (sedapkan diri je ni ). Minggu depan ada lagi final paper Network Security pulak.Itu lagi la susah. Baiklah. Saya sambung cerita pasal DDRM2 SDRAM pulak. DDR2 SDRAM maksudnya double-data-rate two synchronous dynamic random access memory. Merupakan evolusi dari DDR SDRAM. Kelebihan utama adalah penghantaran data melalui data bas adalah dua kali ganda berbanding DDR SDRAM . Melalui isyarat bas dalam sistem komputer, DDR2 SDRAM menggunkan operasi untuk sel memori dengan kadar separuh bagi sistem jam ( half clock rate). Hanya suku kadar transfer data berbanding DDR ,jadi ia semakin laju. Menggunakan isyarat signal yang berbeza dan kadar voltage yang rendah untuk memberikan prestasi penghantaran data yang lebih berkesan berbanding DDR SDRAM. Clock rate yang digunakan adalah 400Mhz,533Mhz dan 667Mhz . Pemindahan data adalah 64Bits. Model DDR2 SDRAM PC 5300 512 Mb Jad...

Error Code Di Internet

Selamat pagi semua, Pada artikel kali ini saya akan ceritakan tentang Internet pulak.Apa yang saya nak kongsi bersama pembaca adalah mengenai Error Code (kod rasmi untuk kesalahan semasa melayari internet) yang selalu dijumpai di browser anda.Ini berlaku apabila anda cuba menaip alamat URL/link, email dan juga laman web FTP (File Transfer Protocol). Sebagai pengguna internet kita perlu peka dengan semua kod-kod yang terdapat dalam internet bertujuan untuk mengetahui makna yang tersembunyi disebalik kod-kod tersebut dan mencari penyelesaian untuk mengatasi dari berlaku. Baiklah,berikut merupakan jenis-jenis kod yang biasa digunakan dalam penggunaan internet di seluruh dunia.antaranya: 400 – Bad File Request .Ini disebabkan oleh penggua tersilap menaip alamat URL domain tersebut dan server tidak dapat mengenal pasti URL tersebut. 401 – Unauthorized Page or Website .Pengguna sedang memasuki laman web yang memerlukan usernama dan passsword (kata laluan).Seperti ingin memas...

Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan

 Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan · Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” · Riwayat Al-Tabrani · Huraian: Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin. Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain. Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan pera...